CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Khamis, 19 November 2009

senyum sikit

Saya buat n3 ni sesudah subuh tadi sebelum hantar anak ke sekolah tulah masa yang saya ada untuk buat n3 terbaru. Kalau nak diikutkan dua hari lepas saya nak buat tapi maklum jer lah cuti sekolah dah nak bermula anak kat asrama pun dah balik periksa pun dah lama habis.

Berlakulah perebutan kuasa untuk menjatuhkan ratu yang lama memegang tahta.... ooohhhh!!! tahta ku!!!!!!.... dengan paksa rela terpaksa menyerahkan kerusi yang tak berapa empuk tu.... kepada dua kuasa yang masih bertelagah.... gasaklah kau situ.

Abang Long: " cepatlah sikit kak..."

Kakak: " alah... abangkan dah guna tadi akak pulaklah..."

Abang Long: " alah kejap jer... akak pakai pagilah..."

Kakak: " abanglah pakai pagi..."

Abang Long: " pagi mana ada orang on line orang semua tido.."

Haiiii!!! ni bila pulak giliran ibu dia nak memblog ni... nampak gayanya cuti sekolah ni terpaksalah slow down sikit bloging kot. Takpelah jom kita layan senyum sikit zassss.

Seorang bapa duduk di kerusi taman memerhatikan kanak-kanak rancak bermain di padang. Dia mengeluh...

"Zaman sekarang ni susah kita nak bezakan mana budak lelaki, mana budak perempuan. Sama aja. Tengoklah budak lelaki tu..." kata si bapa tadi sambil menunjuk ke arah seorang budak berbaju hujau yang sedang berlari-lari dengan kawannya.

Orang yang duduk di kerusi sebelahnya tercengang, " Itu anak saya. Dia bukannya lelaki, dia perempuan."

Si bapa tadi tersipu-sipu. Dia cepat-cepat meminta maaf. " Saya tak bermaksud nak memalukan encik. Maaflah, saya tak tahu encik ni bapanya..."

Orang yang di sebelahnya tadi sekali lagi menggaru kepala. " Tidak... saya bukan bapanya, saya emaknya."






20 Luah rasa:

INTAN RH berkata...

Hehehe...kelako. Naz, akak klu sblm anta nak ke sekolah, mmg takde masa lgsg nk ngadap pc atau nk jenguk henpon, bz! :)

~0~ berkata...

adoi...memacam kak...huhuhuh

LotsOfLove-Pearls berkata...

Kahkahkah..
Tertipu jek si bapa yang tulin itu..
Ntah mana yg betul..
Yang Bapa ke yang mak..

:))

LotsOfLove-Pearls berkata...

Oh ya..
kak harus mempertahankan kerusi itu utk kak.
seperti dulu2 kak boleh kalahkan anak lelaki kak main game.
Hehe..

*tetiba teringat kisah kak kalahkan anak kak main game..

naz ilyn berkata...

LOL.... tupasal ingat nak pertahankan gak tapi dia boleh kata " lah ibu blog tu bukan ada apa pun tuk makcik-makcik jer.." betuah punya budak... LOL kau jawab LOL...

ku tak sempurna berkata...

hahahaha

mmg susah nak cam..


hahahaha...

Tie berkata...

Alamak !

Nampak gaya kak tie pun akan alami situasi begitu. Yang kecik tu pun dah sibuk nak guna pc ni.. adoi laa.....

julietchun berkata...

blog utk makcik2? huhuhuhu, sedih,sedih,kekekeke.

Hisham berkata...

nak senyum la nie..hahahhahohoohoho...hehheheheh

Acik Fairy berkata...

Apo? Blog utk makcik2?
Alahai...acik ni ha masa blog ko maso kek dunio luar, ok jo..mudo laie wpun umo tuo, nak lompek2 cam kekanak ribena pun boleh.
Naz, selamat merampas kuasa...gunakan kuasa veto anda..;)

Zyma Saad berkata...

Senyummmm.....and say Cheese!!!
(Akak tgh amik foto laaaaaa)...

:)

FairyLilly berkata...

Naz, nanti singgah umah acik yo. silo tinggalkan rumah ko n jgn lupo memilih....

zureen @ mama berkata...

Lawaklah..confuse jadiknya.

kuina berkata...

sy tgh senyum nie...

sambil bayangkan rupa emak budak itu...

zue berkata...

ratu dah ambil tahta...askar2 bergaduh sesama sendiri.

apa kata king buat penempatan baru.
(pakailah wi fi...1 keluarga boleh pakai)

Mak Su berkata...

mmg fenin :)

hans berkata...

hahhha
kesian pakcik tu
tak dapat cam anak dgn bapa
hahaha
lucu2

izan berkata...

ilyn,

tu lar kata.... nak berebut ngan anak tak sampai hati. tapi bila tengok anak2 berebut pula, kita sakit hati...

silap2 mau simpan dalam lemari.... hihihi...

musim cuti ni..... penuhlar rumah dari pagi sampai kemalam.

um. masyitah berkata...

Salam kak Naz
kelakar lah kak.Teringat pula masa saya kat johor,duk dengan mak,Berebut masing-masing nak guna kompter.Last-last saya tukang taip kerja-kerja mak.Hu hu

naz ilyn berkata...

INTAN RH... mmg bz kak tapi kena curi masa sikit sebelum tangan ni ligat buat keje rumah.

~0~... mmg semacam jer muka dia orang tu...

LOL... tipa tertipuuu...hihihi

kts... sekarang ni bukan kira semua nampak macam sama jer..hihihi

tie... macam tulah nampaknya kak tie... pencen ler kejap memblog.

juliet.... tulah mmg mulut takde insuran betul budak tu... nanti ko hihihi.

Hisham... jangan senyum kambing udah lerr...

Zyma... cheess senyum sikit baru menawan...hihihi

Acik Fairy... hey!! sojak bilo ko dah beracik-acik ni fairy... ni mesti sebab mulut budak bertuah tuuu hihihi

FairyLilly... k sepantas kilat akak datang....siap!!!

zureen... fening nampak macam same jer...

kuina... hahaha agaknya macho tak..???

hans... ni kena pakai tanda nama ni biar tak silap jantina..hahaha

zue... dah ada dah tapi pc satu lagi tu tengah baiki sebab kena petir.... nasiblah.

Mak Su... fening zaman sekarang ni ramai betul yang nak tukar-tukar identiti.

izan... tulah izan ibu dia jeles jerkan... takpelah kasi chan sama dia...

rumah mg tentunya penuh zan tangan ni pun tak bereti mengayuh kejap-kejap masak kejap-kejap basuh pinggan ari ni kita semua puasa.. hahaha

um. masyitah... w'salam budak-budak ni kalau kita tegah nanti di gi kat cc lak lagi payah.