kita sering lupa pada yang mencipta
bila terantuk baru nak terngada
dah tersungkur baru nak melatah
terkena batang hidung baru nak meludah
mengapa begitu mudah keterlupaan menguasai diri
bukankah kita dijadikan untuk menghambai
bukan selamanya yang lapang itu luas selama
yang hidup bukan selama bernyawa
bukan selamanya yang muda itu lawa semata
yang sihat bukan selama bertenaga
mengapa kita masih lagi tak mengingati
mengapa lupa datang menghampiri
pergilah kau jauh dari diri ini
kau tak diperlukan di sini
jangan kau menghampiri
kerana aku tidak mahu terus hanyut tak bertepi
Ya Allah bawalah aku ke sisi
sesungguhnya usah biarkan aku terus begini
ingin sekali aku mencintai
Allah rabul izzati
kerana di situ segala yang hakiki
bersujud hanya pada Mu YaRabbi
bila terantuk baru nak terngada
dah tersungkur baru nak melatah
terkena batang hidung baru nak meludah
mengapa begitu mudah keterlupaan menguasai diri
bukankah kita dijadikan untuk menghambai
bukan selamanya yang lapang itu luas selama
yang hidup bukan selama bernyawa
bukan selamanya yang muda itu lawa semata
yang sihat bukan selama bertenaga
mengapa kita masih lagi tak mengingati
mengapa lupa datang menghampiri
pergilah kau jauh dari diri ini
kau tak diperlukan di sini
jangan kau menghampiri
kerana aku tidak mahu terus hanyut tak bertepi
Ya Allah bawalah aku ke sisi
sesungguhnya usah biarkan aku terus begini
ingin sekali aku mencintai
Allah rabul izzati
kerana di situ segala yang hakiki
bersujud hanya pada Mu YaRabbi


42 Luah rasa:
biasalah kita manusia ni, mudah lupa dgn itu kita perlu sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...
salam...
kekadang marah dengan diri sendiri...
lupa tu dah jd asam garam kehidupan dah. Sbb tu Allah turunkan ujian supaya kita beringat. Pun lps tu...lupa balik.. alahai!!!
p/s..suami saya sering terlupa itu dn ini. saya pulak jd tukang ingatkan.
salam sis
lumrah insan memang pelupa.
kat sinilah peranan seorang kawan/sahabat/teman untuk saling mengingati
berpesan2 dengan kesabaran..berpesan2 demi kebenaran
Ehh, lupa plak nak komen apa tadi ;D Kite sering lupa dan lalai, mari sama2 kite berusaha mengubah tebiat buruk ni.
Kekadang kita sengaja membiarkan diri kita terLUPA walhal sebenarnya kita INGAT..
Bila dah terKENA baru menyesali keterlanjuran yang diSENGAJAKAN..
Kita manusia mmg sering alpa. Alpa dgn kekuasaan yg maha Esa. Kita hanya insan kerdil yg menumpang di bumi ini. Trima kasih ingtkan.
Sekejap je kan dah 18hb..cpt btol masa berlalu.
mungkin byk sgt minum air yg ada semut...
tu yg mudah lupa... :D
salam naz.. memang manusia mudah lupa.. bila sengsara, ingat segala.. bila dah kaya, kembali alpa..
Sy setuju kata kak Sri Sufi..
percintaan sebegini banyak dugaannya :), bersedialah.
ilyn,
jom kita makan gingko biloba... untuk mengelakkan sifat2 pelupa mahupun nyanyuk sebelum waktunya...
selalunya kita ingat apabila dalam kesusahan aje ilyn... tu la kekadang ni kita perlukan bantuan mereka yang ada disekeliling.
naz,
betul betul betul, dan bukan semua yg bergelar org alim, ustaz dan warak tu pangai mereka lebih baik dari kita. Siapapun kita kalau berpegang kepada Alquran dan Sunnah Nabi tentu selamat dan bahagia.
ain...
bila ujian datang bertimpa-timpa baru nak tersedar yang kita ni dah jauh menyelempang...
p/s: kita nilah tukang ingatkan dia itu dan ini...
-SRISUFI-
walau pun lupa tu mainan manusia... seharusnya kita berlajar dari kesilapan...
p/s: sentiasa perlukan sokongan dan dokongan untuk sentiasa ingat pada DIA.
julietchun...
lupa nak komen apa hihihi... katalah apa yang kamu nak kata... apa-apa aje.
LOL...
ingat-ingat lupa... bukan tak ingat tapi buat-buat lupa eemmm.... tepuk dada tanya selera.
fazemy...
hari berganti hari masa berdetik tanpa kita sedari bila alpa, leka, lalai dan lupa menguasai diri sama-sama saling ingat mengingati.
kts...
air semut tulah yang paling sedap hihihi... iye ker sedap
nurdaniella...
w'salam kak... geram juga dengan diri ni bila hati senang sikit jer... mulalah lupa diri. balik semula ke pangkal jalan... mintak-mintak tak lupa lagi...hihihi
azlin...
azlin apa kabar lama tak dengar berita... tengah bercuti ker..??
Mak Su...
betul tu Mak Su... nak melahirkan rasa kecintaan pada yang Esa bukan pekara ynag mudah berbagai godaan yang dicipta oleh syaitan laknat.
izan...
gingko biloba apa benda tu izan... sejenais jamu godok macam kat indon tu ker...hihihi
betul tu zan... kekadang kita perlukan makanan batiniah untuk santapan iman.
hey... kak lara dan muncul kembalilah mane menghilang merajuk ker...?? tapi ilyn tetap tak lupa pada akak...hihihi
betul betul betul... yang penting kita tahu apa yang kita lakukan... selagi kita berpegang pada tali Allah.
akhirnya...takut sampai menyalahkan pencipta pula=)
Perkataan "lupa" itu sebenarnya satu amaran untuk mengingatkan kita.
Ingat diri, maka ingat Tuhan. DIA tidak melupakan insan yang tidak sudah-sudah mengingatiNya.
Salam Naz :)
Insyaallah...
Kak tie akan cuba ingat...hu hu..
ilyn,
sunyi dan hening... tuan rumah gi mana harini... masak apa tuuu...hehe.. dtng nak mengacau niii...
bila dah ditimpa masalah baru kita teringat minta pertolongan...
tak suka kalau terlupa
cinta sesama manusia - bahagia
cinta kepada allah taala - syurga.
miliki kedua-dua - sempurna...
Nukilan sendiri ka? Nice ;)
Manusia mmg suka lupa...bila time susah, sakit baru nak ingat DIA...time senang alpa!
emm sy sokong ape yg awk tulis
asyima...
usah salah menyalah akhirnya tak sudah...
BR...
W'salam... 'lupa' walau datang tak di undang namun tetap bertandang...
tie...
Alhamdulillah sesama kita ingat memperingati...
izan...
haii... izan
memang sunyi sepi tanpa kata berbicara hanya hati yang nestapa meniti beberapa hari yang suram...
tengah sibuk rewang kenduri ni mehlah sini rewang sama nasi ambang...
Shais...
resam manusia terantuk baru nak terngada... kalau tidak buat selember jer macam tak punya DIA...
rynn...
keterlupaan membuat hati makin kelam...
AL-BIMA SAKTI...
cinta yang sempurna bukan milik kita hanya untuk DIA...
tintaHati...
Alhamdulillah bait-bait kata dari pena sendiri... terima kasih.
'lupa' membawa kealpaan kepada yang hakiki.
teddi...
haiii... adik teddi cayang kamu...:)
Catat Ulasan