CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Ahad, 4 Januari 2009

MENDUGA LAUTAN

Indahnya pemandangan...

Nampaknya hari-hari terakhir cuti sekolah dinoktakan dengan menduga perairan Selat Johor di Tanjung Piai. Keadaan agak berbeza dengan lapan tahun lalu ketika pertama kali menjejakkan kaki ke sana.
Selamat datang ke resort Tanjung Piai... nampak macam menarik.

Berbezanya dengan terpacak teguh resort-resort yang didirikan diatas permukaan air. Suasana amat nyaman dengan hembusan bayu menyapa lembut sungguh menyenangkan. Cuaca agak baik dan boleh ler menunaikan niat ke sana untuk menguji kail yang panjang sejengkal. Tak sabar rasanya nak melabuhkan joran mendarat ke dasar laut dengan air beralun tenang dengan anak-anak ombak memecah menghempas tiang-tiang batu yang menjadi kaki meneguhkan lantai resort.ni ker bilik yang nak di sewa...?? bukan kot... ni dah penuh.
atau yang ini...?? ni cuma ada dua katil bujang... tak sesuai.
yang ni pulak nampak macam best jer... pun tidak... tak cukup bajet lagi pun cuma tempat nak berehat jer tak tidur pun.

Sungguh menarik kata pertama terpancul keluar dari mulut saya dan ramai pelancong yang turut sama menikmati keindahan laut Selat Johor juga bersetuju dengan saya. Pertama sekali adalah mencari tempat sesuai dan selamat untuk memancing terutamanya keselamatan untuk Shaqira yang amat lasak dan tak tau diam.ni...?? ohh tidak ni asrama untuk rombongan beramai-ramai.
ahhh... ni baru betul kat hujung sekali... jenuh juga kaki melangkah kepai rasa... tapi sesuai untuk memancing ada kira-kita empat buah bilik lagi yang masih kosong nampaknya kami yang pertama... boleh ler layannn.

Setelah perbincangan antara kami dan anak-anak keputusan diambil untuk menyewa salah satu bilik untuk digunakan oleh saya dan Shaqira berehat... kira macam kem tahanan ler... mana taknye orang lain sibuk memancing saya terpaksa menjaga Shaqira kat dalam bilik sambil sesekali mengitai permandangan di luar tingkap.
Belum apa-apa dah pun landing si kecil Saqira ni... macam best jer. Cuma ni aje bilik yang tinggal ada tiga katil bujang... jadi ler. Nampaknya bilik yang lain dah penuh... nasib.

Dari tingkap di dalam bilik saya dapat melihat perlabuhan Singapura yang sesak dengan kapal-kapal. Bila hari beransur menyinsing keadaan di pelabuhan mula disimbahi dengan cahaya nieon... amat manarik dari kejauhan. Bila saya keluar nampaknya semua bilik dan pun berpenghuni dan ada yang datang dari Johor Bahru juga Singapura.
Asyik betul pengail-pengail kita ni... macam iya-iya jer... dapat ikan ker tu.... ??

Isyhhh... apa cerita pulak dengan dia orang yang tengah memancing tu agaknya yer...?? dengar cerita hari ni joran diorang kurang bernasib baik sebab ikan buntal tengah banyak bermain-main di sekitar perairan... kata orang tua-tua kalau ikan buntal ada alamatnya ikan lain tak der peluang ler nak datang dekat.

Tapi memang betul banyak betul ikan buntal yang mengena mata kail kira-kira dalam dua puluh ekor tapi kami lepaskan semula ke laut. Setelah berhempas pulas memerah keringat akhirnya pengail tewas dan masuk ke bilik melepas lelah. Emmm nampaknye giliran saya pula memegang joran... tapi tak sia-sia mungkin rezeki saya seekor ikan sembilang mengena mata kail.

Tapi tu ler sekor yang dapat mungkin anak sembilang dewasa tu tak dengar nasihat emak sembilang sebab tu dia terkorban.... hihihi. Dan selepas berlalunya senja kami pun beransur pulang dengan rasa ingin kembali semula pada suatu hari nanti dengan kail yang panjang berjengkal-jengkal... dan tungguuu lautan dalam Tanjung Piai kami datang.
Shafiq bersiap untuk memulakan persekolahan... moga berjaya sedih... huhuhu.

Esoknya kami bersiap untuk menghantar Shafiq pulang ke asrama dan mendaftar kemasukkan asrama untuk memulakan persekolahan... moga azam tahun baru dapat direalisasikan dan selamat pulang ke gagang.


20 Luah rasa:

Zul-Elle berkata...

Menduga lautan ? 'Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga'. Gunakan aje kapal selam... he he he...

ain berkata...

Saya tak pernah lg ke Tg Piai. Katanya cantik. Saya pun hantar anak balik TKC semlm. Sedihnyaaa..

naz ilyn berkata...

zul elle...

tu ler pasal... kail panjang sejengkal dah nak menduga lautan tu yang tak dapat ikan... hihihi tapi tak per lain kali kami datang lagi dengan kail yang lebih panjang lagi akan kami tawan lautan dalam... hehehe.

naz ilyn berkata...

ain...

hey kak ain... mari ler datang kat sini... memang cantik tau... resort pun tak berapa mahal ok lh.

p/s: rasa sunyi lak rumah kalau anak-anak semua pergi sekolah... memang rasa sedih.

julietchun berkata...

Penat mancing ikan akhirnya kena ke pasar juga yer,hahaha.

yani_worldpeace berkata...

seronok yer berjalan-jalan, tanjung piai kan terletak terkeselatan semenanjung malaysia..ase nak gi gak satu ari nanti

Fara berkata...

tak penah sampai lg tjg piai ni...mcm best je. tp cik abg fara tak minat mancing daa...

ku tak sempurna berkata...

tanjung piai bukan tanjung yg paling hujung di dunia ke??

lupa la plak...

tp mesti seronok kan..

izan berkata...

naz ilyn,

bestnya tg piai...dh lama x keselatan. mesti seronok kan kat sana. waa len kali boleh tanya ni.

anak2 kita dah mula sekolah, shafiq berapa umurnya.

naz ilyn berkata...

julietchun...

tapi kalau nak tau ikan kat pasar tak sedap... sedap lagi ikan yang pancing sendiri walaupun sebesar dua jari... hihihi

p/s: memancing memang menguji kesabaran... kalau dapat ikan suka bukan kepalang.

`````````````````````````````````````
yani...

tanjung piai adalah penghujung benua asia... benua asia yang terletak paling hampir dengan garisan selatan khatulistiwa... jom zoom tanjung piai...

naz ilyn berkata...

fara...

bukan semua orang minat memancing... lebih mudah beli kat pasar jer... tak payah berpanas tapi memancing membuatkan kita lebih merasai rezeki ditangan Allah...

p/s: mari ler sesekali ke selatan...

`````````````````````````````````````

kts...

pembetulan... penghujung benua asia dah banyak kali keluar kat majalah 3... tapikan yang buatkan anak-anak akak geli hati... segala bahan kumbahan akan dipam terus ke laut... bayangkan goreng pisang terapung kat tengah laut... hahaha.
(a'eh siapa punya tu...??)

naz ilyn berkata...

izan...

izan selamat datang ke laman lurah rasa... marilah cuti-cuti malaysia.

p/s: tu ler pasal... anak-anak semua dah ke sekolah sedih gak.. shafiq tahun ni 14th.

Shais berkata...

nampak menarik...cuti akan datang boleh plan ke sini.

naz ilyn berkata...

shais...

mari lar jejalan kat selatan... makanan lautnya pasti memuaskan hati.

Tie berkata...

Kak Tie tak pernah ke sana...dulu ayah selalu cerita, memang tempat mengail....

Syafik tu anak sulong ke?? Tingkatan berapa?

naz ilyn berkata...

tie...

kak tie dah ok ker..?? memang tempat pengail-pengail pertaruh nasib tapi seronok berada di tengah laut hembusan bayu selat melaka amat mengasyikkan...

p/s: shafiq anak sulung form 2 tapi kat rumah menjadi regu gaduh... mak dengan anak masing-masing taknak mengalah... kalau dah takder senyap ler pulak... hihihi.

iNsaN BiaSa berkata...

salam kenal kembali...

ramai org bercerita tanjung piai ni best..xpe..1 ari akan kujejaki jua..heheh

ps:memancing mmg best..

naz ilyn berkata...

insan biasa...

memang benar apa yang dikata... tak payah tunggu satu hari dua hari pun boleh...hi hi

p/s: hanya pengail yang kenal mata kail

noorlara berkata...

alahai naz tentu seronok berada di tepi laut dapat lak ikan yg segar rebus atau bakar jek dah lazat giler. awat tak habak suke ngan strawberi salut cekelet tu, len kali hakak tolong belikan yeee cik hadekkk

naz ilyn berkata...

noorlara...

ahak ahak... akak ni baik betul ler.. mungkin lain kali kot