CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Khamis, 12 Mac 2009

baru chun...

tengoklah kelaku dia bila suruh tunjukkan bibir... jari tu bukan main melentik lagi...


Sekarang ni saya tengah melatih atau mengajar anak bungsu saya membuang segala sisa toksidnya di tempat yang sepatutnya.

Almaklumlah umur dah meningkat tiga tahun takkan masih nak pakai lagi lampin pakai buang lagi... tak chun ler.

Anak saya yang bungsu ni suka sangat melawa walau pun saya tak pernah ajar dia waimah tepek bedak sekali pun... mau pun pakai gincu. Pantang pintu bilik saya terbuka... dia mesti hilang dari pengawasan saya.

Sekali panggil shaqiraaaa... apee jawab dia rupanya dah duduk dalam bilik mengejekan peralatan seni ( alat solek) saya. Hempeh betul... habis patah gincu aku ko kejekan... nak kena ni betuah punya anak.

Tapi yang menghairankan saya tak pulak comot atau bersememe gincu yang dipakai elok jer kat bibir dia.

Disebabkan dia dah pandai melawa kira dah besarlahkan... jadi sebagai seorang ibu yang tak berkerja dan takde keje lain kat umah selain melayan anak-anak jadi... dah menjadi tanggunghawab saya untuk mendidik dia supaya buang air di tandas.

Hari pertama tak pakai lampin pakai buang... saya suruh dia buang air kat tandas... dia tak pandai nak buang... suruh keluarkan pun tak nak keluar juga... jenuh tunggu kat tandas akhirnya keluar juga... tak boleh nak paksa dan tak boleh nak tunggu... biarkan jer dia melepaskan hajad dengan tenang dan bersahaja.

Hari ke dua dah ok sikit... dah senang dah dia membuang mungkin dah dapat timeing kot. Tapi setiap 30minit kena bawa dia pegi ke tandas tak kira dia nak membuang atau tidak.

Macam mane dengan anda di luar sana... mungkin ada pengalaman yang boleh dikongsikan bersama tak kiralah anak ker adik ker atau sapa-sapa atau anak jiran sebelah ker yang datang kat rumah tetiba terbuang kat rumah anda... rasa macam nak pelempang jer kan... tak baik tau hehehe.

Atau mungkin anak anda berhenti pakai lampin pakai buang bila dia betul-betul pandai bercakap nak ke tandas atau dia sendiri dah tak nak pakai lagi. Harga barang-barang semua mahal... kalau kita dapat berjimat cermat dengan sedikit kesabaran dan kerajinan apa salahnya.








38 Luah rasa:

noey.rania berkata...

anak noi umo 6 thn masih kai pampers g sbb kencing malam huhuhu

e_ja berkata...

baca entry nih..terkenang kembali masih melatih anak akak dulu..mcm2 pengalamn jgk masa mula tuh..

ada yg terlepas kat kusi..ada yg terlepas dlm blk siap tepi katil lagi..wakakaka..

julietchun berkata...

anak buah saya penah dia pi buang tepi almari, punyaler mencarik bau serata rumah tapi tak jumpa, nasib baik pastu dia gi tunjuk.

Qaseh berkata...

sha sekrg tgh ajar si kak "yak" atau kencing kat toilet..kalau tang "yak" dah ada kemajuan skit..dah boleh ckp nak yak..tang nak kencing tuh..still x ok lg..

nurdaniella berkata...

salam naz, huhu.. anak akak pun dah nak masuk 3 tahun dah.. sekarang ni pun dah pandai bagitau.. tapi, bagitau dah terkencing la dalam pampers nyer.. maknanya dia dah dapat rasa la dia buang air.. satu petanda bagus la tu.. akak ni bekerja, mungkin susah sikit nak ajar.. nak harapkan mak, kesian pulak.. mungkin kena tunggu sampai dia petah bercakap kot..

ain berkata...

Alhamdulillah anak2 akak pulak dia mcm auto je. bila masuk 2 tahun setgh..terus tak pakai pampers. Pernah sekali stock pampers 1 bag terbiar gitu je. x tau lah yg kecik ni cam ne nanti. Baru sethn setengah so lama lg nak train.

izan berkata...

ilyn...

hihi... amboi2 comenya muncung dia..

dah tiga tahun yea.... bolehlah diajar perlahan2. org kata kalu taknak dia kerap buang air... bangun pagi2 tu exercise kan kaki dia. masa dia tengah baring tu... lipatkan kaki lutut tu cecah kat perut dia. kemudian lurus kan... naikkan pelan2 keatas... haa tu petua org banjar... hihi keberkesanannya.... tak tahulah, boleh cuba.

SRISUFI berkata...

hehehehe...

sekarang mendengar pengalaman orang dulu. seronok pulak bila membaca kerenah budak2. comeynya dia pakai gincu tu kak

kuIna Jentayutiara berkata...

bagusnya anak membesar di depan mata... semua perkembangan dia kita boleh tau.

Tie berkata...

Anak kak tie 3 orang... Yang sulong ambil masa lebih 2 tahun. Yang tengah umor setahun dah tak pakai pampers...pandai lak rasa geli... Yang bongsu tu macam yang sulong..he he... Sifat masing2 tak sama..memang bergantung kepada kematangan tersendiri...

Suzi berkata...

anak2 saya semuanya lambat...dah 4 thn baru tak pakai pampers....
mungkin salah satu sbb saya ni malas nak cuci kalau diaorg ter...kat mana2...tu yg tunggu sampai diaorg betul2 bersedia.

naz ilyn berkata...

rania...
anak akak yang ke3 6th gak pun ada masalah kencing malam... akak kunci jam pkl 4 pagi setiap hari nak kejutkan dia bangun kencing... alhamdulillah sekarang kalau terbabas tak kejutkan... dia dah tak kencing... tapi jangan terus tak kejutkan sekurang2nya pkl 6pg masa kejut nak gi sekolah... tulah anak yang paling susah nak diajar kencing terutama pada waktu malam.

naz ilyn berkata...

e_ja...
tulah... kalau dah ter... nak buat macam mane... anak saya yang lain nampaknya takde masalah cuma yang ke3 tulah yang paling susah sekali... sampai sekarang dah 6th... tapi dah kurang sikit sekarang ni... kena rajin kejutkan dia waktu malam... nak pakaikan lampin pakai buang tak nak lah pulak tau malu...

naz ilyn berkata...

julietchun...
akak kalau tengah proses mengajar ni kena banyak bersabar dan berhati-hati... untuk elakkan buang berterabuh... akak kena suruh dia kencing lebih kerap... tapi kekadang terlupa gak... mulalah mencari serata rumah...

naz ilyn berkata...

Qaseh...
mungkin 'yak' tu dia geli sikit... hihihi

naz ilyn berkata...

nurdaniella...
w'salam... biasalh ibu yang berkerje ni... takde masa banyak kat rumah... sy paham... tapi ok lah dia dah pandai sikit.

naz ilyn berkata...

ain...
anak saya yg sulung dan kedua... macam anak akak gak... cuma ke3&4 ni yang payah sikit.

faridmw berkata...

salam... semoga kak berjaya... didikan dari kecil membuat sesorang itu berjaya dimasa hadapan... (tul ke?)

Zureen berkata...

Latih anak tak pakai pampers ni memang perlukan 'KESABARAN YG TINGGI" dan jgn berputus asa..he3

aloy_paradoks berkata...

ermm,,susah nak ajar anak ni....

Qaseh berkata...

jangan lupa amik tag kat n3...tq

Mak Su berkata...

tak berapa nak ingat ler, tapi mmg rasa nak ajar dah kat baby w tu.

naz ilyn berkata...

izan...
terima kasih berkongsi... nak cuba gak mana tahu berkesan... ada juga orang tua kata ambil labah-labah mati yang dah kering kemudian letakkan di pusat... tapi tu macam mengarut jer...hihihi

naz ilyn berkata...

SRISUFI...
kutip pengalaman orang lain sebagai panduan adalah sesuatu yang bijak... bila agaknya nak rasa nasi minyak sri... hehehe

naz ilyn berkata...

kulna...
kkdng kat rumah lagi stress... melayan karenah anak-anak tak pernah abis...

naz ilyn berkata...

tie...
mmng lain anak lain caranya... yang sulung dengan yang kedua 2th dah tak pakai... ajar 1-2hari dah boleh buat sendiri... cuma yang masalah sikit yang ke3 jer... yang ke4 ni sebenarnya saya terlupa nak ajar tu yang terbabas sampai 3th...

naz ilyn berkata...

Suzi...
kalau nak diikutkan mmng nak macam tu... lebih senang tapi orang disekeliling pulak asik bercakap jer... tu yang malas nak layan.

naz ilyn berkata...

farid...
salam dik farid lama tak dengar kabar... dah balik m'sia ker... nanti akak singgah blog yer.

naz ilyn berkata...

Zureen...
mmng tak pernah rasa putus asa tapi sabar tu yang kkdng terkucil sikit..hehehe

naz ilyn berkata...

aloy...
eemm... mmng susah dan bukan senang... hati seorang ibu mengatasi segalanya...

naz ilyn berkata...

Mak Su...
kalau baby w masih rasa selesa dengan keadaan begitu apa salahnya... lagi pun maksu berkerja... nanti tertekan pulak asik nak mencari kat mane baby w termelepas...hehehe

naz ilyn berkata...

Qaseh...
tag tu akak dah pernah buat... silalah tengok-tengok...

reen berkata...

ank akak yg bngsu ni pn sbaya ank sy...lelaki,msh lg pkai pmpers.pnah gak sy latih dia x pki pmprs siang hari,yg klakarny dia asyik dok pgang anu dia jek..geli kot...almklumlh dh biasa dttp..he..ank no.2..pn sama mcm ank akak..dh drjh dua h tp asyk kncing mlm jek...sabo je la...huhuhu..

Shais berkata...

anak kedua saya lama juga nak train buang air ....rasanya umur 4tahun baru dia taknak pakai diapers.

naz ilyn berkata...

reen...
betul tu... mendidik anak-anak yang meningkat besar ni memang memerlukan kesabaran yang tinggi... kalau tidak kesian anak-anak kita... terbiar dan tidak faham proses pembelajaran... ini semua akan menjadi pengalman dan kenangan bersama.

naz ilyn berkata...

Shais...
anak-anak ni berbeza antara satu sama lain ada yang senang dan mudah paham ada juga yang lambat dan masih tak mengerti lagi.... pokok pangkalnya kita sebagai ibu kena lebih perihatin dan mengikut keselesaan anak.

MAZEMIE MAZ berkata...

anak itu harta pendamai jiwa.
anak itu syurga yg bahagia.
anak itu pusaka ke hujung masa...

naz ilyn berkata...

MAZEMIE...
anak itu penawar duka
anak itu pengubat lara
anak itu penyembuh luka