CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Selasa, 23 Disember 2008

buku ibu... buku anak... buku pinjam

Tengok ler si Shaqira ni bukan main lagi... kita bersiap dia pun sibuk nak bersiap gak... tu ler bebudak sekarang kecil-kecil dah pandai nak cantik.... patut ler cari mana bedak kompet saya tak jumpa... rupanya si peri peri kecik bawa lari... isyhhh nak kena babab ni.

Dua minggu lagi cuti persekolahan akhir tahun bakal berakhir ibubapa sepatutnya sudah bersedia dengan tanggungjawab bagi menyediakan persiapan persekolahan anak-anak. Bagi ibubapa yang berkemampuan bolehlah berganti serba baru, sukalah budak-budak tu kalau semuanya baru tapi seeloknya biarlah berpada. Kalau masih boleh digu
nakan... gunakanlah balik tak usah membazir walau pun kemampuan itu milik kita.
Ini buku yang sempat saya beli di kaunter semasa beli buku sekolah... compius ni beli untuk anak ker untuk mak...

Kalau yang lama masih elok lagi tapi dah beli yang baru bolehlah sedekahkan barang-barang tu pada jiran-jiran atau kawan anak-anak yang kurang kemampuan. Kitab-kitab sekolah agama misalnya kalau kita tak ada anak yang bawah untuk menggunakannya daripada dibuang adalah lebih baik disedekahkan... begitu juga dengan beg sekolah, baju sekolah yang masih elok pun boleh.

Hari ni dari pagi saya sekeluarga sudah bersiap untuk membeli buku persekolahan bagi sesi persekolahan tahun depan dan giliran pertama ialah di sekolah Shafiq. Hari ini juga adalah pembelian buku bagi tingkatan dua dan tiga tahun 2009.

Dan yang ini juga...

Ada sesuatu yang saya nak kongsikan... akan saya terakan di bawah tapi sekejap lagi tau... sebab saya nak ke perpustakaan desa... pulangkan buku masakan yang sa
ya pinjam....hehehe tapi tak cuba masak pun... kejap yer.
Dah berwajah baru... ahhh rindunya dengan buku-buku kat sini. Berada di sini macam mabuk buku... tak tau mana satu nak baca dan pinjam... aaaa buku ni best ler... isyhhh yang tu best gak... aaaa pening! pening! balik ler.

Dah lama betul saya tak datang menjengah kat perpustakaan desa kira-kira dalam satu tahun lebih... isyhh lamanye. Selepas saya melahirkan anak yang ke empat saya dah tak ke sini lagi. Selalunya setiap tahun akan diadakan aktiviti seperti pertandingan membuat buku skrap, pertandingan mewarna, pertandingan mencari buku dan banyak lagilah.

Saya rajin juga masuk pertandingan kat situ. Selalunya semua pertandingan dilakukan secara berkeluarga. Kelakar ler juga kalau diingat-ingat. Kali terakhir saya memasuki pertandingan membuat buku skrap... ibu bersama anak. Tak sangka saya mendapat tempat ke tiga... tercari-cari mana saya letakkan buku skrap yang saya menangi tu... emmm rupanya semua buku skrap yang dipertandingankan disimpan di situ.... tengok ler kalau masih ada lagi... saya nak tangkap gambar kasi anda semua lihat... ok.

Bukan ler nak memuji diri tapi saya agak kreatif dan suka dengan seni lukisan juga kraf tangan. Ada beberapa pertandingan yang pernah saya ikuti seperti pertandingan mengubah bunga, pertandingan masakan, pertandingan gubahan... yang masakan jer tak pernah menang... hehehe macam tak tau masak jer kan...

Kita berehat sebentar layan sajak Kisah Dalam Ribut karya Sasterawan Negara Usman Awang layannnn.


Malam menguak antara rimbun daun-daun
Titis-titis gerimis melalui lubang pondok usang
Dalamnya gadis tani merangkum lutut
Kedinginan merayap ke tulang-tulang kecut.

Sesekali kilat menyambar ngeri
pondok usang dimandi hujan dinihari
Adik-adik menangis menggigil menghampiri
Manakah ayah yang tak pulang sampai kini

Petir mengamuk memacung pohon
Pondok usang remuk seperti timun
Suara jeritan sayup antara pelepah kelapa
Suluhan kilat menampakkan tiga mayat bertimpa



21 Luah rasa:

teddi berkata...

hentah xtau knpe tahun nie rasa perasaan mcm lain pulak
xsuke beli baju sekolah plk

naz ilyn berkata...

teddi...

kalau tak silap akak adik nak ambil spmkan tahun ni...?? baguslah tuu... belajar sungguh-sungguh tau.

tintaHati berkata...

Desa mana tu...bestnya ada library..Saya suka buku :) Dulu zaman sekolah saya pakai beg sampai reput baru tukar. rasanya rekod paling lama ada la lam 5-7 thn. Mak selalu ajar cimat cermat. :) wpon beg saya tu paling tak bergaya...hehe

Shais berkata...

bagusnya ada library desa...biar anak-anak suka membaca dari awal:)

asyima binti dollah berkata...

haha:D

bukan ape kak..
as a human--sy rase tidak dihormati--
hahaha..

tak laa..nama pon manusiakn..tidak pernah sempurna..sy pon bukan siapa2..cuma krn geram--trlontar kemarahan tuh kt LK..

tq kak!

salihin berkata...

waa..salam..

akak..seronoknye..
spend mase ngan kids bli buku sekolah diorg..

naz ilyn berkata...

tintahati...

perpustakaan desa ni terletak d sebuah kampung yangtak jauh dari perumahan akak...

baguslah camtu sekarang dah menampakkan hasilnya kan... tak rugi buat baik dengan buku ni... pasti menara gading dapat kita tawan.

p/s: suka membaca... tapi tak suka diganggu.

-----------------------------------

shais...

bebudak suka pergi library desa ni... pinjam buku tapi nanti dia sayik baca buku cerita jer... buku sekolah... aram.

p/s: bawa anak kecil lagi ler... abis dikemas satu library.

-----------------------------------

asyima...

kalau ada rasa marah memang elok dilepaskan... kalau disimpan takut nanti mood hilang sepanjang hari... tak pun jadi lahar panas yang menghancurkan sesiapa yang terkena...

-----------------------------------

salihin...

dah tanggungjawab... tapi nasib baik tak kena tunggu lama sangat... lagi pun banyak juga kaunter yang dibuka...

Tie berkata...

Kak tie dah lama tak ke library. Sejak sign surat nikah, langsung tak menapakkan kaki ke sana... Tak de peluang kot...hu hu...

julietchun berkata...

saya suka membaca novel tapi skang ni novel melayu terlalu byk citer2 cinta yg tak masuk akal, bosan jadiknya. Rasa tersentuh baca sajak tu, terbyg srg gadis kecil,kurus dan lemah.

ghost_MaR berkata...

buku ...
saya pn sgt suka bila tgk tempat yg byk buku ...
rs mcm nk bc sumer tp ...
buku kuliah pn sangkut2 bc ...
hokhokhok ...
tp course yg sy amek ad kaitan dgn library ...

ku tak sempurna berkata...

klu tak nak buku2 tu, sedekah kat saya pun takpe.. :D

sy ni pun tersgt gemar mengumpul buku :D

amboi... byk masuk pertandingan ye... takpe, lain kali cuba lg pertandingan masakan tu... klu lwn dgn saya, confirm menang.. :D sy ni tak pndi masak

naz ilyn berkata...

tie...

hey kak tie.. saya pun camtu gak tapi... semasa kanda pergi berkrusus selama hampir dua tahun tak lama dulu... tu yang mula pergi ke library abiskan masa.

p/s: kalau rajin jer pergi...

-------------------------------------

juliechun...

betul tu... memang banyak sangat novel2 cinta... kadang-kadang layan gak... bila baca novel cinta kanda kat sebelah jeling jer... macam takde buku lain nak baca... hehehe.

p/s: selalunya yang disambar buku masakan ler... tengok2 jer bukan nak cube pun. (saje menyedapkan mata)

-----------------------------------

mar...

kekadang akak ni tengok jer suka baca pun belum tentu lagi... tu yang pening nak pilih buku yang mana satu...

p/s: hai..lah buku kalaulah kau boleh bercakap tak payahlah aku baca kau...hehehe.(merepek ler pulak)

-----------------------------------

kts...

kitab sekolah agama nak ker... semua tulisan jawi tau... pandai baca tulisan jawi tak...?? ( mestilah pandai)

tapi lepas tu terus malas nak masuk pertandingan memasak...

p/s: bukan pandai sangat masak sebab tulah kalah...

Qaseh berkata...

Library?..lama benar x menjenggah library..dulu zaman2 belajar sek men hingga la masuk u..selalu sgt pegi library..sebelum kawin sempat juga singgah library dalam 3-4 kali. Hmm..rindu rasa nak pegi library.. nanti bile anak2 dah besar skit, boleh ajak pi library...

naz ilyn berkata...

Qaseh...

biar anak-anak besar sikit... kalau nampak buku dia dah faham... bagus bawa anak ke library... pupuk minat membaca dari kecil.

xiiinam751 berkata...

ckLah baru beli berus sabut....nak basuh beg sekolah Nuha....

Alah membeli menang memakai kan...dah masuk tahun ke tiga beg barbie beroda tu..harganya memang menjulingkan mata sepet ckLah ni..

::SRISUFI:: berkata...

salam wat sis..

sri juga sangat cintakan buku....
sri suka buku number 1 tu....

mesti si comel tu bijak nanti sis..
amin

naz ilyn berkata...

ckLah...

betul tu... biar kalah membeli jangan tiap tahun asyik nak berganti...

cermat betul anak ckLah jaga barang... tiga tahun. Kekadang budak2 ni mudah jemu... tengok kekawan dah guna pesen lain mulalah nak mengganti sedangkan yang lama masih elok lagi.

-----------------------------------

srisufi...

amin mudah-mudahan...
tu yang buat akak kompius ni akak punya ker atau nak kasi anak... dulu masa sekolah nak tulis sajak ker atau apa-apa idea tu mencurah-curah keluar... cikgu suruh tulis sikit tapi berjela-jela yang ditulis... sekarang ni dah tumpul lagi berkarat tu yang nak asah balik.

p/s: anak lebih memerlukan... tapi boleh ler tumpang baca.

tasikmerah berkata...

aku pun suka baca buku resepi tapi haram tak buat pun... ha ha.



.

naz ilyn berkata...

salam...

kalau pergi library... nampak buku resepi macam rasa bersalah ler pulak... nak tak nak sambar gak... tapi buat cuci mata jer ler...hehehe cuba tak jugak... anak-anak jer sibuk "bu... masak ni ler macam sedap jer..."

p/s: nanti ibu masakkan yer... kasian anak aku.

Suzi berkata...

salam kenal naz ilyn....
bagus pupuk minat membaca dari awal...anak2 saya kat sini memang tiap2 minggu ada buat balik buku cerita...mulalah tiap2 mlm kena bacakan time nak tidur...kalau tak tak nka masuk tidur...

naz ilyn berkata...

suzi...

salam kenal juga...oooo iyeker... bagusleh kalau begitu... kekadang kita yang malas nak melayan karenah bebudak ni... kalau anak sy tak tentu masa... ada jer buku baru terus jer suruh bacakan...