CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Ahad, 18 Mei 2008

TAK KENAL TAK CINTA



Sedang aku melayari blog-blog di internet, tiba-tiba ingatan aku terimbau kembali detik mulanya aku berkenalan dengan dunia blogger,lalu jatuh cinta pandang pertama.Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal.
Sehinggalah terciptanya blog lurah rasa.Sebenarnya sebelum ni aku tak pernah tau pun tentang blog ni,dengar pun tak pernah.Semuanya bermula selepas pilihan raya ke12,8 Mac yang lalu.Dari apa yang aku baca di internet ramai golongan muda dan profesional mendapat maklumat tentang pilihan raya di laman-laman blog.
Dari situlah aku mula tertanya-tanya apa itu blog,kenapa ia begitu dekat dengan sesetengah golongan.Kalau internet tu taulah,itupun masa kanda baru beli komputer dia terus daftar internet, tapi sayang buah kepayang dibuang pahit ditelan sayang,rupanya hayatnya tak lama adalah dalam setahun, lepas tu perkhidmatan internet ditamatkan atas sebab yang tak dapat dielakkan.
Seingat akulah, dulu kerajaan pernah membuat kempen satu rumah satu komputer sehinggakan kerajaan memberi kemudahan untuk membuat pinjaman pembelian komputer dan juga skim pengeluaran wang KWSP .
Apa lagi kanda aku pun tak lepaskan peluang yang terbentang di depan mata.Almaklumlah masa tu rasanya tak mampu lagi nak beli.Aku siap ambil krusus komputer lagi,yang ditanggung sepenuhnya oleh kanda tersayang.
Waktu tu kanda dihantar oleh TNB berkrusus selama dua tahun di ILSAS UNITEN.Jadi sebagai mengisi masa lapang aku pun belajar komputer dan anak sulung aku baru lima tahun pada ketika itu.Aku berterima kasih banyak-banyak pada kerajaan kerana memberi peluang kepada orang seperti aku merasa tercelik dan tersentap betapa perlunya dunia maya tanpa sempadan.
Semuanya kami buat demi masa depan anak-anak, supaya mereka tidak buta iT dan tercicir dari dunia berteknologi tinggi.Ramai juga jiran-jiran tetangga aku buat keputusan begitu.Aku perhatikan lepas sebuah rumah, sebuah rumah lagi.
Kadang-kadang tu terfikir juga dibenak aku, seolah-olah berlumba pulak beli komputer,masing-masing tak mahu ketinggalan merebut peluang yang ada.Tapi.... itu tujuh tahun yang lalu sekarang boleh dikira dengan jari berapa kerat sangatlah yang masih ada lagi komputer.
Em...sekarang nak tahu tak macam mana aku boleh mencipta blog aku sendiri.Pada suatu hari tu seperti biasalah aku menonton MHI di Tv3,pengacaranya Wardina sedang berbincang dengan tertamu jemputannya topik bagaimana mencipta sebuah blog.Ah.... dari situlah aku cuba berlajar mencipta blog.
Tekan punya tekan,jadi da...boleh tahan pandai juga aku ni.Aku ni sebenarnya tak pandai,eh...bukan,kurang pandai almaklumlah belajar tak tinggi cuma sampai SPM jer tapi aku cukup suka menulis seolah-olah segala bebanan kerja kat rumah ni berlalu begitu saja,ringan rasanya kepala otak aku ni bila dapat meluahkan segala yang terlintas,terbuku ,terpendam dalam senubariku ini.
Ada satu lagi yang aku nak cakap,kat komputer ni semuanya cakap omputeh,tak semena-mena aku kena beralih bahasa indon pulak,habis bahasa melayu tak ada.Tapi kata orang alah bisa tegal biasa.Diblog aku ni belum lagi menarik tapi Insyaallah aku akan cuba memperbaikinya dari masa kesemasa.
Yang bagusnya anak-anak aku pun dah berminat nak mencipta blog.Masing-masing sibuk mengadap komputer,lepas sorang,sorang.Nampaknya cuti sekolah setengah tahun ni tak payahlah aku pening kepala fikir nak bawa mereka pergi bercuti,sebab mereka tak bosan duduk di rumah ada perkara yang mereka nak lakukan.
Tapi mungkin aku bawa mereka balik kampung.Buat pengetahuan semua,kalau nak melakukan sesuatu tu buatlah dengan hati yang ikhlas biar ianya datang dari dalam diri kita sendiri dan jadilah diri kita.

0 Luah rasa: