CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Selasa, 29 Julai 2008

AKU...? ADALAH AKU

Sejak negara digemparkan dengan kes liwat DSAI dan sebelum itu tentang pembabitan DSN dan isteri dengan kes pengeboman wanita mongolia dan juga kisah perdebatan antara Menteri Penerangan dengan DSAI aku seakan lupa dengan blog aku sendiri. Setiap masa kelapangan akan ku layari blog-blog yang memperkatakan tentang hal-hal itu juga tentang arus politik negara.Pelbagai ulasan-ulasan yang diberikan semuanya amat menarik minat aku, aku begitu tertarik sekali. Semuanya melontarkan pandangan dan pendapat masing-masing mengikut fakta atau pendapat peribadi. Tak kurang juga yang terlalu emo, sehingga memberi komen yang kurang sedap didengar dan terlalu kasar, tapi tak ape, semua orang berhak untuk berkata apa saja. Kadang-kadang tu kalau sehari tak sempat membaca blog tersebut rasanya macam tak mandi. Aku biasalah.... hanya menbaca untuk mengisi masa lapang sambil mengetahui berita-berita terkini. Kalau nak memberikan ulasan tentang arus politik negara rasanya tak kot...takuuut...takut terkeluar dari tajuk. Di blog aku, aku bukan bercerita tentang dunia politik, tapi bercerita tentang dunia kehidupan yang sebenar dari kaca mata seorang suri rumah dan ahli masyarakat. Dari ruang lingkup yang lebih kecil, tapi...jangan sangkal keujudan kami, kerana kami...kami..kami... inilah yang bisa mengecilkan kadar siosial di negara ini. Aku ada juga rasa segan dengan blog aku ni, sebab macam karangan bebudak sekolah jer, orang nak baca pun tak berselera. Aaahhh...itu tak penting yang paling penting inilah... aku, dan inilah duniaku, aku tak hipokrit. Aku ni berlajar tak tinggi mana setakat spm jer itupun pangkat 2 jer sekolah aje yang tinggi empat tingkat, tapi tak per dah setakat tu jer yang aku mampu.Anak-anak kan ada bolehlah mereka meneruskan perjuangan yang belum selesai tu. Biarlah orang-orang yang berhak, berkata tentang politik ni, aku ni hanya tempilan jer. Tapi aku tetap suka dengan dunia politik, sssebbbab aku adalah bekas bendahari wanita umno di tempat aku eehh...eh..eh...aku baru melepaskan jawatan, sebab aku setuju dengan kanda kerana masanya belum sesuai untuk aku menceburkan diri dalam dunia politik, anak-anak dan keluarga masih memerlukan perhatian yang kusus dari aku. Perjalanan masih jauh dan masih ramai lagi orang yang mempunyai kelapangan untuk meneruskan dan aku tidaklah terlalu ghairah mengejarnya.
Wassalam...

2 Luah rasa:

Tanpa Nama berkata...

dari coretan puan..... menarik untuk di baca....dalam kesibukan rumahtangga masih lagi sempat mencari khabar berita.perihatin isu semasa.......be what u r ....betul....ramai yang menjadi orang lain...itu masaaalah nye.

berdasar coretan puan u r people oriented type.... insyaallah apabila anak anak dah besar saya pasti puan akan kembali kedalam masyarakat..sifat puan yang bersifat kekeluargaan. ....aset pada diri puan..sensitiviti puan ...puan mungkin seorang pendengar yang baik...bertertib dari susunanan ayat...puan mungkin seorang yang berdiplomasi dalam pendekatan.....dengan suasana femini blog puan seorang yang damai..insyaallah puan satu hari nanti berperanan dalam masyarakat...

salam

naz ilyn berkata...

anon..
Terima kasih singgah..macam nujum pak belalang..:)

Begitulah hendaknya..bukan semua yang kita harapkan di dunia ini akan tercapai..jalaninya dengan tenang dan sabar..walaupun ianya tidak seperti yang diharapkan..

Segala yang berlaku di dalam bidangNya..kita seharusnya mendahulukan perkara yang perlu didahulukan..