Saya terlihat seorang budak usianya dalam lingkungan lima tahun di pagi hari kira-kira pukul tujuh lebih berdiri di tepi jalan di hadapan rumahnya berpimpingan tangan dengan seorang wanita. Dari pengamatan saya wanita itu lebih kurang 40an dan kemungkinan besar itu adalah maknya.
Budak tu lengkap berpakaian sekolah rambut kemas tersisir putih kasut tak ternoda... segak dan dari raut wajahnya ada sekelumit rasa gementar bercampur gusar dan kadang-kadang tergambar kecerian diwajah. Tahun pertama di alam persekolahan agaknya. Tersentak saya dengan deruman bunyi yang kuat rupanya van kuning menyusuri jalan dan berhenti betul-betul di hadapan budak dan mak.
Tiba-tiba tenggelam gementar dan gusar hanya senyuman lebar terpancar bertemu rakan-rakan sama ceria. Berlainan benar dengan tujuh hari lepas menangis bagai nak rak si mak terpaksa buat pekak demi masa depan anak.
Empat jam kemudian... van kuning datang lagi. Si budak menunjukkan diri tapi... sudah tak sama lagi macam pagi tadi. Muka masam kelat tak berseri mata bengkak tak bersinar lagi. Apa dah jadi ni...?? Mengapa jadi begini... Si mak menghampiri lalu di kendong si budak tadi.
Apa yang saya perhati hanya baju masih lekat lagi di badan budak tadi tapi... mana pergi seluar... ohh dia kencing kat sekolah tadi.... tapi kenapa tak dipakaikan seluar?? Apa tak ada seluar lain sebagai ganti...?? Kenapa biarkan budak malu sendiri sampainya hati... membiarkan budak telanjang lantas diperhati.
Bolehkah ini dikata isu kemanusian dalam ruang lingkup yang lebih kecil. Walau pun dia hanya seorang budak yang tak mengerti apa itu maruah diri tapi bagaimana dengan mak budak itu adakah dia merasa tercalar...?? Dan terganggukah emosi si budak itu...?? tentunya diketawakan dan dihujani dengan ejekkan yang menerjah pasti esok dia tak bersekolah... ternyata tekaan saya benar.



30 Luah rasa:
Anak saya dulu pun pernah terkencing di dlm seluar tetapi dipinjamkan skirt spare oleh pihak tadika. Malu le bdk2 klu dibiarkan tanpa seluar. Dan ini juga menggambarkan keperihatinan pihak sek tadika.
mana perginya sifat prihatin sang guru?? mustahil la tak de seluar spare.. biasa la budak2 tadika.. mungkin masih malu nak beritahu kat cikgu.. kesian anak tu.. pasti ini akan membibitkan perasaan kurang yakin bila berdepan dengan teman2..
betul tu tajkanlah takde seluar spare...tak patut betul.kalaulah takde pun cubalah basuh seluar yg terkena kencing tu...keringkan kejap atau kalau tak sempat pun pakai jelah yg basah pun atay carilah ikhtiar apa yg patut...malulah budak tu...
ain...
tu yang sampai sekarang sy masih tertanya-tanya... kenapa perkara itu tidak ditangani dengan bijak... apa sebelum ni takde budak yang kencing kat sekolah...??
nurdaniella...
tular pasal yang sy kesalkan sangat walau pun budak tu bukannya anak sy tapi perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku... bukankah pengalaman mengajar kita...
sepatutnya perkara seperti ini bukan menjadi masalah besar di sekolah-sekolah tadika.
suzi...
sepatutnya diusahakan.. ini akan menunjukkan bahawa perihatinnya sekolah atau guru kepada anak didiknya.
sedikit sebanyak terganggu emosi budak tu... bawa sampai ke besar pengalaman yang tak dapat dilupakan... hi3
kenapa sang guru sanggup bertindak sedemikian rupa..kesian anak kecil tuh..walaupun masih kecil, namun anak2 kecil nih masih punyai harga diri dan mampu berfikir.. sedihnya..walaupun bukan anak sendiri, tapi hati ni tersentuh..
jangan la buat anak macam tu kesian dia pun tahu malu.
mungkin mak dia tengah marah kut.
qaseh...
saya pun tak sampai hati melihatnya
shais...
bukan mak budak itu yang melakukannya kak tapi pihak sekolah yang kurang perihatin
aiyo? sadisnya
Naz, klu akak as a mother perlu ada jangkaan terhadap benda2 mcm ni.
mak su...
ho ho ho.. sadis tak sadis lar mak su perkara dah berlaku... mungkin mereka terlepas pandang dan mungkin terlalu ambil mudah.
intan...
betul juga kak... kekadang bebudak ni kat rumah mereka menunjukkan sikap yang selesa dan confident dan apa yang berlaku diluar jangkaan kita... tapi dipihak yang satu lagi ianya perkara biasa terjadi...
p/s: ambil iktibar atas apa yang berlalu
Memang gurunya teruk laaa... Mana tau esok2 anaknya pulak yang kena, baru tahu malu....tuhan itu adil.. Kita pula kena hati2. Len kali kena bawak seluar track spare...
tie...
saya masih ada seorang nak yang masih belum bersekolah lagi... rasanya kejadian itu akan mengingatkan saya untuk bekalkan seluar spare dari rumah... selamattt
menjaga budak kecil tak semudah yg dijangka, ada kala dia buat kita gembira ketawa tapi kerapkali gak menyesakkan nafas dan terkejut namun anak adalah penyambung perjuangan dan zuriat kita
noorlara...
anak-anak ni penyeri hidup dan selalu buat kejutan yang tak disangka-sangka
Salam..
ciannyer dier..
sampai hati..
meh sini akak tolong..
naz ilynn, sila datang ke blog akak untuk ambik award.. hehe..
mungkin kebetulan guru tu ada masalah lain... berbaik sangka...
kdg2 apa yg kita lihat, tak sama dgn peristiwa sbnr...
pearl...
ciankan kan kan... soknya budak tu kompius... asyik tanya mak dia samada dia perempuan atau lelaki... terganggu.. terganggu
nurdaniella...
akak kasi sy award ker..?? sy ambil tau tapi tag sy dan buat k.. terima kasih
kts...
akak sebenarnya pernah menjadi guru tadika jadi pengalaman mengajar di sekolah tadika sedikit sebanyak ada dalam diri...
dulu perkara yang sama berlaku pada akak tapi akak tak tergamak nak membiarkan bebudak tu camtu jer...
akak sanggup balik ke rumah ambilkan seluar dan baju anak kasi pinjam.
p/s: tanggungjawab.. sebab budak tu dibawa jagaan kita.. walau pun mak budak tu tak bawakan seluar spare.. tak gitu.
kesiannya budak tu... ni peringatan untuk ibu-ibu kena sediakan seluar spare untuk anak2 tadika..
cikmi...
betul tu cikmi... selain buku dan peralatan berlajar sekarang kena tambah satu lagi item dalam beg sekolah anak... seluar.
salam....
emmmm...ieyna lom kawin lagi...tapi bile bca kisah ni rase xpatut pihak sek biarkan mcm tu..cian budak tu...
klu lah tu adik ieyna, msti ina marah giler kat phk sek...
akai ada ka... !!!
ieyna...
janganlah sampai nak marah giler nanti terkejut pulak bebudak tu... hi3
isk. kesian la budak tu. huhu.
fara...
tu lar ungkapan pertama yang terkeluar dari mulut akak setelah terpandang budak tu...
Catat Ulasan