CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Selasa, 17 November 2009

nasi kangkang / tangas


Hari tu saya ada tengok WHI kat TV3 tapi dah lupa bila mungkin minggu lepas kot. Topik amat menarik walau pun terasa janggal dalam zaman teknologi semakin canggih ni.

Rupa-rupanya masih ada lagi orang yang ketinggalan dan terkebelakang macam tak bertamadun. Mungkin orang-orang yang masih berpegang pada amalan kurafat dan mistik.

Nasi kangkang topik yang dipilih bersama tetamu undangan pelakon Rubiah Suparman dan Ustaz Fauzi Mustapa.

Lepas tengok jer rancangan tu barulah saya faham dengan betul bagaimana nasi kangkang atau nasi tangas di buat amat menjijikkan. Kita selalu dihidangkan tentang cerita-cerita isteri yang derhaka yang nak menundukkan suami seperti cerita Perempuan Isteri dan dot dot di era tahun 90an dan yang terbaru lakonan Fasha Sanda dalam Hangatnya Lantana.

Tapi tidak diperjelaskan dengan terperinci cara ianya dibuat. Sebenarnya sepertimana yang diperjelaskan oleh Ustaz Fauzi nasi kangkang ni dibuat ketika isteri berada dalam keadaan kedatangan haid kemudian duduk mengangkang di atas nasi yang sedang panas mendidih sehingga tertitis sedikit kotoran itu ke atas nasi... cuma sedikit sebagi syarat serta dibacakan jampi serapah.

Haiii!!! jangan jadi nasi tomato sudah ler... perlu diperjelaskan dan wajib difahami dengan betul bahawa nasi kangkang atau tangas ini adalah amalan kurafat segelintir masyarakat melayu.

Pengamalnya memang tak takut dosa bila dah dihasut dengan syaitan yang membawa mereka ke neraka jahanam.

Oleh itu jauhilah ilmu tersebut walaupun dengan pelbagai alasan sekali pun.





18 Luah rasa:

~0~ berkata...

tp memang la...melayu...bila dengki, bila dendam, bila nak kuasa sampai lupa sape sebenarnya berkuasa...

Hanya Dia berkuasa bukan kia.

pB berkata...

naper tak pernah dengar kaum lain buat perkara perkara bodoh macam nie

INTAN RH berkata...

ni jenis tak takut pd Tuhan dan tak hormat pd asben..

Ms.Lilies berkata...

erkkk...
mintak2 dijauhkan la amalan2 keji ni dr saya dan semua keluarga...
macam2 org zaman skrg ni kan

zureen @ mama berkata...

Macam dah tak ada cara lain nak tambat hati laki agaknya "mereka" tu..

Tak cium bau syurga gamaknya..

Siti @ nurie berkata...

ish...smpai hati ssgt buat suami mcm tu..kan ke nanti jadi "tongong" suami kita tu...

Framestone berkata...

selalunya
ianya dilakukan oleh isteri yg xnk si suami lebih dari mereka...

entah la.. hope dijauhkan dari saya la ek

www.broframestone.com

ain berkata...

Nauzubillah!!

e_ja berkata...

nasi kangkang dgn cara yg kotor tu dah satu hal lah kan..

bg saya lah kan..kat mana lah kepuasan kita pun bila kita tau suami tunduk pada kita setelah kita perlakukan sedemikian hal pada dia????...dgn cara yg menjijikkan pulak tu..sedih bila mengenangkan hal mcmni..sbb mmg berlaku dlm dunia realiti ni..:(

Tie berkata...

Adoi... geli betul !

Perbuatan kotor kerana hatinya kotor... hu hu.. jauhkan laa...

Hisham berkata...

bgus la info ni kak...leh x jd nasi impit...

Mak Su berkata...

sekarang ni ada nasik kipas, nasik ampu, nasik aircon baeekkk punyer... nasik ni unisex, boleh dikasik kat bos pempuan mahupun lelaki, nanti boss iteww itu dengar dan pecaya cakap tuan punya nasik itu ajer... huhuhu

naz ilyn berkata...

~0~... masalahnya nape orang melayu kita macam tu bila ada rasa hasad dengki jer nak guna benda-benda ni... tak paham ler seeloknya cerminlah diri sendiri.

pB... kaum lain pun ada gak tapi yang lebih fofular kaum kitalah sesaje jer nak masuk neraka.

INTAN RH... kalau dengan Allah pun tak takut apa lagi dengan suami... dikotak katik jer.

Ms.Lilies... moga kita semua dipelihara.

zureen... jangan kata nak cium bau syurga malahan terkeluar dari agama kita.

Siti... mmg betul tu siti tak ker kesian tengok laki kita macam orang bodoh ikut jer kata kita tak membantah satu pun malah diri sendiri pun dia tak perdulik... best ker macam tuuu.

Framestone... manusia tamak tu takut dengan bayang-banyang sendiri dah yang paling penting sekali tak yakin pada Allah swt.

Fairy berkata...

Pelik kan. Di zaman ni pun, ada org sanggup n sampai hati nak buat macam tu kat keluarga sendiri lak tu.

naz ilyn berkata...

ain... mintak djauhkan...

e_ja... tulah pasal laki dah jadi macam lembu cucuk hidung.

tie... orang yang dah takde iman ni dah tak kira dah perbuatan tu kotor ker apa yang penting hati dia puas.

Hisham... tak tahu lah kalau nak tukar resepi...:D

Mak Su... ni baru canggih mak su dah boleh pilih ikut selera ni...

fairy... kalau hati dah gelap semua buta...

Bunga Rampai berkata...

Orang macam ni lebih percaya kepada Syaitan. Nauzubillah!

Salam :)

izan berkata...

ilyn,

sanggup org yg mcm ni bagi suami yang dia sayang makan benda yang kotor..

mati tak terima dek bumi.... disebabkan amalan syirik macam ni...

janganlah dibuat.... mintaklah dijauhkan. takut....

LotsOfLove-Pearls berkata...

salam Kak..
ader tgo citer Fasha jadik perempuan jahat tue.
Terbayang-bayang beberapa hari ketidakbaikan dia dan penyakit dia.

Mcm2 yg boleh dilakukan bila perangai 'setan' menguasai..