CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Isnin, 2 Mac 2009

bersimpuh sebentar

doa anak-anak yang soleh soleha sebagai bekalan...


Assalammualaikum.....
kepada semua kekawan blogger... hampir seminggu lebih jejari jemari saya kaku tak mengetuk-ngetuk butir-butir huruf.
Terasa janggal bercampur rindu untuk berbicara...

Beberapa hari yang lalu gerimis seakan mengundang nestapa apabila dua orang ahli keluarga terdekat pulang ke Ramahtullah menyahut panggilan Illahi.

Dan hari-hari sebelumnya seakan mencabar emosi dan keimanan dalam meniti saat-saat nafas terakhir salah seorang darinya.

Hanya Allah maha mengetahui betapa hati ini begitu pedih terhiris menyaksikan detik-detik itu... sesungguhnya Kau maha berkuasa, maha mengatahui segala-galanya dan sesungguhnya benar apa yang dikabarkan.

Natijah diambil sebagai bekalan dan tauladan untuk saya terjemahkan dalam kelangsungan kehidupan untuk perjalanan yang hakiki.

Anak-anak yang soleh dan soleha adalah harta yang tiada tolok bandingan juga tidak boleh di jual beli walau di longgokkan segunung emas permata intan berlian waimah seluas lautan wang ringgit.

Harta-harta yang melimpah ruah tidak dapat membantu mempercepatkan atau melambatkan walau sedetik denyut nadi ketika sakaratul maut datang mengintai.

Walau nafas berbaki sisa-sisa... walau tanda-tanda besar jelas dan nyata tapi kalau belum izin dariNya ia masih juga bernyawa meskipun susuk tubuh hanya tinggal tulang dan kulit semata.

Allamdulillah... zuriat yang ditinggalkan cukup ilmu agama di dada seakan faham tugas terakhir untuk dilaksana sebagai seorang anak. Memberi kesan yang terbaik membantu kelangsungan tersebut.

Ayuh... marilah bersama-sama melahirkan anak-anak muslim profesional walau bergulung ijazah di genggaman meski setinggi langit menara gading di daki bersujud padaNya dengan ilmu agama yang selayaknya.

Semoga menjadi impian bersama agar zuriat yang kita kandung membacakan surah Yassin, memandikan, meimamkan, mengkafankan dan mengkebumikan jasad kaku kita. InsyaAllah...





14 Luah rasa:

ima berkata...

takziah buat naz sekeluarga...

insyaallah sama2lah kita berusaha melahirkan anak2 yang soleh dan solehah.

Tie berkata...

Salam takziah dari kak tie .

Zureen berkata...

Salam takziah dari zureen sekeluarga

julietchun berkata...

Salam takziah.

ain berkata...

salam takziah untuk naz sekeluarga. Sama2 lah kita berdoa semoga anak2 kita menjadi anak soleh dan soleha.

SRI INTAN RH berkata...

Innalillahiwainnahirajiun

ku tak sempurna berkata...

al fatihah...

sedih bila kehilangan... inilah hakikat..

yang hidup pasti mati...

semoga tabah ya...

Mak Su berkata...

takziah buat naz and family

moga kita semua terus strong dlm apa jua keadaan

noorlara berkata...

naz,
tiap kali kita melihat peristiwa kematian secara lansung tak banyak sedikit akan mengusik perasaan dan menimbulkan insaf di hati kita kecualile org yg hatinye dah rosak, benar bila difikirkan mati maka tiada apa yg diingin melainkan melakukan sebanyak mungkin ibadat an kebaikan di dunia demi akhirat. Moga anak-anak kita bakal menjadi yg soleh wal solehah ug mendoakan kita bila telah tiada nanti, Amin

Shais berkata...

salam takziah buat naz sekeluarga.

Bunga Rampai berkata...

Salam Takziah buat Naz sekeluarga.

Al-Fatihaah.

Kita yang masih bernafas teruskan berdoa meminta redha dan ihsanNya.

izan berkata...

ilyn,

takziah dari zan.

yang baik dari Allah ..... mudahan kita mendapat iktibar dan panduan. insyaallah.

nurdaniella berkata...

salam takziah buat naz sekeluarga.. moga tabah yer.. tidak bermakna hidup jika tidak di uji..

naz ilyn berkata...

Terima kasih kepada ima, Kak Tie, Zureen, julietchun, ain, SRI INTAN RH, ku tak sempurna, Mak Su, noorlara, Shais, Bunga Rampai, izan dan nurdaniella atas keperihatinan kamu semua sahabat maya ku.

Seeloknya yang baik kita jadikan tauladan yang tak baik jadikan sempadan... saya hanya sebahagian mata dan hati yang memerhati apa yang sedang berlaku ketika itu...