ni pokok duit-duit... cuba korang bayangkan kalau ia duit betul nak guna jer petik... ha ha ha
Pengurusan kewangan yang baik adalah kunci kepada bahagia. Selalu kita baca dalam akhbar dan majalah tentang kehidupan rumahtangga porak peranda gara-gara masalah kewangan.
Ada lelaki sebelum berkhawin berlagak depan keluarga bakal mertua dengan kereta dan pakaian. Lepas khawin baru mertua tahu yang menantunya gaji tak seberapa, hutang keliling pinggang dan gaji hujung bulan habis dibuat bayar hutang.
Ada pasangan yang berkerja. Ok la sebab dua-dua ada pendapatan sendiri. Isteri boleh bantu suami. Ada suami yang berkerja tapi isteri makan gaji dengan suami, so office di rumah. Ok la sebab susah juga nak urus rumahtangga. Ada yang isteri kerja, suami pula goyang kaki. Ok ke, ko ke...??
Ada suami yang nak monopoli duit gaji isteri. Isteri mesti beri peruntukan beberapa percent kepada suami. Kalau ikut hukum Islam, suami yang wajib bagi duit belanja kepada isteri. Walau apa pun senarionya yang penting di sini adalah pengurusan kewangan.
Pendapatan itu mestilah daripada kerja yang halal agar ia diberkati. Jika pendapatan makan gaji tidak mencukupi kerja sampingan boleh dilakukan. Banyak kerja sampingan boleh dilakukan. Yang menjadi masalah kepada kebanyakan orang bukan kerana tidak berkemanpuan mencari wang tetapi terlalu cepat menghabiskannya.
Kad kredit jika digunakan secara bijak akan memudahkan pemegangnya. Namun ramai yang kurang bijak dalam menggunakannya mereka dibelengu hutang kad kredit. Ramai juga yang diisytiharkan muflis akibatnya.


33 Luah rasa:
ishh.. mesti best idup kalau ada pokok duit ni.. agak2 nak gi shopping jer, petik daun tu..
Hi hi....
Teringat masa kecik , main dengan pokok duit2 tu...abis kena gigit semut...
dulu2 selalu jadikan pokok duit2 nni duit syiling kalau main pondok2...
duit makin dicari makin tak cukup...sbb bila duit dah ada adalah pulak kegunaannya(nak beli itu...ini...)
Sejak dulu, saya ada buat akaun perbelanjaan rumah secara detail. setiap wang perbelanjaan keluar masuk akan saya rekodkan. Part paling best bila every end of the year, tunjuk kat suami dan buat budget baru. Al maklum le cost of living makin tinggi..anak pulak makin ramai. Hihi..
igt main pondok2 lu sis...uhukuhuk...takutnya bile nk amik credit kad..disiplin diri ni bukannya kuat sgt pun...hohoho
Zaman skrg duit perkara pertama penntu kebahagiaan. takde duit takde kebahagiaan. dh asyik gaduh itu ini tak cukup. camne nk bahagia kan.
papun tak bermaksud org miskin tak bahagia. kita wat cara msg2. ukur baju di bdn sendiri. isnyaAllah smuanya cukup.
blop blop blop...
pokok duit jd duit..
ms main pondok2
kecik2 dulu la...
duit menglir mcm air...
Bkn pokok duit2 ni bleh wat ubat ke, tapi lupa plak ubat apa.
nurdaniella...
ha ha ha... seronok nyer kalau ia betul... aku kaya aku kaya
tie...
ni mesti kaki panjat pokok... lepas tu tak tau turun.... ha ha ha
suzi...
betul tu... makin dicari makin tak pernak cukup cuma kita sendiri yang menentukan kecukupan dan ketidak cukupan itu
ain...
sy pun buat cam tu gak... sebab kalau suami tanya kemana duit yang diberi disalurkan sy tunjukkan jer akaun yang tercatat keluar dan masuk... kalau tidak nanti perbelanjaan melebihi pendapatan
insan biasa...
kad kredit ni untuk isi minyak jer sebab tempat kerja suami dengan rumah jauh kira-kira 1jam perjalanan...
p/s: tak suka beli gunakan kad kredit... macam berhutang lar pulak
emy...
kalau kita tanam dalam hati bahawa rezeki itu pemberian Allah... susah atau senang tetap rasa bahagia... yang penting keberusahaan itu mestilah terkedepan...
jentayu...
sekarang ni kalau setakat rm10 boleh dapat apa jer...
julietchun...
buat ubat..?? ingatkan pokok duit-duit boleh buat duit...
Salam,
Kekadang, keperluan mengatasi kemampuan.
masa kecik dulu akak main masak-masak dgn member sekg...kalau nak beli brg guna pokok duit2 ni..teringat kenangan lalu..
MM...
salam kembali... bukan kekadang memang selalu keperluan mengatasi kemampuan... tapi keperluan yang bagaimana yang dinamakan benar-benar keperluan semuanya terletak di tangan kita sendiri
kak ina...
kalau diimbau kenangan lalu... rasa-rasanya tak pernah saya main gunakan pokok duit-duit... cuma gunakan daun-daun pokok sebagai ganti
bila tengok keadaan sekarang ni ...kena berjimat cermat.
duit mu duitku..
duitku tetap duitku :D
duit bukanlah segalanya, tapi segala-galanya nak pakai duit..
thanx singgah2 jenguk2 komen2 blog me yg itteww..
jgn serik serik one uoolsss..
shais...
sekarang segala-galanya mahal... berbelanja mengikut keperluan jer
kts...
tepat sekali...
duit mu duit ku
duit ku jangan mintak balik
buruk siku
duit sebenatnya boleh dikatakan keperluan asa dlm kehidupan manusia....
sama ada nak atau tidak kita terpaksa mencarinya...
rentong...
amin...
terima kasih berkongsi sesuatu
moga anda diberkati selalu
en_me...
nak membuang pun kena bayar...
dikyah...
terima kasih singgah...
dan kita memang diwajibkan mencarinya untuk kelangsungan hidup kat dunia
bijak mengawal perasaan,
sempurnalah kehidupan...
bima...
ikut rasa binasa
ikut hati mati
ikut nafsu sendiri mau tau
aduh, mmg perit masalah duit ni ek
mak su...
masalah duit buat orang hilang pertimbangan
kerna duit manusia lupa pendirian
kerna duit manusia hilang persaudaraan
masalah duit buat orang terjerumus ke lembah kehinaan
Catat Ulasan