CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Rabu, 21 Januari 2009

" cakap terang-terang..."

comelnya... tapi masih boleh bergaya

Berdusta ialah perbuatan di mana seseorang itu sengaja mahu memberi gambaran yang salah kepada orang yang didustai. Dusta mungkin dilakukan secara tersurat mahupun tersirat. Biasanya dusta dilakukan dengan menggunakan kata-kata yang jelas berniat memberi gambaran yang salah.

" Betul! abang tak pergi kelab dangdut." ( sedangkan dia pergi )

" Betul! saya tak cakap apa-apa pasal emak awak." ( sedangkan dia cakap )

" Kalau abang nak kawin lagi, kawinlah." ( mulut jer cakap macam tu dalam hati tuhan jer tau... tapi orang lelaki kalau dengar isteri cakap macam tu cepat-cepat... AMINNN )

Katakanlah pada suatu hari anda memakai baju baru yang tidak sesuai dengan potongan badan anda. Anda bertanya kepada suami sama ada baju itu cantik apa bila dipakai. Adakah ini jawapan suami tersayang....??

" Boleh tahan! abang tak pernah tengok orang lain pakai fesyen macam tu."
( nampak beno tak tau pesen sekarang... )

" Masya Allah! teruknya baju awak tu."
( biar betul abang ni... ni lar baju yang paling cantik saya pakai...)

" Cantiknya! baju macam nilah yang elok untuk awak."
( sah-sah nak membodek ada maksud tu... )

" Baju tu cantik tapi tak berapa sesuai dengan awak."
( sejuk rasa hati dengar... macam tak ikhlas jer... )

" Awak makin nampak tua dengan baju tu."
( macam nak kena tido kat luar jer malam ni... )

" Awak nampak macam penyanyi dangdut! "
( ni ler baru panasss... )

" Awak nampak macam pokok bunga berjalan! "
( rabun ker apa laki aku ni orang dengan pokok bunga dah tak boleh nak beza... nyampahhh )

" Baju lain lebih sesuai dengan awak."
( ohhh... suami mithali ku )

" Tak der ker baju lain yang lebih cantik dari baju ni..?? "
( tak cantik ker baju ni... tengok macam ok jer.. )

Di dalam Islam, kita di benarkan berdusta hanya untuk tiga rujukan. Pertama untuk menyelamatkan orang yang tidak bersalah daripada dianiaya. Kedua untuk mendamaikan dua orang yang bermusuhan. Ketiga untuk menjaga hubungan baik antara isteri-isteri.

wasalam








23 Luah rasa:

ku tak sempurna berkata...

selalunya org akan kata " tipu sunat"... tak mengapa...

ish ish ish... ada ke tipu sunat??

:P

~PakKaramu~ berkata...

Salam kunjung

naz ilyn berkata...

kts...

tu ler pasal ada ker tipu sunat.. tapi keje-keje tipu menipu ni orang lelaki memang terro.

p/s: orang pempuan ada tipu sunat tak...??

`````````````````````````````````````

pakkaramu...

salam kembali... terima kasih berkunjung ke laman hamba...

Zureen berkata...

Salam perkenalan..terima kasih kerana sudi menjenguk blog zureen.
Kadang2 berbohong utk jaga hati hubby..he3

naz ilyn berkata...

zureen...

terima kasih singgah... ha ha ha... bohong sunatlah tu namanya...

p/s: apa rasa kalau tipu sunat..??

izan berkata...

naz..

hihi..lucu2...lucu lar...

kalau suami dengar kita kata..abg carilah satu lagi...amin...abg bagi payung mas.. hahaha...

berikhlas hati pada semua walau hati kita disakiti. insyaallah tiada musuh melain teman semuanya dan jiwa kita sentiasa tenang.

dusta untuk mengelak pergaduhan harus kan naz...betul dak...tapi kalau dusta untuk keburukkan ingatlah balasan Allah. lambat atau cepat..tetap ada.

naz, zan nak bercoti dah... seminggulah zan tak da ni...JUMPA LAGI....insyaallah.

ain berkata...

hahaha...org lelaki pantang sebut psl kawin lain..menjadi aje.

p/s..selalunya saya yg jadi tukang komen baju2 dia.

lillies berkata...

bestnye tazkirah untuk harini....hehehe...ape yang akak kate tu betul...ape yang lelaki sebut sumenye berlawanan dengan maksud diorang...

naz ilyn berkata...

izan...

orang lelaki ni takde modal lain asyik2 payung emas macam senang jer nak dapat payung emas tu... hihihi

biar yang menyakitkan hati tu kita balas dengan kebaikan yang ikhlas baru lar kita rasa tak tertekan dan hati pun tenang.

p/s: selamat bercuti hati-hati

````````````````````````````````````

ain...

orang lelaki kalau sebut kawin lagi memang suka sangat terus rasa muda... hihihi

p/s: apa lar agaknya komen-komen tu.. hi3 ( bang jangan pakai baju tu tak lawa... pakai baju ni lagi lawa... iye ker tuuu )

naz ilyn berkata...

lillies...

tapikan kalau lelaki cakap benda yang betul pun rasa macam tak percaya jer... emmm baik tanya sama anak betul tak..??

tintaHati berkata...

Kalau hbgn kekeluargaan ka sahabat ka....boleh berdusta ka? Huhuhu....

nurdaniella berkata...

naz, terkadang terpaksa berdusta.. untuk mengelakkan orang tu kecik hati.. ataupun bagi kiasan2 yang boleh dia berfikir..

INTAN RH berkata...

Asben akak pengkritik plg telus, tu yg akak suka...tak hipokrit :)

naz ilyn berkata...

tintahati...

kalau boleh biar lar berterus terang... kalau berdusta takut dibelakang hari ada masalah pulak..

p/s: tapi ada caranya supaya tiada hati yang terluka

``````````````````````````````````````

nurdaniella...

seeloknya cakap biar berkias... tapi jangan lar berkias sampai orang tak paham... buat pegabis air liur jer...hi3

```````````````````````````````````````

intan rh...

kak intan sebenarnya orang lelaki ni cakap biar terang-terang... kalau tak cantik katakn jer tak cantik... buat apa nak tipu-tipu betul tak kak intan..??

Mak Su berkata...

tipu lite-lite :)

naz ilyn berkata...

mak su...

hihihi... tipu lite-lite
mak su mesti banyak ilmu tipu lite-lite ni ajar lar sikit

noorlara berkata...

kahkahkah,
naz, yang paling sukar adalah bercakap benar kepada org yg rapat ngan kita tentang perkara yg negatif, tapi kalau terpaksa untuk menjaga perasaan mungkin terpaksa dimaafkan. Bukan senang nak buat org lain bahagia

fazemy berkata...

Tp rasanya tak perlu la ada tipu sunat tu. Klw betul isteri tak cantik..ckp dgn dia..then belikan lah produk kecantikan yg mahal2..agar dia cantik. klw baju dia pakai nmpk tak sesuai..gantikan dgn baju baru yg lbh sesuai:-)

asyima binti dollah berkata...

hahaha=)

tasikmerah berkata...

kawen lagi?

nak kena sabit? hahahaha...


.

naz ilyn berkata...

noorlara...

kak noor memang sukar tetapi kalau perkara itu amat penting kita terpaksa berusaha untuk memberitahu mungkin ada cara terbaik... lagi pun kalau kita telah mengenalinya tentu kita tau sahabat kita bagaimana...

`````````````````````````````````````

emy...

suami ni nak isteri cantik jer tapi tak nak keluar modal hihihi

naz ilyn berkata...

asyima...

kenyataan yang mana buat kamu ketawa...

`````````````````````````````````````````

tasik merah...

ah... kak tasik ni memang brutel betul lar... ada pengalaman sabit orang ker..?? hihihi

wiseman1stopcentre berkata...

salam..
ader ke semua tu?...
alangkah elok kalau semua org positif...
xyah ader tipu2 sunat ni...

p/s: selalu ucapkan terima kasih kat diri sendiri& semua org....maafkan semua org..bersyukur la kat idup ni..PASTI!