CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Rabu, 4 Februari 2009

Senandung Bidadari Syurgawi

Gambar hiasan

Jika anda ingin mendengarkan nyanyian para bidadari, maka dengarkanlah beritanya sekarang melalui keterangan berikut...

Sesungguhnya para isteri ahli syurga benar-benar menyanyi untuk suami-suami masing-masing dengan suara mereka yang merdu belum terdengar oleh seorang manusia pun. Sesungguhnya di antara nyanyian yang disenandungkan oleh mereka ialah...

Kami wanita yang baik lagi cantik isteri kaum yang mulia.
Sementara mereka memandangnya dengan hati yang bahagia.
Kami adalah wanita yang kekal tidak akan mati
kami adalah wanita yang aman
tidak pernah rasa takut
dan kami adalah wanita yang bermukim
dan tidak pernah menghilang.

Isteri yang gemilang merupakan hiasan dalam jiwa dan minda seorang suami. Senyumannya menyerikan lagi semangat dan perjuangan dalam mengharungi bahtera rumahtangga. Isteri yang ingkar bagaikan duri dalam daging, menusuk setiap gerakan nadi, memamah jiwa dan raga, serta menularkan bahang keresahan dan penderitaan.

Isteri yang mengabaikan tanggungjawabnya akan menghancurkan harapan seorang suami. Agama Islam menganjurkan agar isteri mematuhi segala perintah suami jika berada di jalan yang diredhai. Sesungguhnya kederhakaan kepada suami yang soleh bererti menderhaki Allah dan RasulNya.

Semoga semua wanita para isteri mendapat perdoman dalam berbakti kepada keluarga untuk menuju kebahagiaan dunia dan akhirat, insya Allah.


Award ni buah tangan dari kak Tie memori seronoknya dapat award dari akak comey. Terima kasih bebanyak moga tirai persahabat yang telah di buka menjadi wadah untuk kita terus mengikat tali kelangsungan sahabat yang berpanjangan, insya Allah.

Dan semoga kak Tie teruskan menulis dengan air tangan yang menyenangkan dan mencuit hati para pembaca... seronok lepak kat laman kak Tie dan celoteh yang dinanti.

Award yang sama juga di terima dari kak Nurdaniella, terima kasih moga yang jauh dapat didekatkan dan yang dekat dieratkan, insya Allah.



8 Luah rasa:

Zureen berkata...

Setiap isteri kena patuh kepada suami ..selagi ia tidak melanggar hukum Allah.

ain berkata...

moga2 kita2 ni tergolong di antara isteri2 yg diredhai suami.

Tie berkata...

Oo...sedang berusaha untuk menjadi isteri mithali...hi hi...

Mekasi kerana sudi terima award tu...moga2 persahabatan kita terus berpanjangan....

julietchun berkata...

saya sedang belajar utk jadi anak mithali nih.

arryani berkata...

Sedang cuba ni...
Sentiasa berusaha dan terus berusaha..

S90 berkata...

aduhai, bila agaknya bidadari dunia akan bersenandung?
diri dah habis meraung.

Shais berkata...

sentiasa berusaha menjadi isteri solehah:)

noorlara berkata...

kalau nak jadik ketua kepada bidadari-bidadari suami kita di surga maka pastikanlah kita suami istei akan ke surga. masyaallah alangkah indahnya kehidupan itu nanti. Tapi bukan senang nak jadi isteri solehah selain ilmu agama kena sabar bebanyak. apapun suami main peranan membentuk sahsiah isteri.