CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Selasa, 8 Disember 2009

nak membebel....


Mulut ni rasa macam nak membebel lak pasal anak-anak yang tengah cuti sekolah sekarang ni. Harap-harap ler ibubapa peratikan anak-anak terutamanya anak-anak remaja jangan dibiarkan berkeliaran melepak tak tentu hala.

Ni bukan nak cakap anak saya baik atau anak orang lain jahat atau sebagainya fikir positif.

Sekarang ni cuti sekolah banyak saya tengok anak-anak jiran tetangga yang membesar depan mata menjadi semakin bebas dan buat benda-benda yang tak baik.

Budak-budak yang sebaya dengan anak saya dalam lingkungan umur 14 tahun terutamanya anak-anak jiran mula berjinak-jinak dengan kegiatan tak bermoral.

Pada mulanya saya selalu peratikan budak-budak ni hisap rokok sembunyi-sembunyi dan pernah terserempak ketika beli rokok kat kedai runcit....sekarang ni selamber jer hisap depan mata kita.

Tapi sekarang ni dah semakin berani dah mula mabuk-mabuk dengan arak yang murah dan sekarang ni tengah kemaruk hidu gam...Ya Allah minta dijauhkan.

Yang peliknya kenapa nak cuba benda yang tak senonoh tu..??? seronok sangat ker benda tuuu??? cuba ler benda lain yang lebih berfaedah.

Saya rasa kesian tengok budak-budak ni....masih muda dan bertenaga tapi merosakkan diri sendiri....dulu masa kecil baik jer....saya dan emak-emak budak ni selalu tunggu sama-sama masa jemput balik sekolah....tapi sekarang jadi macam tu pulak.

Nilah asalnya mereka ni terus hanyut ke dunia hayalan sementara....dari nak cuba-cuba terus melarat jadi penagih...cuba bayangkan berapa ramai budak-budak sebaya anak saya kat taman perumahan ni yang buat macam tu lambat laun jadi *penagih pelapis* sungguh rugi.







27 Luah rasa:

eiza in the house.. berkata...

mmg rugi klu tak ditanggani..
sbb mereka lah pelapis masa depan..

Cik NeyNa berkata...

Haaa..
betul..betul..
diorang macam tak kisah jerr...
pastu bila jiran bagitau marah jiran bukan marah budak tu..
eh emo lak aku nih..hehehe

tangsibaru berkata...

semua bergantung kpd parents utk memcorakkan anak masing2.

ain berkata...

semoga kita dpt mendidik anak2 kita supaya tidak sampai terjebak dgn gejala buruk!!!

Ms.Lilies berkata...

errkkkk
ngeri lak ha...
mintak dijauhkan benda2 camni dr anak2 saya kak

naz ilyn berkata...

eiza...tulah akak rasa macam nak cakap jer ngan emak budak-budak ni tapi pekara ni agak serius takut disalah ertikan...

Cik NeyNa...betul betul betul...tetiba jer bermasam muka pulak...mungkin boleh mula dengan kata-kata kias kot mana tahu berkesan.

p/s: mekasih singgah dan menomen..;D

~0~ berkata...

memang merugikan masyarakat...

Hisham berkata...

salam kak...sy xtau nk ckp cmner bdk2 skang ni..hehe, btl akak ckp tu dulu sumenye sorok2..skang ni secare terbuka plak..sy dulu isp rokok dlm semak..haha..tkt org kg nmpak..sy rase semakin maju sesebuah negara tu semakin terbuka lah permikiran rakyatnye...mcm neg.kelantan..sume bertudung..smpai KL bukak tudung..tu maknenye..perlu ade perlaksanaan..hehe..

FairyLilly berkata...

Pelikkan bebudak sekarang. konon nk cuba...lelama ketagih. Nak kata tak cukup maklumat...tak mungkin, padahal banyak dah disiarkan oleh media cetak ttg kesan aktiviti kurang sihat tu. Takkanlah kurang didikan ibu bapa dan guru...Mungkin perlu lebih ambil berat n pemantauan, bukan sahaja dari ibubapa n guru, malah masyarakat n pihak berkuasa. dan harapnya, ibu bapa yg mempunyai anak sebegini, boleh menerima dengan rasional bila ada mana2 pihak yg 'ambil kisah' tentang anak mereka..Apa2 pun mmg tak boleh dinafikan memang ada anak2 yg tak makan saman...hingga habis ikhtiar. Yg penting jgn putus asa n tetap berusaha menasihati dan membimbing mereka.

Aidil Fadzil berkata...

Salam, itulah nak tegur salah, tak tegur berbulu pulak mata melihatnya.MassyaAllah moga dijauhkan.

LotsOfLove-Pearls berkata...

Salam Kak..
Kalau adik / kazen buat hal tak senonoh, pastinya akan terasa 'terajang' sulung dari dik..

Hehe..
Ganas tak..

naz ilyn berkata...

tangsibaru...tapi saya yakin tiada ibubapa yang mahu anak mereka gagal dalam hidup mereka...

ain...mintak dijauhkan kak ain.

Ms.Lilies...negeri ada kesian ada sedih pun ada moga dipermudahkan dalam kita mendidik anak-anak.

~0~...mmg rugi sebagai seorang ibu yang melahirkan pun terasa rugi dan sia-sia setiap kelahiran...

Hisham...kenapa ekk jadi macam tu??? nak kata kurang didikan agama rasanya semua dah ada...fikir fikirkan...

FairyLilly...zaman sekarang ni segalanya semakin maju dan pantas samada ilmu pengajaran atau pengaruh yang buruk...jadi ibubapa harus berubah dalam mendidik anak-anak...fikiran kena terbuka...kalau di rumah ibubapa masih boleh mengawasi mereka tapi di luar...sebab tulah ibubapa memerlukan masyarakat yang perihatin...jika ada jiran tetangga mengadu perihal anak-anak kita...sebagai ibu bapa perlulah bijak menanganinya...

Aidil Fadzil...selalu berdoa agar anak-anak kta terlindung atau dijauhkan dari pengaruh kawan-kawan yang tidak baik.

LOL...fuhyo!! hebat juga kamu ni LOL...;D

ima berkata...

masyaallah...memang menakutkan dunia sekarang...ima ni ada lima anak lelaki...minta2 dijauhkan dari gejala yang tidak sihat...amin.

izan berkata...

ilyn,

tular yg ditakutkan... sama jugalah dirumah ni.... hari2 kena ingatkan... klu x dicakap takut dia lupa. dahlah kita bekerja jauh pula tu...bukan senang punya anak remaja... kecil kena cakap lembut2... dah remaja lagi kena lembut... harap2 bila besar boleh nak diharapkan... insya Allah.

p/s: alar ilyn... takkan x fhm.. fhmlar... ani ber seri seri esok tu..(nak cakap jugak...hihi)

Azrai Ahmad Zamri berkata...

salam ziarah..
alhamdulilLah..masih ada lagi ibu yG penyayang..ahli masyarakat yG prihatin di bumi brtuah ini..huhu..
perubahan brmula dari satu kesedaran..melayu cakap 'jangan jaga tepi kain orang', tapi Islam ajar 'kena jaga tepi kain orang'..kalu trselak t0long tegur2kan..yer tak? asal tak melampaui batas..
Tahniah atas pemerhatian & ksedaran

Tie berkata...

Merokoknya perkara biasa la Ilyn. Anak kak tie beritahu semua kawan2nya merokok. Anak kak tie tak boleh merokok sebab ada asthma.. itu je alasannya. Kalau tak dah lama dia berasap jugak!

Tapi bab mabuk2 tu menakutkan laa.. itu dah melampau. Kat ulu ni pun ramai yang minum arak dan hidu gam. Dadah tu pun ada.... susah la nak jaga anak sekarang ni. BIla dah besar, tak boleh nak kurung lagi.

INTAN RH berkata...

Kat sekolah anak, bdk br darjah 6 bw henpon tunjuk video lucah kat kwn2...hebat kan.

LotsOfLove-Pearls berkata...

Hehe..
xde lah nak terajang terus kak..
Mcm lawak lak bila baca balik komen..
haha..

kuIna LadyInRed berkata...

cabaran memdidik dan memebsarkan anak2 semakin mencabar.. berubah mengikut masa kan...

Mak Su berkata...

nauzubillah.....

naz ilyn berkata...

ima...kalau dulu orang tua-tua kata nak menjaga anak perempuan umpama menjaga sekandang lembu..tapi zaman dah berudah lelaki ke perempuan sama saje.

izan...bila anak dah meningkat dewasa bercakap pun kena ada cara kkdg terbabas gak...marah tak tentu pasal...tapi bila berbincang-bincang ngan anak seronok gak kita tahu apa di hati mereka..."ibu jangan risaulah abang tahu ler" ah!!! tulah jawab dia tp dalam hati ni lega juga dengar...

p/s: apa tu izan...xfhm...sorrylh BM takad SPM jer...:D

Azrai...terima kasih...rasa berbesar hati kalau ada jiran yang mengadu pasal anak-anak kat luar.

tie...yang kat umah ni pun sama kak tie.. pakal ler bila cuaca sejuk terutama waktu malam mesti terbatuk-batuk kalau tak...pun sama gak agaknya.

INTAN RH...dasyat betul budak sekarang ni kita yang tua ni pulak rasa takut...

LOL...hehehe...akak faham akak faham...

kulna...mmg besar cabarannya...cuma takut kalau tersalah kita yang menyesal tak sudah.

Mak Su...mintak dijauhkan

hans berkata...

yups
budak2 skrg kena pandai2 jaga
bebel pun kena guna cara psychology

Solehah berkata...

ya btl..sgt sedih kan..doakan lah supaya x terjadi dengan org yang terdekat dgn kita

Zyma Saad berkata...

Zaman semakin canggih, cara asuhan dan didikan anak2 juga perlu lebih tegas dan kuat.

;)

♥nrina♥ berkata...

anak2 ni kecik2 lain hal..dah besar pun lain hal plak..

kalau kita tak amik tau hal dia..camtulah jadinye..tapi kalau amik tau plak dikatakan mengongkong dia..hmm..

naz ilyn berkata...

hans...kalau asik membebel tak tentu pasal silap hari bulan lari dari rumah pulak...

Soleha...sangat sedih dan sangat kesian...rasa macam rugi jer rasa sakit nak bersalin bila besar jadi tak berguna...

Zyma...bertegas bukan bermakna tak sayang tapi ketegasan demi perbuatan yang salah...

nrina...takper biar kita berkeras dan bertegas dengan anak-anak sekarang jangan sampai kita menyesal kemudian hari.

Suzi berkata...

salam naz,
risau betul bila baca cerita2 camni sbb sy pun ada anak2 yg sedang membesar...
moga kita dpt didik anak2 kita dgn didikan terbaik..

rasanya dalam cuti2 sekolah camni kita ibu bapa kena carikan aktiviti berfaedah utk anak2 sertai bg isi masa cuti...sbb kalau dah takde apa2 nak buat mcm2 haldiaorg akakn buat utk isi masa lapang.