CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS �
Memaparkan catatan dengan label ishhhh... seram. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ishhhh... seram. Papar semua catatan

Selasa, 10 Februari 2009

Puaka niyang rapik

Tengok kartun casper lagi best...

Baru-baru ni saya ada pulang ke kampung sebelah kanda. Kami ada melawat seorang pakcik yang sedang mengidap penyakit barah paru-paru kira-kira barah tu masih awal tahap tiga... kata orang masih belum terlambat lagi kalau nak berubat dan sekarang ni pakcik tu sedang menjalani kimoterapi.

Yang menariknya pakcik tu bercerita tentang saka belaannya kepada kami. Katanya beberapa hari yang lepas dia bertemu dengan hantu belaannya ketika berseorangan berbaring di atas katil dalam biliknya.

Perkara yang sama berlaku selama lebih kurang tiga atau empat hari berturut turut. Saya hanya mendengar secara sambil-sambil, sebenarnya pakcik tu beria-ia benar bercerita dengan kanda. Ada juga saya menyampuk sesekali bertanya betul ker yang dia nampak tu hantu.

Pakcik tu kata dia memang pasti yang dia nampak tu adalah hantu sebabnya dia hanya nampak dari kepala hingga ke bahagian dada jer selainnya takder termasuklah kaki. Hantu tu membelakangkan dia dan pakcik tu hanya nampak bahagian sisinya sahaja jadi dia hanya nampak mata yang merah dan keseluruhannya berwarna merah terang. Bukan seperti yang kita selalu lihat kat tv yang rambut warna hitam dan berpakaian putih.

Pakcik tu kata lagi dia bercakap dengan hantu tu tapi hantu tu diam jer perkara ni berlaku ketika pakcik tu lepas menunaikan solat zohor kemudian pakcik tu berbaring seketika. Pakcik tu kata lagi dia mendapat saka ni dari bapanya yang telah meninggal dunia beberapa tahun lalu.

Dan dia taknak membelanya lagi sebab keuzuran yang kian mencengkam dan berhasrat hendak mengwariskannya pada keturunannya. Tapi mungkin bukan seberangan orang yang akan diberikan mungkin ada syarat-syarat yang tertentu... itu saya tak sempat nak tanya Allahualam.

Kanda ada juga bertanya apa makanan yang harus diberikan kepada hantu itu... pakcik tu kata hanya memberikan dia makan dengan membacakan ayat Al-Fatihah pada setiap malam jumaat dan barang perantaraannya adalah sebilah keris lama yang kecil. Tuan yang baru harus mengambil keris itu kemudian membalutnya dengan kain kuning dan diikatkan di pinggang dan dibawa tidur sebagai tanda perkenalan dengan tuan yang baru.

Jikalau tuan yang baru taknak simpan di rumah keris itu bolehlah dibuang atau diletakkan disuatu tempat dan setiap malam jumaat datang ketempat tersebut dan dibacakan Al-fatihah. Kata pakcik tu lagi kalau kita bela saka ni dia akan menjaga kita dari sebarang jangguan fizikal, menjaga kebun, harta benda dan hantu itu akan menegur kalau kita hendak membuat sesuatu perkara yang buruk.

Pada pendapat saya yang menyebuk ni hantu belaan pakcik tu keluar menunjukkan diri sebab merasakan tuan yang menjaganya itu telah uzur dan sudah tidak dapat memberi makan kepadanya atau sebagainya dan meminta dicarikan tuan yang baru dan itu jugalah yang di fikirkan oleh pakcik itu.

Apa yang nak saya tekan di sini ialah syirik hukumnya adalah haram. Segala ibadat atau perbuatan berupa perkataan atau perbuatan, yang lahir atau ynag batin meliputi doa, solat, nazar, korban, rasa takut, pertolongan, perlindungan dan sebagainya harus ditujukan hanya kepada Allah tidak kepada yang selainNya sebagaimana firman Allah Ta'ala,

"Hanya kepadaMulah kami beribadah dan hanya kepadaMulah kami meminta pertolongan." (Al-Fatihah: 5 )

Di sebabkan gambar hantu yang sebelum ni terdapat di bawah posting ni begitu menyeramkan sehingga ada tetamu yang hendak mengomen terbantut tak jadi nak mengomen jadi dengan rasa berbesar hati saya memadam gambar tersebut agar tetamu mengomen rasa lebih aman... harap maaf.