CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Khamis, 26 Mac 2009

dari dalam diri....

Andaikan ada dua remaja yang baru sahaja mendapat hadiah dari ibubapa mereka masing-masing sempena hari lahir.
Hadiah itu adalah permainan jigsaw puzzle.

Remaja yang pertama cukup bersemangat menyiapkan jigsaw puzzle itu. Dia cukup menghargai pemberian ibubapanya itu.

Hatinya tidak tenang selagi jigsaw puzzle itu tidak disiapkan. Selepas siap, gembiranya bukan kepalang. Rasa puasnya tidak dapat digambarkan apabila melihat permandangan yang indah terhasil daripada cantuman jigsaw puzzle itu.

Tiba-tiba datang si adik sambil berlari dan melompat-lompat meminjak cantuman jigsaw puzzle itu sehingga ia terpisah semula.

Walaupun sedih dan sesudah bergaduh dengan adiknya, remaja itu memulakan semula cantuman jigsaw puzzle.

Berbeza dengan remaja yang ke dua, sejak awal lagi dia tidak berminat menyiapkan jigsaw puzzle itu. Bagi memberi 'motivasi' dan dorongan, si ayah menawarkan ganjaran berupa wang seandainya remaja kedua itu dapat menyiapkan jigsaw puzzle itu.

Selepas menyiapkannya dan mendapat ganjaran yang dijanjikan, jigsaw puzzle itu dibiarkan begitu sahaja.

Walaupun si adik memisah-misahkan cantuman jigsaw puzzle itu, dia tidak perduli lagi. ganjaran sudah dia dapati, maka motivasinya terhenti di situ.

Terdapat dua faktor yang menentukan motivasi diri seseorang iaitu faktor dalaman dan luaran. Mungkin kita pernah melihat orang yag datang daripada keluarga yang miskin dan serba kekurangan berjaya mencapai matlamat mereka.

Kemiskinan dan kekurangan tidak langsung melemahkan semangat dan motivasi diri untuk berubah serta bergerak ke arah mencapai kecemerlangan.

Jadi apakah sebenarnya yang menentukan motivasi diri individu? Apakah yang mendorong individu itu membina motivasi diri?

*************************************************************************************




lagi tadi aku peratikan siddiq selak satu demi satu buku sampai ke hujung... kemudian kembali semua menyelak buku pertama tadi... emmm pelik.

Ibu: Diq... diq buat apa tu...
Diq: baca buku...
Ibu: hah... baca buku...
Ibu: kalau baca buku napa susun buku banyak-banyak tu...
Diq: abis semua buku ni best...
Ibu: ????



30 Luah rasa:

ain berkata...

bagusnya Diq!!!! oleh kerana dia sudah begitu minat dgn buku, naz tinggal motivate dia je.pd akak membaca tu baguss sekali. dpd membaca dia boleh tau perkataan2 baru, ayat2 yg baik dn perkataan yg boombastik. anak akak yg no 2 x suka membaca, so bila kena construct ayat, x berapa baik. Too simple,ni semua sbb dia x minat buku. berbeza dgn zati yg suka baca buku. Lagi satu Naz kena hati2 dgn BM. Kena byk practise terutama BM2. Akak tgh pecah kepala sbb anak akak yg mls baca ni problem kat BM. Tu hari BM dia B, menangis akak. Akak yakin Naz ibu yg prihatin psl pelajaran anak2 ni so semoga anak2 Naz akan snetiasa cemerlang dlm pelajaran.

noey.rania berkata...

rajin adik diq baca buku ekkk...
dia minat baca buku ke kak, anak noi yg sulung kurang minat lerr huhuhu...

iNsaN BiaSa berkata...

hehe..smua buku nk dibacanya..bagusnya Diq..emm,tanpa berusaha pasti tak kemana2...

LotsOfLove-Pearls berkata...

wah..
rajinnyer anak mama..

kita tak tau cmner dorang berfikir tapi bila ditanya, jawapan mereka logic sahaja.. masuk akal..

kwn aku juga punya hobbi men susun2 nie..
satu hari dia mula menyusun..
pas tu dia tinggal di runag tamu coz dia pegi kelas..
balik sahaja dia perasan bhw hasil cantuman itu telah bertambah dan aku g tau ada kwn sorang yg tolong susun..
dia xpuas hati..

dis rosakkan semua dan buat semula..

dia nak supaya hasil cantuman imej tersebut dia yang siapkan sendiri..

**dia berdikari orgnya..
**jika susah cmner sekali pun, dia xakan meminta pertolongan melainkan aku yang beriya-iya membantu..

julietchun berkata...

kemana tumpah kuah kalo tidak ke nasi.

SRISUFI berkata...

Salam akak,

bagusnya. sungguh otaknya sangat cenderung membaca. Like mother like son ye kak.

zureen @ mama berkata...

Nampaknya anak akak memang benar2 minat buku..patut diberi galakan sepenuhnya.Kadang2 sesetengah insan tengok perkataan pertama dah ngantukk..

naz ilyn berkata...

ain...
InsyaAllah terima kasih kak... samalah dengan anak sy yang ke dua... BM jadi kurang baik sebab tak banyak membaca... pergi perpustakaan suka tapi pinjam jer baca tak...

naz ilyn berkata...

noey...
kalau Diq gi jejalan mesti beli buku tak kiralah buku apa... tapi mesti ada satu buku.

naz ilyn berkata...

insan biasa...
hehehe tu yang buat akak geli hati... nak baca buku pun tak sabar kalau boleh nak baca semua sekali serentak... tu yang jadi macam tu.

naz ilyn berkata...

LOL...
mmg ada orang yang macam tu kalau boleh dia nak buat sendiri semuanya baru dia rasa puas hati..kalau ada orang tolong dia rasa tak aci gitu...

Mak Su berkata...

dari cerita ini -> motivasi dalaman, cita-cita dan keinginan.

izan berkata...

ilyn,

jati diri...

bukan ada dalam semua individu.

siddiq memang cerdik... dia nak tau kesemua dalam satu masa. waaa... bimbing dan beri galakkan mesti akan menjadi kebanggaan.

Bunga Rampai berkata...

Asasnya motivasi diri datang dari dalam (jiwa) yang terkesan dengan apa yang dilihat (diluar)lalu akal membentuk kemahuan (niat) untuk berjaya.

Namun kemahuan saja tidak cukup untuk melaksanakan motivasi itu. Ia perlu diiringi doa perbuatan.

Membaca titian ilmu.

Salam :)

noorlara berkata...

alhamdulillah, kalau anak-anak menjurus kepada minat membaca beri galakan yang sewajarnya. masyarakat malaysia ni masih terkenal dengan malas membaca kecuali surat khabar dan majalah cipisan. Syabas buat diq yg comel tu

ima berkata...

alhamdulillah Diq dikurniakan minat dgn buku...sesungguhnya kalau anak kurang minat membaca payah dibuatnya...anak ke4 saya ni mls betul nak baca buku...macam2lah alasannya bila disuruh membaca...pening kepala naz...

teddi berkata...

emm bagus... satu motivasi yg membina

naz ilyn berkata...

julietchun...
kalau kuah tak tumpah ke nasi... tumpah ke lantai ler... hehehe

naz ilyn berkata...

SRISUFI...
w'slm srisufi... budak ni kkg ikut angin dia... kalau time angin dia nak membaca... macam esok takde... tu jam juga nak abiskan.

naz ilyn berkata...

zureen...
harap-harap biarlah sampai besar minat dia pada buku... jangan hangat-hangat taik ayam sudah ler... hihihi

naz ilyn berkata...

Mak Su...
kkg budak2 ni bukan boleh dipaksa-paksa baca buku... pernah sekali tu paksa anak yang sulung baca buku... sudahnya kat luar buku sains dalamnya buku naruto... arghhh geramnya...

naz ilyn berkata...

izan...
InsyaAllah... mmg menjadi harapan semua ibubapa di dunia ini agar anak-anak mereka berjaya di dunia dan akhirat... begitu juga dengan izan kan... sy tau izan seorang ibu yang bijak mendidik anak.

naz ilyn berkata...

BR...
anak sy bukan semua suka membaca walau diberi seribu galakan berbuih mulut bermotivasi... cuma doa agar terbit di hati mereka rasa keinginan dan kesedaran... itulah yang terbaik.

naz ilyn berkata...

noorlara...
InsyaAllah terima kasih... yang terbaik adalah lahir dari dalam diri sendiri...

naz ilyn berkata...

ima...
betul tu ima... puas kita paksa, bebel, nasihat, marah dan sebagainya... kalau dia kata tak nak pening kepala kita... yang penting jangan berputus asa... dari kecik nilah kita berusaha susah sikit takpe... mudah-mudahan bila besar dia akan faham. Mulut ni jangan berhenti dari menasihati insya Allah Dia akan bantu kita.

naz ilyn berkata...

teddi...
teddi mesti tengah belajar sungguh-sungguh untuk SPM tahun ni kan... moga berjaya...

Tie berkata...

Kih kih ....!!

Anak Ilyn tu rambang mata...dia tak tahu yang mana satu nak baca dulu.. tu yang dia bukak semua buku sekali gus...excited betul dia tu...he he..bagus tu...minat membaca sejak kecil...

naz ilyn berkata...

kak tie...
itulah sebenarnya... dia rambang mata... mane satu nak baca dulu... tapi yang kelakarnya dia boleh pikir macam tu sekali... tergelak sy bila dia kata macam tu hehehe.

LotsOfLove-Pearls berkata...

tulah..

nak hasil usaha sendiri..

baru besh!

..anak akak cmner?

naz ilyn berkata...

LOL...
shafiq dah balik semula ke sekolah walau pun luka masih belum kering betul... bahana tak pantang... harap dia boleh jaga luka dia dengan baik macam ibu dia jaga kat umah... biar dia berdikari...