CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Isnin, 23 November 2009

kemaruk tempayan

Nampak tak tuuuu.... ada empat biji tempayan kat depan rumah tu baru empat biji kat dalam rumah belum kira lagi.

Kemaruk tak kemaruk dengan tempayan padahal bukanlah tempayan baru yang berkilat atau berbunga-bunga seni. Semua tempayan-tempayan ni ada yang dibeli dan ada juga orang kasi.

Tempayan-tempayan ni semua adalah tempayan lama dulu-dulu zaman sekarang ni memang susah dak jumpa kalau tak masuk ke kampung-kampung.

Nak citelahkan masa tengah kemaruk gila dengan tampayan ni sampai ke hujung kampung cari sambil naik motor ronda-ronda. Nasib baiklah kanda nak ikut sama gila cari tempayan... sampai time keje pun sempat jeling-jeling rumah orang.

Almaklumlah talian eletrik kita ni sekarang dah sampai ke seluruh pelusuk kampung-kampung jadi bila bekalan eletrik terputus jer memang tugas pekerje tnb macam kanda nilah yang pergi menyuluh kalau tak gelaplah dunia dia orang.... hihihi.

Time tulah cari-cari mana ada tempayang yang dah tak pakai lagi kalau nasib baik dapatlah free cuma modal air liur jer.
Ada lagi terselit kat tepi kerusi tuuu....

dan lagiiii.....

Ah!!! tempayan yang kat atas tu bukannya muka dia berkurap ker apa tapi dalam proses meremajakan semula.... saya lekatkan kulit telur yang dah dibersihkan bila semua permukaan muka tempayan tu di saluti dengan kulit telur barulah disapu cat penyilat.... tapi tu belum siap lagi tak tahulah bila nak siap jejari montok ni macam malas gituuu.
dan lagiiii.....


Moral cerita: biar banyak tempayan jangan mulut tempayan.....


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kotak bekas hantaran yang sudah siap, kalau nak tengok lebih jelas lagi bolehlah klik kat gambar tu...


Ramai yang tanya mana dapat idea tampal kulit telur kat tempayan tu.... sebenarnya saya tengok kat kelas pendidikan khas kat sekolah anak masa ambil anak balik sekolah.

Saya tengok cikgu tu tampalkan kulit telur pada kotak kertas yang digunakan untuk bekas hantaran dan juga bekas telur... nampak begitu menarik dan kreatif.



20 Luah rasa:

FairyLilly berkata...

Peminat tempayan rupanye...
Baguslah, mana dapat idea guna kulit telur tu ?

Cahaya Kekasih berkata...

rumah saya pun ada 2 tempayan...hehe....akak org kluang juga ke? dok mana?

ChuMeLL berkata...

wah kak..byknya tempayan..xpenah lg jupe de org hobi suka kumpul tempayan..tp kan mmg betul,budak2 skrg mane tau tempayan tu ape..diorg tau mulut tempayan jer..

INTAN RH berkata...

Naz, klu nak byk lg tempayan, bgtau akak ek...akak blh rekomen... :D

nazilyn berkata...

INTAN RH... udah-udah ler tu kak dah tak sanggup lagi nak negok tempayan yang kat umah tu pun dah tak larat nak mengayakan... nantilah bila dah dapat idea macam mane nak ubah jadikan deko rumah saya cari akak k....:D

~0~ berkata...

saya suke tempayan naga...nampak ganas skit...

ain berkata...

banyak tu naz. tp cantik kan bila dh di buat dekorasi. kat umah mak akak ada sebiji tempayan naga tu. sampai la ni nak amik, tak teramik2. berat lah!hihi

LotsOfLove-Pearls berkata...

salam kaka..
kak rumah (kat kg) ada tempayan besar..
harap2 masih ada kat rumah.

*idea kulit telur tu mcm unik.
tak pena tau lak..

~ujicham~ berkata...

cuba spray guna gold colour.. mmg meletop.

hans berkata...

unik tul hobi ko
bagus2

naz ilyn berkata...

FairyLilly... idea guna kulit telur ni akak tengok kelas pendidikan khas kat sekolah anak... cikgu tu buat kotak letak telur yang dilekatkan dengan kulit telur mg cantik tau...

Cahaya Kekasih... akak bukan orang kluang akak orang pekan layang-layang.... tahu ker pekan layang-layang tu kat mane..???

ChuMell... tahu takper..:D

~0~... tempayan naga ni lagi susah nak cari kalau adapun dia orang tak jual kalau pesen sekarang ni berlambak kat kedai.

ain... idea tu ada tapi tunggulah bila nak ubah suai rumah nanti baru buat ingat nak buat taman air pancuran... angan-angan jer.

LOL... kalau tempayan yang besar ni cantik kalau di tanam pokok bunga bonsai.

~ujicham~... mmg ada kekawan yang pakai color gold ni tapi akak lebih suka warna asli tempayan tu sendiri cuma perlukan pengilat jer untuk lebih nampak menarik.

hans... unik ker biasa jer dik...

Hisham Sheikh berkata...

salam kak...tempayan ni x berhantu ke???jgn nnti akak dgr guruh air ditempayan dicurahkan...hehehehe..
kak,lain kali tinggalkan link akak kt disqus komen tu k...

Shais berkata...

bila dah tersusun ...nampak menarik.

fazemy berkata...

Wahhh kreatifnya. hehe minat tempayan erk.

Cahaya Kekasih berkata...

oooo...kat profile akak tu tulis kluang kan.....hehe

naz ilyn berkata...

hisham... tapi sekarang orang dah tak pakai lagi tempayan tuk tadah air... tempayan dah jadi item tuk deko rumah dah jadi barang antik.

p/s: sorrylah akak lupa pulak nak tinggalkan link.

shais... kalau pandai mengayakan cantik gak...

fazemy... bolehlah minat gak sebab lain dari yang lain kalau kita hias rumah kita dengan barang lama ni.

cahaya kasih... kekadang akak tulis kota tinggi gak... hihihi.

Unknown berkata...

kt kluang ker...klu ade yg nk jual pm yerk sye peminat tegar jgk tu huhuhu...

khaiumai khairi berkata...

leh wassup sye 0135977320

khaiumai khairi berkata...

leh wassup sye 0135977320

khaiumai khairi berkata...

kt kluang ker...klu ade yg nk jual pm yerk sye peminat tegar jgk tu huhuhu...