haiiilah pokok berapa punya lamalah kau dah duduk kat sini... Tanya sana pokok
apa sebab goyang
nanti jawab pokok
angin yang goncang
tanya sama langit
apa sebab hujan
nanti jawab langit
tanyalah awan
awan nanti kata
aku kandung air
sampai tempat sejuk
aku pun cair
tengok dalam air
nampak bayang-bayang
campak satu batu
bayang pun hilang
Tanya sama hati
apa asal sayang
adakah tandanya nampak di pandang
kumbang rayu bunga
bulan dan bintangnya
punya tanda tanya
hubungan mesra...
Tanya sama hati
pernahkah merindu
ingat masa lena
apa mimpimu
masa berjauhan
apa nan dikenang
bila difahamkan
itulah sayang...
kuntuman kasih
tak mungkin kembang
andai jemu menanti rindu
jambangan mesra tentulah layu...
P.Ramlee & Normadiah
Itulah Sayang

