CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Jumaat, 12 Disember 2008

LUKISAN HUJAN

Sejak musim tengkujuh melanda banyak juga saya baca entry mengenai hujan. Saya memang suka dengan suasana hujan, rasa sejuk, dingin hingga menyusuk ke tulang sum-sum. Terkenang zaman kanak-kanak pantang kalau hari hujan mesti mandi hujan.

Tengoklah tu... bukan main suka lagi main hujan. Kebetulan kanda balik jer dari keje hujan lebat pun turun... apa lagi kanda pun ajak ler anak- anak mandi hujan. Saje jer teringat zaman kanak-kanak kat kampung suka main hujan.
Isyhhh... sejuknya siddiq kat belakang dah tak tahan lagi. Si kecil yang kena kendung tu... tak boleh turun mandi hujan takut demam belum cukup umur lagi nak mandi hujan. Yang tukang ambil gambar ni... pot pet pot pet. Dah ler tuuu... nanti demam.!!! Nak ambil gambar anak yang besar... cabuttt tak nak gelamor. Alamak... kaki ayam mana selipar dah kena hanyut dengan hujan ker.....

Alhamdulillah kat tempat saya kalau hujan lebat macam mana pun air tak naik atau banjir walau pun rumah saya kat bawah bukit cuma longkang jer yang penuh dengan air. Dulu ada juga air sampai kat depan pintu rumah tapi sekarang sejak longkang dah diperbesarkan dah takde lagi dah.

Bila dah kesejukan mandi hujan perut mulalah rasa lapar. Time-time macam ni apa yang sedap di makan...?? emm... ubi rebus ler cecah dengan sambal tumis... yummmy sedapnya makan panas-panas seperiuk pun abis tak sempat nak ambil gambar dah licin.
Inilah agaknya selipar kanda yang kena hanyut dek hujan... apa ler makna kalau dah tinggal sebelah jer. Ooh... selipar jepun ku...

Sebagai pencuci mulut layannn... sajak lukisan hujan.

Ku lukis kembali wajahmu dalam hujan
Dalam kenangan
Ku urai kembali masa lalu
Di tepi jalan dalam renyai hujan
Aku merenung titas hujan dingin
Pada dua titik hitam bola mataku
Kenangan itu ku lukis kembali
Aku masih ingat bagaimana
Basah mandi hujan
Hari ini hujan tak lagi sama
Banjir surut meninggalkan
Kesan yang dalam.

23 Luah rasa:

Ms.Lilies berkata...

tq 4 dropping by at my blog..salam kenal2 juga...really love ur comment kat my blog..very tersirat but boleh difahami

BurungBelatuk berkata...

aku memg suka main hujan...tua bangka nih kalu hujan turun pun aku pi men gak...bw anak2 skali...

Tie berkata...

Oooo.....main ujan!

Tie baru nak buat entry pasal ubi rebus tu...memang sedap cecah sambal tumis. Tapi orang klate tak suka makan gitu... mereka suka makan dengan nyior je...

naz ilyn berkata...

ms.lilies...

alamak... cakap omputih ler sy sekolah tak tinggi cakap omputih ni tak berapa nak paham... nasib baik rojak... hehehe :=)

`````````````````````````````````````

bb...

oh... hujan bersama air mataku
menitis laju... lagu sudirman.

kalau orang tua suka apatah lagi bebudak lagilah...

p/s: lepas tu perut mesti lapar kan.. kan.

```````````````````````````````````

tie...

tapi biasanya orang johor makan dengan sambal tumis perhh...
ada tak orang cecah dengan sambal kicap yang makan dengan goreng pisang tu...?

p/s: gebunya ubi rebus...

ghost_MaR berkata...

men hujan ...

klu kt kampus , mls nk bw payung ...

blk2 jer waktu ptg , kadangkala hujan ...

per lagik , men ler ...

mlm2 lak nyer citer , demam ler plak ... hiks

tahun nih rasanya demam hampir 7 kali rasanya ...

heheh ...

ubi rebus tuh , ibu ajar cicah sambal tumis , gula & kelapa ... mmg sodap tp saya x suka kelapa ... heheh

naz ilyn berkata...

mar...

kalah dengan hujan ler tu... sy sejak umur dah 30an ni... tak boleh kena hujan demam.

kalau asik demam jer apahal lak dengan anak2.
bawalah payung simpan dalam beg.

p/s:ubi rebus cecah sambal tumis.. layannnn.

tintaHati berkata...

Tinta pun suka hujan. Banyak kisah hidup bila hujan~ Sampai boleh buat novel Bila Hujan...hehe...

naz ilyn berkata...

tinta...

betul tu tinta... hujan boleh memtafsir pelbagai watak, cerita dan perasaan.

kedinginan, kedamaian, bahgia membuai perasaan terasa ada sesuatu..hehehe

p/s: paling best tido ler..:=)

Zul-Elle berkata...

Jangan main ujan..., nanti demam, bila demam kena gi klinik, gi klinik amik ubat, amik ubat terus makan, terus makan masuk tido, masuk tido... jgn tak bangun2 pulak... ha haha haha...

naz ilyn berkata...

zul-elle...

kata orang tua-tua bukan sy yang kata... kalau tak nak demam kena mandi lepas main hujan atau terkena hujan.

p/s: hujan yang turun bagaikan mutiara... lalala.

Qasih berkata...

salam buat naz ilyn..

hujan
punya tafsir sendiri
rintiknya mengundang asyik
adakala bertandang sendu
gerimisnya menyentuh rasa
luruhnya membelai jiwa...


* salam kenal dan terima kasih kerana sudi kunjungi laman Qasih. semoga ukhuwah ini berpanjangan :)

naz ilyn berkata...

Salam ukhuwah qasih...

teman maya yang baru sy kenali... insyaAllah laman qasih akan menjadi tempat singgahan sy... banyak bait2 kata yang menjadi sandaran untuk sy berlajar berbunga bahasa.

p/s: pasti hujan punya tafsir... menjadi lakaran kehidupan.

arryani berkata...

Ya Allah, seronok nya main hujan.

Saya tak dapat main hujan macam ni. Saya mudah sakit kepala. Antibodi tak kuat kot...

arryani berkata...

Saya kalau hujan2 macam ni, amik slimut, tdo...hahahaha.

Org serumah ngan saya mesti boring.

naz ilyn berkata...

arryani...

dulu memang suka main hujan tapi sekarang hanya memerhati setiap titis hujan menikmati dinginnya hembusan... memang mengantukkan mata...
kalau kita tido satu rumah mesti tidur... bukan apa bunyi derap hujan bagai membuai... zzzzzz

naz ilyn berkata...

arryani... kat tempat sy dan dua tiga hari ujan tak berenti... kat sekudai pun sama ker..??

noorlara berkata...

akakpun suka bila hujan sebab tak payah siram pokok tanaman tapi jgnlah hujan tak berhenti natin banjer le plak

naz ilyn berkata...

noorlara...

yer betul... sebab tu ler namanya hujan rahmat... memberi manfaat pada semua isi alam...

tapi sampai suatu masa melimpah ruah ler pulak jadilah bencana alam... kitaran hidup begitulah.

maza berkata...

Hujan
hmm

Hujan.. membuat maza sepi! Merenung jauh.

Betapa seorang ibu tunggal mengharapkan ia berlalu

Kerana rezekinya diperdu pohon getah!

Hujan
Yg sekecil tawa di dlmnya
Yg tua merintih!

Cukupkah ubi kayu penyambung nyawa?
duit belanja?!

ahaks.
hujan

nukilan : sajak maza entah apa2 entah... hehehe

naz ilyn berkata...

maza...

teringat arwah atok kat kampung... kalau musim tengkujuh tiba... mengeluh jer... tak dapat menoreh, getah tak dapat jual duit pun tak ada... ubi kayu yang setia... sekurang-kurangnya untuk beberapa hari sementara hari cerah kembali.

p/s: hujan ada cerita dicelahan deraian...

ryann berkata...

hujan sentiasa diperlukan. memberikan ilham. cantik foto selipar tu

naz ilyn berkata...

ryan...

terima kasih sudi bertandang ke laman saya... hujan memberi makna supaya berhati-hati jangan sampai selipar anda hilang dibawa arus air.

noorlara berkata...

Naz,
ye nampak ubi kayu rebus tu tapi tapai ubi lebih mengasyikkan, kalau ujan tidur pakei stokin tauuuu.

nak benih pokok haba neraka tu gi beli kat Taman Herba Ng Perak RM2.00 jek, kalu branileee