CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Rabu, 11 November 2009

adik hilang lagi...

Sempat juga beri tahu Shaqira jangan berani jalan sorang-sorang nanti kena culik dah tak dapat jumpa ibu lagi...


Hari ni masa saya tengah mandi tiba-tiba terdengar Shafiqa panggil " dik dik dikkkk... " dalam hati " dah balik rupanya Shafiqa..." sebenarnya Shafiqa pergi rumah kawan dia kat depan rumah tu.

Tinggal Shaqira seorang kat dapur tengok tv sambil main mainan dia. Bila Shafiqa balik jer tengok adik dia takde kat rumah tu yang saya dengar Shafiqa panggil adik. Bila saya keluar dia pun tanya " ibu adik mane..???" saya kata " tadi ada kat sini main..." " adik takdelah ibu akak dah cari kat rumah tapi takde..."

" cepat cari kat luar ibu nak pakai baju ni..." lepas siap pakai baju lama juga saya tunggu mana pulak budak dua orang ni tak balik lagi risau betul.

Tak lama kemudian Shafiqa balik dengan adik dia saya tanya adik pergi mana " adik kat kedai belakang... nasib baik nenek kedai tu jaga adik." " Astafirullahalazim "

Ini mesti kakak keluar tadi tak tutup pintu lagi cuma tutup pagar besi jer... adik ni memang pandai bukak pintu pagar tu.

Kali ni dah masuk dua kali adik hilang kali pertama tu masa saya tengah sibuk kat dapur... Shafiqa keluar dengan Siddiq..... masa dia orang berdua keluar Shaqira tidur. Bangun jer dari tidur dia sibuk tanya mana abang dengan kakak... saya kata " abang dengan kakak pergi rumah kawan kejap ada study group... "

Tiba-tiba jer dia pergi saya ingatkan dia pergi kat ruang tamu depan tak sampai beberapa minit saya nak tutup tv bila saya keluar tengok dia dah hilang cari-cari kat dalam bilik semua takde.

Saya keluar cari kat rumah jiran-jiran tanya kat kekawan dia yang selalu main waktu petang tapi seorang pun tak nampak... badan saya dah menggigil Allah aje yang tahu.... tu jamlah terfikir macam manalah nak jawab dengan kanda ni dah terbayang-bayang macam-macam kisah budak-budak yang hilang kena culik dan sebagainya...

" Ya Allah kau jauhkanlah anak aku dari segala bahaya...." rasa macam nak telefon kanda tapi nantilah dulu. Ada juga jiran yang tolong carikan.

Saya masuk rumah nak ambil kunci kereta ingat nak cari pakai kereta jer tapi bila keluar jer Shaqira dah ada kat depan rumah. Kata jiran dia keluar dari rumah jiran yang hujung tu jauh dari rumah saya cuma selang empat buah rumah jer.

Rupanya dia pergi cari akak dengan abang dia.... dia ingatkan kakak dengan abang dia pergi rumah jiran tu sebab anak jiran tu kawan Safiqa.

Walau macam mana pun kesalahan tetap kepada kita sebagai ibu bapa yang cuai sebenarnya walau pun kita anggap ianya hanya sekejap tapi macam-macam boleh berlaku... saya memang cukup serik lepas ni mesti lebih berhati-hati jangan cepat ambil mudah jer dengan Shafiqa pun saya pesan.

p/s: saya salah... saya salah... huhuhu










16 Luah rasa:

Tie berkata...

Adoi ilyn... takut betul kak tie.

Jangan cuai lagi laa... Kena pesan banyak kali kat adik tu. Kalau nak kemana-mana kena beritahu dulu.

Walaupun dia kecik lagi, lama-lama dia akan faham. Ilyn boleh takutkan dengan kehadiran anjing atau orang gila kat luar.. biarlah terpaksa berbohong, jangan sampai menangis nanti. Kak tie takut betul ni...

naz ilyn berkata...

kak tie... tulah mmg takut betul kak tie mula-mula tu dah tak tahu nak buat ape Alhamdulillah dia balik dengan muka terpinga-pinga bila tengok saya dengan jiran lain macam jer.

ain berkata...

anak2 akak pulak mmg tak reti keluar rumah klu tak de izin akak. kalau pun nk kuar main setiap pukul 6, akak la yg akan bukak pintu. akak agak strict psl benda2 ni sbb takut risikonya!! hatta main dlm compound umah pun, akak mesti tmnkan!! akak pernah rotan anak akak yg lelaki sbb main basikal di luar kaw yg akak benarkan. Takut sangat bila dengar cerita2 anak hilang dn kemudian jumpa hanyalah mayat shj!! Nauzubillah!!!

Ms.Lilies berkata...

ya Allah kak....ngerinya..sib baik xde apa2 kan..zmn skrg ni ngeri..

naz ilyn berkata...

ain... tulah kak selalunya kalau saya tinggal berdua jer mmg pintu selalu berkunci pukul 5.30ptg baru boleh keluar saya pun terpaksa keluar gak kalau malas nak temankan anak main lebih baik semua jangan keluar... ni pintu tak berkunci bila yang besar ada kat rumah kejap-kejap nak keluar tu yang geram tu... pernah juga rotan anak lelaki yang 6th sebab main jauh.

Ms.Lilies... tulah yang akak takut sangat tu sampai tak tentu arah rasa nak nangis pun ada nak repot polis pun ada Ya Allah!!! tak tahu nak buat apa.

yoro okino berkata...

uishh jga anak baik2 akak
bahaya skunk nie
nnti nysal xsudah
k

anaklaut berkata...

salam..ukhwah.

takut betul..kalau hilang..susah nak jumpa...

zureen @ mama berkata...

Kanak2 ni memang ligat kak..

Anak2 zureen pun pantang pintu terbuka ..memang gerenti nak main luar..

Tapi kalau nak main luar memang zureen pantau..sbb kat sini byk kes culik2 budak..huhuhu

Siti @ nurie berkata...

Ya Allah..risaunyer....teringt masa kes siti hr tu...tgh sibuk2 utk buat majlis cukur jambul mia, tetiba bila tgok dia dlm buai tak de...bila tanya anak2 sedara pun tak de..rupanyer2 abah bawa gi bilik dia...aduha..seram je...

hati2 tau lin...zaman skrg ni, jadi risau kita dibuatnyer

ima berkata...

salam ilyn,bahayanya tak kunci pintu.setiap kali suami ima nak g kerja,dia mesti pesan kat ima..jangan nak harapkan anak2 yang kunci pintu...ibu kena pastikan pintu tu sentiasa berkunci setiap kali anak keluar masuk rumah...bukan takat anak boleh hilang tapi perompak pun boleh masuk...bahaya,katanya.sbb sekarang ni macam2 boleh jadi...

zue berkata...

dah 2 kali berlaku. jgn smpai kali 3 lak.

~0~ berkata...

menda camni memang menakutkan...tambah2 zaman skang..ramai orang yang kejam..

LotsOfLove-Pearls berkata...

Salam Kak..
Mujur jumpa..

Adesh kak..

merisaukan juga kes hilang2 nie..

kena perketatkan sistem keluar masuk..

semoga adik tidak akan hilang lagi..

naz ilyn berkata...

yoro okino... Alhamdulillah Allah masih melindungi.

anak laut... w'salam moga tak terulang.

zureen... tulah pantang buka pintu mesti hilang kkdg adik tu bila dengar jer kita buka pagar nak sidai kain pun cepat-cepat dia kejar ingat kita nak gi jalan.

siti... terima kasih siti InsyaAllah.

ima... betul tu ima terima kasih.

zue... moga tiada yang ke tiga dan seterusnya aminnn.

~0~... terima kasih singgah dan beri komen.

LOL... nntilah akak letak cctv boleh pantau dari jauh jer.. hihihi terima kasih.

izan berkata...

ilyn,

inilah yg kita takutkan ... ank hilang. bagai separuh dari nyawa tanggal dari jasad....

berhati2 dimasa akan datang...

beruntung jika punya jiran yang prihatin.

naz ilyn berkata...

izan... terima kasih bebanyak zan.