CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Jumaat, 6 Februari 2009

Gila-Gila Remaja

Bercinta sebelum waktunya ishhhh... nak kena budak-budak ni...

Bila kita sebut pasal cinta di kalangan anak-anak remaja ada sebahagian ibu bapa teutamanya ibu mula pening kepala bagaimana hendak menangani permasalah tersebut. Semua remaja yang masih di alam persekolahan sedikit sebanyak akan terkena tempias tersebut.

Permasalahan cinta remaja ni bukan hanya berlaku di kalangan remaja peringkat menengah tetapi seawal sekolah rendah lagi perkara ini juga terjadi. Banyak yang kita dengar tentang masalah cinta yang terus berlarutan hingga ke tahap yang membimbangkan sehingga berlakukan perkara di luar batasan seorang kanak-kanak sekolah.

Ishhhhh... apalah yang saya melalut sampai macam tu sekali ni... menulis dalam keadaan yang terlalu serius nanti sakit kepala. Menulis secara santai dan bersahaja bagi saya terlalu sukar tapi saya mesti cuba sebab berblog ni untuk menceriakan hati, minda dan mengisi masa senggang.

L : k... la kite jumpe kat sek nanti gud nite semoga ko dpt mimpi yang indah mlm nie.

P :
k... jgn lpe ea coklatnye... nite n swet dream... MMUAHH

Di atas adalah sms yang tertera di dalam sebuah telepon tangan seorang remaja sekolah menengah berusia 14tahun. Mereka juga rakan sebaya di sekolah berasrama dan menduduki kelas aliran agama di sekolah mereka tetapi berlainan kelas.

Sebagai seorang yang dewasa atau dari kaca mata seorang ibu yang membaca apakah yang anda fikirkan...? Apakah ada kata-kata positif yang boleh dikatakan...? Apakah sebagai seorang ibu anda berkata NO!!!...? Apakah kata-kata nasihat yang seharusnya anda tarbiah kepada anak anda...? Bagaimanakah pendapat anda...???

Anda boleh memberikan segala pendapat, komen dan sebagainya di ruangan komentar. Segala pendapat, buah fikiran dan komen anda amat diharapkan sila masuk dan katalah apa yang ingin anda katakan.





22 Luah rasa:

~Eila @ Along~ berkata...

budak2 skang ni..kecik2 dah diberi handset..gitulaaa..kite dulu mana ade bende2 ni sumer..bila technologi makin maju..remaja cepat matang dr usia..sebagai ibu bapa kena pantau kegiatan anak2..setakat cinta sekolah2 tuu..biasa la..jgn buat hal bukan2..sudah la..

Tie berkata...

Ha ha.....bagi kak tie cinta gitu2 yang innocent melucukan...kalau sama2 punya akal dan boleh kawal diri, mungkin tak membimbangkan.

Ibunya boleh menasihatkan batas2 pergaulan, galakan menanam cita2 yang diminatinya, dan boleh juga tanya serba sedikit mengenai temannya tu....(konon2 minat laa...hi hi..)

Boleh juga katakan padanya, "esok2 di U, tak larat nak pilih laa, girls jauh lebih ramai...baling batu tutup mata pun dapat seorang dua, free...hi hi..."

Yang kak tie bimbang bila girls yang over ni...yang jauh lebih dasat fikirannya....takut betul....

ain berkata...

budak2 sekarang ni agak daring bab2 cintan cintun ni. Mungkin kita sebagai ibu bapa kena memantau mana2 yang patut agar tidak keterlaluan. Masa yang sama, jgn terlalu mengongkong. Depa tak suka pulak. Jangan sampai dah jd bubur baru nak pantau...habis la.

-SRISUFI- berkata...

SALAM SIS

hehehe..
teringat zaman sekolah dulu...sib baik tak berbabas result..hehe

itu lah bak kata Hang Tuah..takkan Melayu hilang di dunia...namun norma2 keMELAYUAN itu semakin pudar dek arus globalisasi..

nak salahkan siapa kan sis?

Fara berkata...

Hehehe sehati dgn SRISUFI. Teringat time sekolah2 dulu. Tp Fara dulu klu ada pakwe ke ada org ngorat ke sume citer kat mama. Mama sporting...Time mama g amik report kad kt sekolah time tu la mama cari "budak" ni. Bukan nk belasah ke ape...tarbiah ape yg patut. Yg best nya siap jumpe "bakal besan" hahaha. Tp x de la smpai bersms mcm tu...takat kol2 kt rmh je. Ms tu hp x de lg :)

Bila dh smbung blajar...pandai2 la bw diri. Tp serius Fara mmg xde rahsia dgn mama. Sume citer. So, Fara rasa anggap anak sebagai kawan lebih mudah nk tegur n mudah nk terima.

Jgn terlalu mengongkong dan jgn terlalu biarkan.Pantau gerak geri dia klu mcm terlebih sudah tegur dgn serius. Supaya dia faham kesalahan dia. Heeeee bercakap dr pengalaman:)

S90 berkata...

sy rasa ibu bapa harus lebih tolak ansur bab2 mcm ni.

ikut cara masing2, tp mengongkong atau menghukum cuma akan menambah lagi masalah.

silakan yg lain2 dulu, nnti sy tambah lg.

Aidahs berkata...

same thing with my niece.. she have the guts nak tanya pasal.. which pakwe dia nak pilih with me...

Nak jawab camne tah.. nak maki bukan anak sedara kita.. laki kita punya.. nak kasik nasihat takut salah nasihat... ish ish ish

nurdaniella berkata...

naz, terkadang takut nak komen lebih2 sebab anak2 akak pun dah nak menginjak remaja.. takut berbalik pada diri sendiri pulak..

Moon berkata...

hoho.
terase gile.
but mein bf x prnh satu skool.

ima berkata...

cinta cintan anak sekolah ni...tak bolehlah nak mengongkong sangat,ibubapa mesti sentiasa mengingatkan anak2 batas2 pergaulan dan matlamt sebenar seorang pelajar...itulah yang lebih utama.dan setuju dengan pendapat tie tu...

izan berkata...

naz,

itulah zaman skrg....sebgi ibu bapa kena pantau juga bagi nasihat. zaman sekarang bukan seperti dulu nasihat kias, zaman sekarang kena cakap terang2 sbb mereka lebih pandai dari kita. izan bagi nasihat secara terang sebab dan akibat. cara kias banyak sngt soalan nak tahu kenapa dan mengapa.

izan pun termasuk dalam kategori ibu yang takut perkara2 negatif...

Mak Su berkata...

ouhh.. mmg sakit jiwa dengan masalah gila gila remaja

naz ilyn berkata...

~Eila @ Aong~

handset dah menjadi satu keperluan kalau tak kasi nanti tak boleh pulak... kalau pergi mana-mana susah nak call... cuma kita kena pantau sebelum jadi hal yang bukan-bukan.. risau ni...

`````````````````````````````````````

tie...

harap-haraplah dia boleh kawal diri... itulah janji dia.

tapi girl tu asik hantar msj jer satu hari sampai 3-4x macam mane tu..??

sian pulak dia asik kena bebel jer.. moga dia paham yang ibu dia risaukan dia..

naz ilyn berkata...

ain...

tegur-tegur juga tapi dalam hati takut dikatakan mengongkong pulak... kalau setakat kawan-kawan takper lahkan... kita orang tua pun paham.

`````````````````````````````````````

srisufi...

pelik dan hairan seolah-olah sifat malu makin pudar dalam diri...

naz ilyn berkata...

Fara...

nak ditegur anak orang... kata orang biar kita tegur anak sendiri dulu baru boleh tegur anak orang...

`````````````````````````````````````

S90...

taklah sampai nak menghukum cuma handset kena ambil balik jer...

naz ilyn berkata...

Aidahs...

tu yang buat akak pening ni... tak tau nak cakap apa... nak tak nak kene slow talk cakap dari hati ke hati... jangan dia kecil hati sudah.. semuanya untuk kebaikan dia juga.

nurdaniella...

takper kak ni memang suruh komen bukan mengata orang lain...

naz ilyn berkata...

moon...

nasib baik satu sekolah dibuatnya satu kelas...hihihi nyaya langsung tak boleh nak belajar.

``````````````````````````````````````

ima...

harap-harap tidak mengongkong dia cuma bagi nasihat...

naz ilyn berkata...

izan...

ni tegur dah tak pakai kias-kias lagi izan kasi terus paham jer... bila msj dari girl tu sampai hati mulalah risau mulut ni mesti nak berbunyi...

`````````````````````````````````````

Mak Su...

bukan sakit jiwa lagi tapi buntu jadinya... sampai dia kata ibu jer yang pikir bukan-bukan pandailah kita selesaikan... gitu pulak dia cakap...

Tie berkata...

Ilyn, kalau tahu no girl tu, elok tel dia sendiri dan beritahu apa yang Ilyn tak puas hati.

Perbuatannya itu hanya mengganggu je.... Mungkin ini dapat menyedarkan girl tu, supaya dia tahu ibu orang yang dia minati itu tidak suka...hi hi...

naz ilyn berkata...

kak tie...

niat memang nak buat macam tu gak... geram rasanya... girl tu cakap nape tak balas msj arrgghhhhhhhhh... sampai dia nak patahkan sime kad supaya sy tak risau lagi dan percaya pada dia...

handset dia sy yang pegang sekarang mungkin kena tukar no lain...

p/s: terima kasih kak tie kerana membantu dan memberi sokongan...

Shais berkata...

takut rasanya bila tengok budak-budak sekarang semuanya advance.

naz ilyn berkata...

shais...

memang amat membimbangkan... seoah-olah mereka boleh lakukan apa saja tanpa memikirkan sesuatu.