CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Selasa, 10 Februari 2009

Puaka niyang rapik

Tengok kartun casper lagi best...

Baru-baru ni saya ada pulang ke kampung sebelah kanda. Kami ada melawat seorang pakcik yang sedang mengidap penyakit barah paru-paru kira-kira barah tu masih awal tahap tiga... kata orang masih belum terlambat lagi kalau nak berubat dan sekarang ni pakcik tu sedang menjalani kimoterapi.

Yang menariknya pakcik tu bercerita tentang saka belaannya kepada kami. Katanya beberapa hari yang lepas dia bertemu dengan hantu belaannya ketika berseorangan berbaring di atas katil dalam biliknya.

Perkara yang sama berlaku selama lebih kurang tiga atau empat hari berturut turut. Saya hanya mendengar secara sambil-sambil, sebenarnya pakcik tu beria-ia benar bercerita dengan kanda. Ada juga saya menyampuk sesekali bertanya betul ker yang dia nampak tu hantu.

Pakcik tu kata dia memang pasti yang dia nampak tu adalah hantu sebabnya dia hanya nampak dari kepala hingga ke bahagian dada jer selainnya takder termasuklah kaki. Hantu tu membelakangkan dia dan pakcik tu hanya nampak bahagian sisinya sahaja jadi dia hanya nampak mata yang merah dan keseluruhannya berwarna merah terang. Bukan seperti yang kita selalu lihat kat tv yang rambut warna hitam dan berpakaian putih.

Pakcik tu kata lagi dia bercakap dengan hantu tu tapi hantu tu diam jer perkara ni berlaku ketika pakcik tu lepas menunaikan solat zohor kemudian pakcik tu berbaring seketika. Pakcik tu kata lagi dia mendapat saka ni dari bapanya yang telah meninggal dunia beberapa tahun lalu.

Dan dia taknak membelanya lagi sebab keuzuran yang kian mencengkam dan berhasrat hendak mengwariskannya pada keturunannya. Tapi mungkin bukan seberangan orang yang akan diberikan mungkin ada syarat-syarat yang tertentu... itu saya tak sempat nak tanya Allahualam.

Kanda ada juga bertanya apa makanan yang harus diberikan kepada hantu itu... pakcik tu kata hanya memberikan dia makan dengan membacakan ayat Al-Fatihah pada setiap malam jumaat dan barang perantaraannya adalah sebilah keris lama yang kecil. Tuan yang baru harus mengambil keris itu kemudian membalutnya dengan kain kuning dan diikatkan di pinggang dan dibawa tidur sebagai tanda perkenalan dengan tuan yang baru.

Jikalau tuan yang baru taknak simpan di rumah keris itu bolehlah dibuang atau diletakkan disuatu tempat dan setiap malam jumaat datang ketempat tersebut dan dibacakan Al-fatihah. Kata pakcik tu lagi kalau kita bela saka ni dia akan menjaga kita dari sebarang jangguan fizikal, menjaga kebun, harta benda dan hantu itu akan menegur kalau kita hendak membuat sesuatu perkara yang buruk.

Pada pendapat saya yang menyebuk ni hantu belaan pakcik tu keluar menunjukkan diri sebab merasakan tuan yang menjaganya itu telah uzur dan sudah tidak dapat memberi makan kepadanya atau sebagainya dan meminta dicarikan tuan yang baru dan itu jugalah yang di fikirkan oleh pakcik itu.

Apa yang nak saya tekan di sini ialah syirik hukumnya adalah haram. Segala ibadat atau perbuatan berupa perkataan atau perbuatan, yang lahir atau ynag batin meliputi doa, solat, nazar, korban, rasa takut, pertolongan, perlindungan dan sebagainya harus ditujukan hanya kepada Allah tidak kepada yang selainNya sebagaimana firman Allah Ta'ala,

"Hanya kepadaMulah kami beribadah dan hanya kepadaMulah kami meminta pertolongan." (Al-Fatihah: 5 )

Di sebabkan gambar hantu yang sebelum ni terdapat di bawah posting ni begitu menyeramkan sehingga ada tetamu yang hendak mengomen terbantut tak jadi nak mengomen jadi dengan rasa berbesar hati saya memadam gambar tersebut agar tetamu mengomen rasa lebih aman... harap maaf.













29 Luah rasa:

Mak Su berkata...

aiyo... cemana pun rasanya tetap tak betul, ek

nurdaniella berkata...

salam naz, nasib baik la makanannya cuma al-fatihah.. kalau mintak pulut kuning dengan rendang ayam, kan susah.. huhu.. tapi, kalau orang nak bagi free pun akak tak nak.. menyusahkan hidup akak dan keturunan jer, kann..

naz ilyn berkata...

Mak Su...

betul betul betul... haram tetap haram walau apa alasan sekali pun..

`````````````````````````````````````

nerdaniella...

macam-macam cara syaitan nak memesongkan akidah kita... kalau orang yang cetik ilmu agama mesti dah terpedaya...

ain berkata...

benda ni semua salah di sisi agama.

julietchun berkata...

sib baik ltk kat bwh gamba tu, kalo ltk kat atas mau bc tajuk ngan tgk gamba je,hahhaa. Bela ayam ke, kucing ke, iguana ke lagi bgs la.

Tie berkata...

Huh?

Ada ke antu makan bacaan surah Al-Fatihah?? Sedangkan Jin pun makan tulang....

Konfius...konfius....

naz ilyn berkata...

ain...

sudah terang lagikan bersuluh...

naz ilyn berkata...

julietchun...

sebab tulah akak letak kat bawah supaya adik chun boleh masuk blog akak... seramlah tuuu hihihi

naz ilyn berkata...

tie...

saya pun kurang arif dengan makanan benda-benda yang tak nampak ni jangan dia mintak kfc sudah... selera Amerika... hihihi

ima berkata...

macam tak caya je hantu makan Al- Fatihah...apa2 pun semua ni salah disisi agama.

naz ilyn berkata...

salam...

tu yang saya katakan tadi kalau syaitan nak menyesatkan manusia macam-macam cara... ada juga yang terpedaya.

noey.rania berkata...

eeee seram tul
noi pun bg free pun x nak

naz ilyn berkata...

noey.rania...

hey... noi akak lepas jer jumpa pak cik tu balik terus tak boleh nak lelapkan mata... geram betul tengok kanda selamba badak jer tido siap boleh takutkan kita lagi... nyampah betul.

LotsOfLove-Pearls berkata...

Salam berkunjung..
seram plak aku citer pakcik..
ngeee..

**aku penakut benda cam tue..

ku tak sempurna berkata...

ishhhhh...

org dulu2 mmg byk yg memBELA...

kononnya utk jaga harta, diri..

akhirnya memakan diri...

naz ilyn berkata...

LotsOfLove-Pearls...

akak ni ikut angin kekadang tu berani lar sangat kekadang tu takut ngalahkan budak kecil... hihihi

"abg jgn lar tido... tunggulah sy tido dulu baru abg tido.. huhuhu"

naz ilyn berkata...

kts...

orang dulu-dulu bela hantu raya untuk jaga kebun dan kalau kita tengok balik... orang dulu-dulu tebang hutan dengan tenaga sendiri kekadang tu macam tak masuk akal boleh buka kebun berekar-ekar...

izan berkata...

ilyn,

lagi nak lari jauh dari niyang rapik. tak larat nak tengok apalagi nak bawak sana sini...langkah seribu adalah. hihi..

nak masak apa keli tu... buat belada cili hijau/cili merah... waduuu makcik kat belakang tu dah mula dahhh kalau pasal makan laju aje tu (tak mengaku makcik ni...)

naz ilyn berkata...

izan...

penakut gak izan ni yer sama dengan ilyn... hihihi

biasalah orang minang ni selain masak lomak cili api, goreng berladolah yang menjadi pilihan..

ilyn tak payah beli ikan keli ni kat rumah mertua ada bela ikan keli suami ilyn yang jaga... kalau nak makan abik jer... suka gak tolong tengok jer...

tu yang teringin nak buat perniagaan sendiri suatu hari nanti tak kiralah apa-apa pun bela ikan keli pun bagus gak...

iNsaN BiaSa berkata...

ala sis...xsuka tgk citer seram2 ni..kalu tgk pun di balik jari jemari ku...huhuhuu

naz ilyn berkata...

insan biasa...

hihihi... ku melihat di celahan jejari manis ku

Zureen berkata...

Waaa..meremang bulu roma bila baca cerita seram2 macam ini...

nurdaniella berkata...

salam ilyn.. ni link baru akak.. jangan lupa singgah.. mintak2 ok la lepas ni.. http://kisahhidupseorangaku.blogspot.com/

naz ilyn berkata...

zureen...

yang baca meremang apa lagi yang sendiri mendengar dengan dua cuping telinga ni..

naz ilyn berkata...

nurdaniella...

kak... masih tak boleh lagi lah... macam mane ni...

LotsOfLove-Pearls berkata...

Naseb baek abang sudi temankan..
huhu..

aloy_paradoks berkata...

assalammualaikum..gua nak tengok gambar tu beb,,boleh la,,,,

naz ilyn berkata...

LotsOfLove-Pearls...

bukan abang yang temankan tapi akak yang teman kan dia... hihihi tapi suka jer nak menyebuk.

naz ilyn berkata...

aloy...
w'salam... cite ni sebenarnya belum abis lagi... lain kali sy sambung ada cite tentang gambar antu yang pakcik tu nampak.

tentang gambar tu sy tepek jer gambar antu yang berlambak kat laman web.