CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Ahad, 14 Disember 2008

SENGKETA MAYA

Dunia maya tanpa sempadan menghubungkan manusia sesama manusia walau dimana dan sejauh mana sekali pun kita berada . Begitulah majunya teknologi komunikasi ciptaan manusia yang bijak. Beruntung dan bertuahlah kita semua dapat merasai dan menggunakan kemudahaan yang telah tersedia.

Dunia internet misalnya menjadi penghubung antara kita walaupun rupa mu tak ku kenal tapi bicaramu dapat ku selam. Hanya bicara tanpa suara membuatkan saya seolah-olah ada ramai kawan dan banyak kata-kata yang boleh dikongsi bersama.

Walaupun di pekan yang saya duduki sekarang ni tidak ramai yang menggunakan internet dan golongan masyarakatnya terdiri dari suri-suri rumah seperti saya juga pekerja industri, peladangan juga bekerja sendiri dan golongan profesional amat sedikit. Tapi saya lebih bernasib baik kerana diberi kemudahan oleh kanda dan dapat bersahabat dengan kamu semua.
Jangan jadi seperti cermin ni hanya retak menanti belah.

Dalam kita membina bicara dan mengikat tali persahabatan mungkin ada terselit sengkita. Perkara ni bukan sesuatu yang mustahil betul tak..?? Selagi manusia bernama manusia dan selagi manusia boleh meluah kata-kata selagi itulah syaitan bermaharajalela. Bukan semua suka apa yang kita buat dan bukan semua setuju apa yang kita kata tapi kalau bicara itu diluahkan secara jujur dan sihat tidak menjadi salahnya.

Sebaiknya kesempatan yang ada ini kita manfaatkan dengan cara yang sihat dan mengeratkan tali siratulrahim dan ukhwah sesama insan. Jangan jadikan dunia maya tanpa suara dan wajah ini menjadi wadah untuk kita bersengketa atau sebagai jalan untuk melontarkan kata-kata yang kesat atau kata-kata lucah dan sumpah seranah. Jika ada pelawat yang menjengah dan berkata bukan-bukan usah endahkan anggap jer dia demam atau pening kepala... hehehe.

Terus terang saya katakan yang saya bukan ler seorang yang berpelajaran tinggi cakap pun satu bahasa jer. Moga apa yang saya luah dan kata tidak akan melukakan hati sesiapa kalau ada yang terasa maaf dipinta sesungguhnya tiada sekuman pun niat di hati saya.
Yang putus disambung kembali seperti tali buaian ni... bestnya main buaian.

Setakat ni Alhamdulillah semua sahabat maya saya baik-baik belaka dan semoga yang jauh dapat dirapat rapatkan dan yang dekat dierat eratkan... amin.






27 Luah rasa:

INTAN RH berkata...

Sengketa maya lagi bahaya, tanpa mengenal rupa, kita boleh mengata-ngata, tanpa mengetahui siapa sebenarnya orang yang kita kata tu.

naz ilyn berkata...

intan...

tu ler pasal ada orang yang mengambil pulang untuk lontar batu sembunyi tangan tu lagi tak bermaruah...

ku tak sempurna berkata...

setakat ni belum pernah dpt komen yg menyakitkan hati... alhamdulillah... semua nya komen yg membina :D

naz ilyn berkata...

kts...

bagus ler... akak pun harap begitu juga...

MAZEMIE MAZ berkata...

salam,

Selagi bernama manusia
mampu melontarkan kata-kata
tidak mustahil akan tercipta
lontaran menyentuh rasa
menyelitkan sesak di dada,

ah, di mana-mana berada
manusia itu serupa
sedikit saja yg berbeza
malah berbeza pun adalah dalam serupa.

ghost_MaR berkata...

saya mmg budak baik ...
tuan rumah baru tahu ker ???
ehheheh

naz ilyn berkata...

MM....

kita memang serupa
tiada beza antara kita
di mana-mana pun sama
di sana sini pun serupa
terselit kata-kata nesta
biarlah orang berkata
yang penting kita tahu siapa kita
lidah dijaga ukhwah dipelihara

p/s: sama tapi tak serupa...

```````````````````````````````````

Mar...

sy tau awk budak baik... sebab tu kita bersahabat kan kan...

Bunga Rampai berkata...

Salam,

Tidak DIA menjadikan sesuatu dengan sia-sia. Dunia maya tanpa sempadan banyak memberi manfaat sebenarnya, cuma manusia saja yang tidak menggunakan akal yang diberiNYA untuk memilih jalan yang diredhai.

Jaga diri :)

naz ilyn berkata...

BB...

betul tu... takder orang nak buat sesuatu yang memudaratkan atau tidak berfaedah... cuma tangan-tangan yang gatal takder keje lain nak buat... cuba mengotori pesada maya ni...

p/s: biar luncai terjun dengan labu-labunya... eh bukan ker labu sedap dibuat pengat... hihihi

::SRISUFI:: berkata...

salam kenal sis...
trimas sudi menitipkan komen dlm blog sri...hehehe...huurrrmmm...sengketa maya??bahaya tu sis...harapnya takde lah berlaku kat sri...kita tak cari pasal kat org...tujuan kita ber'blogging' nih semata2 nak suka suki...jalinkan persahabatan...buka cipta musuh...blog kita hak kita kan sis...pedulikan 'virus2' tu...

tuka link yer..

naz ilyn berkata...

sri...

akak pun tujuan nak berblog ni saje jer kat umah boring... fikiran ni banyak sangat kata-kata tu yang cari tempat nak meluah rasa... seronok macam ramai sangat kawan.

p/s dapat kenal dengan sri... betul tak..??

tasikmerah berkata...

gambor ubi rebus kat bawah tu bikin aku lapor la haih~



:)

izman berkata...

salam ziarah.

musuh jangan dicari, persahabatan jangan ditolak.

naz ilyn berkata...

tasikmerah...

tu baru gambo... belum betul-betul depan mata... rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari... tak gitu tasikmerah... hihihi

``````````````````````````````````````

izman...

tu ler pasal... kalau orang ajak makan kita makan... kata orang rezeki jangan ditolak...

kalau orang ajak kawan kita kawan... orang ajak bermusuh kita cabut lariiii.

p/s: terima kasih sudi ke teratak sy.

noorlara berkata...

naz,
idop ni bukannya lama maka adalah terbih baik jika kita mengindahkan lagi kehidupan kita dan orang lain disamping memakmurkan dunia. Bayangkan kalau semua manusia di dunia ini penuh dengan kasihsayang dan pengertian alangkah bahagianya. Persahabatan yang murni tidak mengira darjat, kedudukan, kelulusan dan entah hape hape mende tu, apa yang utama persabatan maya ini sedikit sebanyak menjadi garam dan gula buat menambah sedap rencah kehidupan harian kita, tak gitu!

naz ilyn berkata...

noorlara...

betul tu noorlara... bangga sy dapat bersahabat dengan anda... (terharu huhuhu) juga semua sahabat maya yang selalu bertandang atau yang sekadar menumpang lalu.

p/s: ceriakan hidup dengan berblogger.

[S]itie [B]Um [B]Um berkata...

nk main buai gak

teddi berkata...

betul2 dia org nie mmg pengeut xberani cakap depan2

::SRISUFI:: berkata...

salam sis,
sri da tinggal tapak kaki kat sini...hehehe...sri dah link sis...thanks ye sis...

AL-BIMA SAKTI berkata...

salam naz ilyn;

bisaalah...
ada kalanta kata boleh terluka.
ada kalanya kata bawa bahagia,
ada kalanya kata tiada apa-apa.
ada kalanya kata tersentuh jiwa....

naz ilyn berkata...

SBB...

buai laju-laju
sampai pokok sena
tali buai dah putus satu
jangan tali sahabat terputus sama

p/s: yang putus ikat kembali dengan ikatan yang tulus dan ikhlas.

`````````````````````````````````````

teddi...

sabo jer dik... tak gitu tak der peribanasa baling batu sembunyi tangan... ( tak tau ler kalau takder tangan baling pakai kaki kot...hihihi )

```````````````````````````````````

srisufi...

terima kasih yer...

````````````````````````````````````

bima sakti...

menari jejari ikut rasa hati
apa di hati itu dijari
menarilah sesuka hati
jangan menyakiti sesama insani

kuIna Jentayutiara berkata...

intenet nie dunia tanpa sempdan.. memang tak ada batasan tp selagi kita berpagang kpd agama kita tak akan sesat.

dlm tenet nie mcm2 ada...

naz ilyn berkata...

jentayu...

berpeganglah pada tali Allah
biar kita dipelihara
jadikan maya sebagai wadah
untuk kita bersaudara

p/s: dunia tanpa sempadan kekadang buat kita mudah tersasar dan tersesat jalan...

BurungBelatuk berkata...

sengketa maya...hmm,agak2nya kalu mengumpat pasal orang yg kita xtau wujud ke x,timbul dosa x?

guru_cikgu berkata...

Salam persahabatan dari saya,

Pernah seorang guru saya menyebut perkara berikut untuk direnungi,

"Jika kejahatan dibalas kejahatan, itulah dendam,
jika kebaikan dibalas kebaikan, itu perkara biasa,
jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim,
tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu lebih mulia dan terpuji."

tintaHati berkata...

Sebenarnya ada baik dan buruk juga internet ni. Terpulang dari cara org memanfaatkannya. Dan sengketa maya memang wujud kerana saya sendiri pernah mengalaminya. Cuma yang terkilan tu kami kenal bukan sekadar dalam maya tetapi secara realiti juga. Malah berkenalan dulu secara realiti sebelum jadi maya gitu.

Moralnya, susah nak cari teman yang baik dan tulus dan alam maya juga bisa menjadi perang antara sahabat.

naz ilyn berkata...

BB...

ada segelintir penulis-penulis blog yang corak penuliannya menjurus ke arah itu... itu memang tak dapt kita nafikan... pena di jari anda, minda di kepala anda, jejari anda yang menarikan dan anda sendirilah juga yang memilih tari... jadi tanyalah hati... bak kata budak sekarang lu pikirlah sendiri.

```````````````````````````````````

guru_cikgu...

selamat pagi cikgu...hehehe dan salam sahabat jua.
biarlah kita menjadi orang yang membuat kebaikan setelah apa yang diterima tidak seperti yang disangka...

p/s: moga kita menjadi orang yang seperti itu...

```````````````````````````````````

tinta...

semoga kita di jauhkn dari bertemu dengan orang yang seperti itu... untuk sekian kalinya pun jangan.