Pisang emas bibawa berlayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas tidak dibayar
Hutang Ah Long dibawa lari
Harap-harap kelapa tuan
Tidak puan kelapa bali
Harap-harap kepada kawan
Kawan sendiri cabut lari
Tudung periuk pandai menari
Menari lagu putera mahkota
Kain yang elok bawa ke mari
Untuk mengesat Proton Perdana
Nasi lemak buah bidara
Daun ketupat saya lurutkan
Tinggallah emak tinggalah saudara
Kerana pangkat anakanda turutkan
Apa guna kepuk di ladang
Kalau tidak berisi padi
Apa guna hidup membujang
Tidur malam syok sendiri
Kiri jalan kanan pun jalan
Di tengah-tengah pohon mengkudu
Kirim jangan pesan pun jangan
Sama-sama kepala batu
Sayang tempua bersarang di batu
Sayang cempaka dibuang layu
Orang muda melepaskan rindu
Orang tua menanggung malu
Sorong papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Suruh makan tuan makam
Suruh mengundi haram tak mahu
Timang tinggi-tinggi
Dapur tak berasap
Bila besar nanti
Duduk dalam lokap
Siakap senohong
Gelama ikan duri
Bercakap bohong
Bolehlah jadi menteri
Kajang tuan kajang berlipat
Kajang saya mengkuang lama
Dagang tuan dagang bertempat
Dagang saya papa kedana
Ayuh mari berpantun... menjual boleh membeli pun boleh... ada bran.... ??
p/s: Pada semua kekawan Selamat Menyambut Maal Hijrah... moga kita semua dapat memperbaiki diri agar yang lepas dijadikan sempadan yang bakal mendatang memberi kita ruang dan peluang untuk terus berusaha mengapai kecemerlang dan kegemilang di dunia dan diakhirat... Amin.
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas tidak dibayar
Hutang Ah Long dibawa lari
Harap-harap kelapa tuan
Tidak puan kelapa bali
Harap-harap kepada kawan
Kawan sendiri cabut lari
Tudung periuk pandai menari
Menari lagu putera mahkota
Kain yang elok bawa ke mari
Untuk mengesat Proton Perdana
Nasi lemak buah bidara
Daun ketupat saya lurutkan
Tinggallah emak tinggalah saudara
Kerana pangkat anakanda turutkan
Apa guna kepuk di ladang
Kalau tidak berisi padi
Apa guna hidup membujang
Tidur malam syok sendiri
Kiri jalan kanan pun jalan
Di tengah-tengah pohon mengkudu
Kirim jangan pesan pun jangan
Sama-sama kepala batu
Sayang tempua bersarang di batu
Sayang cempaka dibuang layu
Orang muda melepaskan rindu
Orang tua menanggung malu
Sorong papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Suruh makan tuan makam
Suruh mengundi haram tak mahu
Timang tinggi-tinggi
Dapur tak berasap
Bila besar nanti
Duduk dalam lokap
Siakap senohong
Gelama ikan duri
Bercakap bohong
Bolehlah jadi menteri
Kajang tuan kajang berlipat
Kajang saya mengkuang lama
Dagang tuan dagang bertempat
Dagang saya papa kedana
Ayuh mari berpantun... menjual boleh membeli pun boleh... ada bran.... ??
p/s: Pada semua kekawan Selamat Menyambut Maal Hijrah... moga kita semua dapat memperbaiki diri agar yang lepas dijadikan sempadan yang bakal mendatang memberi kita ruang dan peluang untuk terus berusaha mengapai kecemerlang dan kegemilang di dunia dan diakhirat... Amin.



26 Luah rasa:
salam maal hijrah buat kakak
wah...seronok daku membaca pantu2 nih kak....akak sri nak tanya lagi pasal bunga janggut ape ntah ari tu....sri nak tanya banyak sal bunga tu...
boleh yer
sri... boleh apa salahnya...
sri nak tanya apa..??
salam..
salam maal hijrah juge..
salam penghijrahan..
terima kasih kerana sudi lawat blog saya..hehe..;)
fieqa...
moga hari ini lebih baik dari semalam...
dalam kelam meraba-raba
sejalur cahaya sangatlah perlu
tahun baru menginjak tiba
semoga diberkati sejahtera selalu
salam maal hijrah
best punya pantun
leh ajar saya nak wat x
Salam naz...selamat menyambut maal hijrah. pantun2 maz ni memang sesuai ngan isu semasa..hihi
Saya ni tak reti berpantun tapi nak try gak.
Julietchun berferari merah
Selamat Menyambut Maalhijrah
hik,hik.
rynn...
begitu pantas masa berlalu
tak sedar tahun baru kunjung tiba
agar kita diberkati selalu
moga sejahtera milik kita
teddi...
salam maal hijrah jua... boleh apa salahnya... apa yang penting kita seronok melakukannya...
--------------------------------------
ain...
wasalam... salam maal hijrah jua... pantun suka-suka buat ikut rasa.
------------------------------------
juliechun...
akak tau ko memang boleh buat pantunkan... ko memang ada bran.
salam maal hijrah jua.
haha:D
kelakar kak..
salam maal hijrah dr kota darul ehsan!
kalau kail panjang sejengkal
lautan dlm jgn diduga
kalau semalam byk yg tinggal
moga tahun baru lbh brmakna
boleh kak? haha..
asyima...
salam maal hijrah dari kota darul takzim jua..
kalau tuan mudik ke hulu
kirimkan saya buah saga
kalau datang tahun baru
dah tertunaikah azam lama
p/s: boleh sesangat... hihihi
Salam maal hijrah...hi hi..tak tau nak pantun laa...
tie...
hey kak tie... alhamdulillah sakit kepala dah kurang sikit.. angin kot... kanda dah urut baru lega..(tak tanya tapi nak bagitau gak hihihi)
salam maal hijrah jua... pantun main-main untuk kak tie...
buai laju-laju
sampai pokok sena
selamat tahun baru
moga makin ceria
salam maal hijrah...
Uiks berpantun pula kak naz ek..gabungan lama dan lawak..heheh
dua tiga kucing berlari
mane nak same si kucing belang
bile bercinta semua kan ku beri
bile dah kawin seri pun hilang
Qaseh....
salam maal hijrah jua... yang baru datang bertimpa... yang lama jangan dilupa
dua tiga kucing berlari
mane nak same si kucing belang
baru tunang dah macam suami isteri
alamat darah manis terus hilang
hati-hati bermain parang
parang tajam tetak berdarah
sambutlah salam sayang
Salam maal Hijrah
kts...
lompat si katak lompat
lompat tinggi-tinggi
tahun baru hampir dekat
moga kita diberkati
Salam maal hijrah :)
Wah meriahnye.. Rasa cam kat pesta pantun plak :D nak bpantun xreti, so tumpang lalu jelah ye..
pandainye memperkosa pantun ni kalu tau ke tuan punye sah kena debik sampai pengsan, hahahaha apapun naz ni kreatif sungguh hakak suke tu!
wah..wah..wah...dah jadi pentas berbalas pantun lak..hihihi... teringin nak mencuba...tp x de bakat lah...
-just me-...
buai laju-laju
sampai pokok sena
hari ini tumpang lalu
hari esok ngobrol sama-sama
p/s: ngobrol- berbual
noorlara...
hey... kak noor
hahaha... tiada niat ku untuk memperkosa pantun-pantun ituuu... ohhhh aku bukan perogol... pantun ni untuk kak noor...
dua tiga kucing berlari
mana nak sama si kucing belang
kak noor mari ler join sekali
kalau berani marilah debik kita orang
p/s: kak noor camner ada bran...??? hihihi
-----------------------------------
ain...
kak ain... seronok bermain-main pantun... orang dulu-dulukan suka berpantun-pantun... meh ler cuba tak cuba tak tau.. pantun untuk akak..
tepuk amai-amai
belalang kupu-kupu
mari berpantun ramai-ramai
belum cuba belum tau
p/s: camner kak nak cuba tak...??
hafal ayat keramat baru ,
selamat tahun baru .
saya x berapa terror 4 kerat ,
tp sy terror 2 kerat .
muahahahha
mar...
pantun dua kerat pun boleh lahh...
katak hijau si katak puru
boleh tau apa azam baru
Catat Ulasan