Award Sisterhood ni pemberian dari Kak Ain dan Kak Nurdaniella... eemm cantik awardnya rugged gitu... teringat zaman muda-muda tahun 90an... ahak ahak.Terima kasih buat kalian berdua... tapi ada syarat lah pulak... kena ambil dengan tag sekali tu. Hehehe... kalau ambil award aje boleh tak..???
Tapi tak per nasib baik tagnya senang dibaca, senang difaham dan paling penting tak berasap kepala otak nak memerah jawapan.

1. Make a list of what u want on your birthday
2. The list should be 10 numbers
3. Give the image of this award to your posting
4. Give it to 10 friend of you
10 Perkara yang sangat saya harap untuk birthday:
1. Di berikan kesihatan yang baik sehingga terlaksana segala tanggungjawab dan menyempurnakan segala kewajiban pada Nya... insyaAllah.
2. Kalau boleh biarlah dipermudahkan urusan Nya yang terakhir... tak nak menyusahkan anak-anak menjaga ketika sakit.
3. Dipanjangkan umur agar berpeluang berbakti pada kanda tersayang sehingga hari akhirnya.
4. Bila dah tua nanti tak nak menyusahkan anak-anak atau memberi beban kepada mereka.
5. Bila anak-anak dah besar dan punya kehidupan sendiri... nak pergi melancong atau berbulan madu sekali lagi... hehehe nak gi negara yang ada salji.
6. Nak pergi Umrah macam gi melancong jer... tiap-tiap tahun pun boleh gi... hihihi
7. Nak masuk semula dalam bidang politik... macam dulu.
8. Kalau boleh nak bina kerjaya sebagai seorang perniaga.
9. Bergiat aktif dalam aktiviti luar spt sukan, arobik dan aktiviti wanita.
10. Nak gi dan balik surau berdua- duaan dengan kanda tersayang.
Sorrylah segala jawapan agak emo sikit sebab ada perkara yang menyedihkan berlaku ke atas anak sulung... tengah sedih dan risau sangat.
Harap sangat kekawan tolong doakan anak saya Mohd Shafiq selamat menjalani pembedahan apendiks.
nilah gambar anak bertuah tu... ni jer gambar yang ada kalau kita nak ambil gambar jer terus lari... hampeh betul.

16 Luah rasa:
salam naz, moga shafiq akan sihat macam biasa.. be strong, ok shafiq..
semoga anak kak lyn selamat...
Salam Naz,
Akak doakan anak tu selamat jalani operation.
Kak tie doakan agar anak ilyn tu selamat buat operation....jangan bimbang laa...
smg shafiq cepat sembuh...
laaaa....
naper tak masukkan dlm birthday wish - supaya shafiq selamat menjalani pembedahan...
pling!!
tertunai sudah :D
sy doakan dia selamat.
Kami semua mendoakan yang terbaik utk ShafiQ kak..
Semoga semuanya berjalan dengan lancar..
Terus TABAH kak..
Kekuatan akak juga KEKUATAN ShafiQ.
nurdaniella...
terima kasih... nampaknya dia cuba menunjukkan kekuatannya... hehehe
Qaseh...
terima kasih... alhamdulillah segalanya sudah selamat....
SRI INTAN RH...
w'salam kak intan... terima kasih dah pun selamat keluar dari bilik bedah... dan dah kurang sakit.
tie...
bimbang tetap bimbang tak sangka muda-muda dah masuk bilik bedah... huhuhu.
fara...
mudah-mudahan dia dapat tahan sakit... penakut budak tu...
kts...
terima kasih... cuma dia masih lagi seriau nak jalan walau pun ke tandas...
LOL...
tuhan aje yang tau... risaunya tunggu di luar bilik bedah... alhamdulillah semuanya selamat... terima kasih.
Semoga semuanya berjalan dengan baik bagi anak akak..
Zureen...
terima kasih zureen semuanya dah selamat.
Catat Ulasan