CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Khamis, 8 Januari 2009

beranjak usia

suka nyer aku dapat hadiah handphone merah lagi... alhamdulillah

Setahun lagi usia ku beranjak... sememangnya aku sentiasa bersedia dengan kedatangannya. Tidak juga menunggu tapi ia tetap berlalu bagai angin lalu sentiasa memikirkan masa depan dan pengisian hari-hari agar tidak terlepas begitu saja kosong dan kontang. Akan terus berusaha mencari pengisian abadi walau pun belum sempurna tapi akan tetap ku usaha kerana aku mahu sesuatu yang pasti agar damai terus aku miliki.

Setiap tahun mesti ada cake juga kekadang hanya ucapan dari kanda tersayang juga anak-anak. Tapi aku tak pernah mengambil berat tentang hal itu sambut pun tak apa tak sambut pun tak mengapa tidak menjadi soal begitu juga dengan pemberian hadiah.

Sebenarnya bukan apa aku tak mahu menyusahkan kanda. Almaklum ler kanda seorang saje yang menanggung kami sekeluarga dan aku mengerti kanda mahukan yang terbaik untuk kami sekeluarga. Pada kanda segala kerja keras adalah untuk keluarga. Apa yang anak-anak orang lain ada sedikit pun tak pernah kurang begitu juga dengan aku makan pakai segala-galanya yang terbaik.

Setakat kerja T%$$N%#@B besar mane ler gaji bukan berpangkat besar tapi kalau suami orang lain pagi keluar... malam dah ada kat rumah (agaknye lar) tapi kanda kalau tak gelap tanah selagi tuler tak nampak muka kat depan pintu. Ini antara sebab tahap pendidikan yang kurang... nak lebih kena kerja lebih guna segala kudrat (selalu nasihat kat anak) baju jangan cerita lar... kena cuci dengan Fab (jaga kamu dengan isteri aku..)

Bukan nak berbangga... sebab tu lar aku gunakan ganti nama 'aku' sebab ini adalah coretan luahan hati aku dah lama aku nak mencoretkan sesuatu untuk kanda tercinta sebagai penghargaan atas segala pengorbanan yang telah kanda lakukan untuk aku dan anak-anak. Dan masa yang sesuai adalah pada hari lahir aku iaitu semalam 07/01.

Tak sangka kanda beri hadiah walau pun bagi sesetengah orang bukan sesuatu yang terlalu bernilai tapi bagi aku ianya terlalu berharga. Aku yang tak berkerja dapat sama macam orang yang berkerja... suka, gembira sedih, terharu... huhuhu. Bukannya sebelum ni kanda tak pernah belikan aku apa-apa contoh sebuah kereta kancil untuk kegunaan seharian aku lima tahun lepas... tapi tak sama dengan yang ni. Perasaan sukar digambarkan rasa sayang seolah-olah kian bertaut... terima kasih kanda... huhuhu mungkin faktor umur.

Akhir kata semoga kanda diberikan kesihatan tubuh badan yang sihat dipanjangkan umur dimurahkan rezeki dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat dipanjangkan jodoh kita juga semoga mendapat keredahan dariNya... amin yarobal alamin.




29 Luah rasa:

Sunshine in the morning berkata...

salam kak..

selamat hari lahir yg ke ....
moga panjang umor dan dirahmati Allah..;DD

azza_irah berkata...

salam kak..
bulan 1 juga rupanya akak..
tahniah...slmt ari lahir..
itu tanda kasih syg huby buat akak..
mg kekal bhgia shgga ke akhirnya..

ain berkata...

happy buffday!!!!...semoga diberkati Allah sentiasa. Best le dpt handphone baru.

iNsaN BiaSa berkata...

selamat hari lahir sis..may ur whole life be as sweet as u..

ps:aduss..jeles ni de hanfon baru...huhuu..kena kawin cpt2 ni..hehe

naz ilyn berkata...

ss...

mekasih... ulang tahun yang ke...35 ahak ahak.

`````````````````````````````````````

azza...

hey.. azza secara jujurnya akak sentiasa rasa teruja bila azza sudi menjengah kat laman LR.. mekasih.

apa azza pun lahir bln 1 gak ker..? klu begitu sama ler kita.

p/s: doa untuk azza gak..

naz ilyn berkata...

ain...

mekasih... malu ler pulak.
kalau tak dapat yang baru.. yang ado pun boleh.

p/s: untuk ain gak moga diberkati

`````````````````````````````````````

insan...

mekasih..
ahak... ahak kawin ler dik... akak tunggu nasi minyak mu.

Nur Aflah berkata...

Happy Birthday Kak Naz..

Semoga panjang umur, murah rezeki dan sihat sentiasa.

35? Muda lagi tu.. :-)

Opsss.. jangan lupa makan ubat.

naz ilyn berkata...

Nur Aflah...

mekasih bebanyak aflah... kamu ler pemblog pertama yang akak kenali... masih ku ingat... dan mungkin pembaca entry akak yang terawal.. malu ler pulak.

p/s: doa untuk aflah gak... insyaAllah ubat-ubat tu akak anggap macam makan coklat jer..hi hi

nurdaniella berkata...

happy belated birthday.. bestnya dapat hadiah.. dah 35 yer.. muda lagi tu.. life begin at 40.. ahakss.. kiranya naz kena panggil saya ni, akak la tau.. akak laagi tua dari naz.. apapun, moga terus di berkati dan dimurahkan rezeki.. kita sama2 punya suami yang 'pelajaran tak tinggi mana'..

tintaHati berkata...

Salam. Selamat hari lahir. mg diberkati usia dan diberi kebahgiaan. Tak ada hadiah tapi ada tag utk akak...aci x? ;P

Qaseh berkata...

salam kak lyn...

selamat ulang tahun ke "tut" heheh..
semoga panjang umur dan murah rezeki akak sekeluarga...

*bestnye dia dapat hadiah HP...merah gitu...

Suzi berkata...

salam...selamat hari lahir akak, moga hidupakak sekeluarga sentiasa dalam rahmat Allah SWT...

naz ilyn berkata...

tinta...

tinta ko memang mendera akak... allergy akak baru nak kebah ko dah bawa virus baru... uwah uwah ko memang tak ci...

p/s: tapi tinta jangan lupa akak kena timbang kilo dulu kalau ok baru lar boleh layan.. ha ha ha

Fara berkata...

salam kak
Hepy besday!!! smg sentiasa sihat dan di rahmatai Allah.

naz ilyn berkata...

nurdaniella...

pelajaran tak tinggi bukan menjadi penghalang... asalkan kita mahu berusaha kejayaan pasti milik kita.

p/s; mekasih bebanyak

julietchun berkata...

Slmt hari lahir
Ada henpon baru bleh ler sll kol kanda yer :D

noorlara berkata...

wahhh dah bertambah usia hadek hakak, selamat ulangtahun kelahiran ke 35 yee, masih jauh perjalanan hidup tu kalau panjang umo, semoga sihat tubuhbadan, murah rezeki, bahagia keluarha dan selamat dunia akhirat adanya.
Cantik hendphone tu blehle sms kanda nye selalu hahahahha

naz ilyn berkata...

Qaseh...

akak tak sangka pulak hp... yang buat teruja sangat color merah tu...

`````````````````````````````````````

suzi...

mekasih... ramai lar pulak ucap selamat... moga suzi sekeluarga juga dirahmati Allah... amin

naz ilyn berkata...

fara...

mekasih... akak selalu berdoa semoga diberikan tubuh badan yang sihat supaya dapat melaksanakan tanggungjawab yang masih belum selesai.

p/s: anak-anak masih memerlukan perhatian.

`````````````````````````````````````

julietchun...

ha ha.. yang lama kasi kat anak... pertama kali kanda belikan hp yang terpakai... kanda kata jangan buat call kekasih gelap tauu... ahak ahak

p/s: memang hari-hari kena call paling tidak sekali atau sms

```````````````````````````````````

noorlara...

hey kak noor... perjalanan masih panjang ingin melihat anak-anak membesar dengan meraih kejayaan dunia akhirat... perjuangan tak pernah selesai walau kadang kala kaki terasa kepai... perjalanan mencari keredhaanNya masih terlalu jauh moga masa masih mengizinkan.

p/s: sy doakan kak noor begitu jua.

Tie berkata...

Oh...happy birthday Ilyn...dah tua pun..he he..at least lebih mudah dari kak tie...hi hi..Moga2 berbahagia bersama keluarga tersayang...

naz ilyn berkata...

tie...

kak tie kata orang tua umur jer... jiwa menten muda... hi hi

p/s: moga bahagia terus milik bersama

teddi berkata...

selamat hari jadi
setiap hari semangkin hampir pada hari kematian

Mr. azmie berkata...

cantik hs...nice blog...

::SRISUFI:: berkata...

salam akak...

epi besday ye..

semoga berbahagia selalu....

naz ilyn berkata...

teddi...

usia berganjak mengingatkan kita bahawa hari-hari penghujung dunia yang fana kian menghampiri dan akan bermula perjalanan yang baru...

`````````````````````````````````````

azmie...

mekasih... tak ler cantik sangat tapi sy suka banget...

p/s: salam singgah ke laman lurah rasa... terima kasih daun keladi.

```````````````````````````````````

srisufi...

mekasih sri... moga bahagia milik kita bersama jua

LotsOfLove-Pearls berkata...

Happy Belated Birthday..
Salam kenal..

naz ilyn berkata...

pearl...

salam kenal gak... terima kasih singgah... nanti akak terjah blog kamu...

wanhamery berkata...

beh aa tu..dapat tepon...leh main game..

naz ilyn berkata...

wan...

hihihi... main game..?? alamak akak memang tak minat main game... suka dengar lagu