CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Rabu, 12 November 2008

SAJAK KEMATIAN

Untuk azlin hashim semoga berpuas hati... inilah seadanya... surirumah yang sentiasa natural...hehehe

Sajak kematian ini ada sebahagian daripada inti pati kandungan visual Alam Barzakh yang sedang hangat diperkatakan oleh sebahagian dari ibubapa yang mana anak mereka dipertontonkan keadaan yang menakutkan ketika selepas kematian.



Sebenarnya di daerah yang saya duduki, perkara ini telah lama berlaku. Anak saya pun telah dipertontonkan tayangan video tersebut, kira-kira setahun yang lalu tetapi perkara ini mulai mendapat perhatian kira-kira seminggu kebelakangan ini.



Pertama kali mengetahui berita ini setelah disiarkan di Buletin Utama tv3, rasa terkejut sebab perkara ini sudah lebih setahun tapi baru sekarang mendapat liputan meluas dan mendapat perhatian dari menteri pendidikan.



Di tempat saya tayangan visual ini dipertontonkan pada pelajar-pelajar yang berusia 12th keatas di sekolah agama dan pelajar-pelajar boleh membeli video cd yang dijual oleh orang tertentu.



Saya ada membeli dan sudah melihatnya, pada pandangan orang dewasa seperti saya ianya tidaklah begitu menakutkan macam katun jer melihat mayat yang dikatakan menerima seksaan kubur tu dan kelakar juga.



Tapi bagi kanak-kanak seusia 7 & 8 tahun mungkin mereka merasa takut dan saya rasa ianya tidak begitu sesuai diperlihatkan untuk menimbulkan kesedaran sebab mereka belum begitu faham dan begitu juga dengan anak saya yang berusia 6th setelah saya menonton kembali visual tersebut dia tak sanggup melihatnya dan takut juga. Dan ianya masih dalam siasatan bagi pihak yang menerbitkannya. Anda boleh melayari : kakisyurga.blogspot.com untuk melihat visual dalam Melayu Mati Tapi Hati-Hati


Di bawah ini ada saya sisipkan untuk anda rakan blogger sekalian sajak kematian...





aku penuh debar dan sungguh cemas


menunggu hari kematian


kerna ia datang tanpa ku ketahui


aku takut diwaktu ketibaan kematian


aku tidak tahu


didalam taatnya atau didalam kedurhakaan


didalam aku mengingatinya atau didalam kelalaian


diwaktu taat husnulhatima


jika diwaktu derhaka suulhatima


aduh.....cemas aku setiap waktu


bila mengingati mati


kerna aku tidak tahu nasibku


husnulhatima atau suulhatima


hatiku resah selalu


jiwaku terganggu


tapi orang tidak tahu


aduh..................


mati adalah penutup segala-galanya


apa yang dikerjakan dan apa yang dirasakan


di sana segala-galanya dinilai


jika tersilap di sana tidak boleh nak dibetulkan lagi


tuhan...tuhan...tuhan...


hatiku sungguh cemas


aku harap matikanlah aku


diwaktu aku mengtaatimu


atau diwaktu mengingatimu


kalau berlaku sebaliknya kerna kelemahanku


kerna aku ni hambamu


tidak dapat elak dari kelemahan ini


dengan rahmatmu tuhan...


dengan rahmatmu tuhan...


ampunkanlah dosa-dosa ku diwaktu ini


bila dosa ku kau ampunkan


aku seperti tidak membuat dosa


maka ringanlah bebanku diwaktu ke sana


itulah harapanku padamu tuhan


diwaktu detik kematian ku


engkau sajalah boleh menyelamatkan ku






wassalam




16 Luah rasa:

INTAN RH berkata...

Belum ada disebutkan di sekolah anak akak...sbb tu teruja jg nak tau apa isi kandungan video ni.

Unrestmind berkata...

salam naz...sy pn ade tgk clip ni thn lps...mase tu sy join PEKIDA wat kem moivasi..sy tgk ok je..tp klu budak2 kecik mgkin diaorg tkt kut..
Dulu lagu kumpulan Al-Jawahir pn kna banned gak oleh kem.penerangan..skang ni pn tim.men.pendidikan klu x silap,mahu tv3 kaji semula..bg sy ape slhnye..kerajaan kita ni tkt ngn hal2 yg cmnie..k la..wassalam.

ku tak sempurna berkata...

tujuannya utk mendidik bukan menakutkan... bukankah kematian itu PASTI... melentur buluh biar dr rebung...

just my 2 cents...

naz ilyn berkata...

intan...

kalau anak akak takde sebut mungkin perkara tu tak sampai kat sekolah anak akak kut..sebab video cd ni tidak di jual secara terbuka..dan cuma orang-orang tertentu saja yang menjual.

p/s: kadang-kadang terfikir gak..bagusnya visual ini ditayangkan..pengajaran.

```````````````````````````````````

salam unrestmind...

tayangan tu bagus juga untuk budak-budak supaya tahu serba sedikit tentang alam yang satu lagi tu..tapi penerimaan kanak-kanak ni berbeza-beza..tu yang menjadi kebimbangan.

p/s: pekida pun pernah join..

```````````````````````````````````

ku tak sempurna...

kalau diberi penerangan yang sewajarnya mungkin kanak-kanak ni akan faham juga..satu lagi kanak-kanak ni mudah ingat apa yang mereka lihat..jadi secara tidak langsung ianya tertanam sedari kecil.

p/s: mana tau boleh membendung gejala siosal..

six_6pm berkata...

Huhuhuhu....
X tau apa nak tulis.
X tau apa nak komen.
Biarlah mereka yang ahlinya (ulama dan yg terpelajar) memberikan ulasan dan keputusan.
Ilmu agama aku cetek sangat nih nak komen..
Kang tak pasal2 terbabas komen, aku jugak yg dapat dosa..
huhuhu

P/s Mudah2an generasi akan datang menjadi lebih beriman dan lebih baik dari kita sekarang nih..amin..

Tie berkata...

Aduh! ilyn...napa tak boleh bukak blog ilyn dari blog kak tie ni?? Kak tie lompat dari blog org lain ..baru dapat bukak. Heran gak...

kak tie pun rasa tak setuju video tu ditonton kepada anak2 kecil. Elok utk budak2 menengah je. Budak2 kecil ni patut diajar cara yang penyayang..kena tunjukkan keindahan solat dan ibadah lain. Ni tunjuk hukumannya dulu...tentulah takut!

faridmw berkata...

salam..
bg pendapat farid..
rasa tak salah klu kita tayang diwaktu kanak2 sbb dari kecil la kita nak ajar anak2 supaya tkut akan mati dan dia kena tahu bahawa di alam barzah nanti mcm tu.. baru bila dia besar nanti dia akan fikir...
lagipon sekrang dah banyak sangt hiburan2, sekali sekali biar la ada ketakutan supaya kita dan anak2 kita beringt bahawa semua itu adalah benar dan kita harus bersedia menghadapinya..
(panjang lebar sikit.. hehehe)

arryani berkata...

Salam smua,

Saya rasa ada bagus dan ada juga tidaknya.

Kenapa saya cakap bagus?...Oklah saya ceritakan pnglaman sndiri ngan anak2. Saya prnah berceritakan tentang kejadian pada hari kiamat pada anak saya. Masing2 kelihatan insaf dan memperbaiki perlakuan selepas mendengar cerita tersebut. Tapi.......hanya beberapa hari sahaja mereka menggingati akan apa yg kita terangkan. Lpas tu entah buang ke mana. Dah nama pun budak2. Itu maknanya penerimaan dorang terbatas pada tempoh tertntu je.

Yang tak baiknya pulak, kita seolah cuba melentur anak dengan tontonan yg dianggap keterlaluan pulak. Bagi saya anak2 akan tahu juga akhirnya bila masanya sesuai nanti.

Apa yg saya cuba sampaikan ialah anak-anak mmg perlu di tekankan dengan didikan tetapi biarlah pada masanya berdasarkan tahap pemikiran dan kematangan.

naz ilyn berkata...

six_6pm...

sy pun tak berapa berilmu tentang hal ini...tapi membaca banyak membantu...

p/s: moga anak-anak kita atau jenerasi akan datang lebih peka dengan pendidikan agama terutama ibubapa.

```````````````````````````````````

tie...

sorry ler kak tie...lin pun tak tahu nape...susah2 jer..

```````````````````````````````````

farid...

tu ler pasal...kalau cite antu tu nak pulak dia orang tengok...takut-takut tengok gak...sekali sekala apa ler salahnye tengok benda yang pasti berlaku...tak gitu.

p/s: untuk anak-anak bawah umur perlulah ditemani ibubapa untuk memberi penjelasan.

naz ilyn berkata...

arryani...

memang betul..anak-anak ni mudah lupa...tapi bila mereka mencapai tahap kemantangan, mereka akan teringat kembali apa yang mereka lihat...yang paling penting ianya telah tertanam di kotak fikiran mereka...dan kita hanya perlu memperkukuhkannya...

p/s: doa untuk yang terbaik...

azlin hashim berkata...

betullah akak, video ni dah lama, Lin pun dah tunjukkan lg kat bdk PLKN kem lin.. terpulang kepada ibu bapa student ni mcm mana penerimaan mereka. tp bg Lin tak salah..

naz ilyn berkata...

azlin...

agaknya macam mana reaksi atau maklum balas dari budak-budak plkn tu...rasa-rasanya mereka dah peringkat remaja..

Al Khalifah berkata...

Saya tidak membangkang sama sekali penayangan tersebut kepada anak-anak kita kerana pada peringkat minda mereka masih mudalah apa yang dipelajari atau tonton senang diterima. Melalui suatu kajian, tumbesaran otak manusia dan tahap kecerdikan mereka adalah seperti berikut:

50% = lahir sehingga 4 tahun
30% = 5 tahun sehingga 8 tahun
20% = 18 tahun keatas

Jika diamati, patutlah makin meningkat usia makin susah kita nak menerima ilmu baru...ada sahaja dolak dalihnya! mengapa tidak, perkembangan otak dan tahap kecerdikan semakin pupus dimamah usia...

naz ilyn berkata...

al kahlifah...

emm...setuju, otak kanak-kanak bagai peta rakaman..mungkin dalam jangka masa yang terdekat mereka tidak dapat memperkatakannya atau memperjelaskan dengan kata-kata atau perbuatan tapi pada jangka masa yang akan datang apa yang tertanam akan terulang kembali dan pada masa itu mereka sudah tau apa yang terbaik..

p/s: asas yang baik akan memberi suatu kekuatan...

azlin hashim berkata...

akak, thanks sgt akak.. Sudi jugak akak tunjukkan diri.. hehe.. terima kasih sekali lg.

azlin hashim berkata...

Sebetulnya Lin takut tgk video tuh, apa tah lg pada anak2 kecik yg masih berada di tahun satu.. bukan nak kata apa lah kak.. Umur macam mereka tu sesuai tgk TOM TOM BAK jerk., Sbb tu apa yg lin cakap terpulang lah pada penerimaan masing2. Tak semua akan setuju begitu jugak sebaliknya.