CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Isnin, 2 Jun 2008

CUTI SEKOLAH


Abang dengan kakak sibuk siang ikan.Chef Shaqira cilik ambil giliran memasak.


Ikan kecil pisau gergasi



Teknik siang ikan yang dicipta oleh Shafiq.




Tangis sedih mengenang hasil tangkapan yang terkorban ditangan sendiri.





Shafiqa siang ikan hasil dari kailnya sendiri.


Minggu pertama cuti persekolahan sudah pun berlalu, aktiviti anak-anakku adalah memancing, tapi sayang sekali aku tak dapat merakamkan.Aku hanya duduk di rumah bersama dengan shaqira, di rumah bonda
.Memang niat kami sekeluarga balik ke kampung untuk pergi memancing.
Aku tak ikut serta kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.
Cuaca tak menentu sejak dalam perjalanan balik ke kampung lagi, hujan renyai-renyai kadang-kadang lebat, tapi tak mematahkan semangat kandaku dan anak-anak, mereka masih hendak pergi memancing juga,dah ku tegah tapi tak jalan.

Almaklumlah sehari sebelum bertolak mereka dah bersiap sedia dengan pancing masing-masing.Dah baiki pancing, juga menyediakan peralatan yang diperlukan.Kanda ditugaskan mencari cacing sebagai umpan,bersemangat sungguh.Siddiq pun ada pancing sendiri,boleh ke anak aku yang berusia lima tahun ni menaikkan ikan? Dengar cerita kailnya pun mengena....alamak mesti bising mulut dia,kegembiraan.

Mana taknya sampai saja di rumah masing-masing sibuk cerita tentang apa yang mereka lalui.Tempat yang mereka pergi tu taklah jauh sangat dengan rumah bonda aku dan nama Tanjung Sedili pun bukan asing bagi aku sebab aku bersekolah di sana dulu.Selepas balik dari memancing aku pun bersiap untuk pulang ke Layang-Layang.

Dalam kereta masing-masing menyepikan diri kepenatan.Keesokan harinya di rumah tugas menyiyang pun di lakukan oleh anak-anakku.Aku kata, kalau malas nak siang ikan lain kali tak payah pergi menancing lagi, tu yang mereka semangat siang ikan hasil tangkapan mereka.

Akulah yang goring, petang kanda balik sibuk tanya dah masak ke ikan tadi? Amboi... bukan main selera lagi macam makan daging kijang.Ialah seharian berpenat lelah tibalah masa menikmatinya.Yang mengelikan hatiku apabila Shafiq merasakan dirinya terlalu kejam nak menyiyang ikan.

Tu yang duduk relex sekejap di tangga, menenangkan fikiran, sampai dia tak menyentuh pun ikan yang siap digoring.Minggu kedua cuti persekolahan adalah masa untuk menyediakan persiapan untuk memulakan hari persekolahan.Kasut perlu dibasuh, baju perlu digosok, tugasan sekolah perlu di pastikan siap.

Apa pun aktiviti yang dilakukan masa cuti sekolah perlulah dilakukan bersama-sama ahli keluarga.Ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak walau sesibuk mana sekali pun.Tak semestinya pergi bercuti di tempat-tempat peranginan, lakukan mengikut kemampuan masing-masing walaupun tak mengeluarkan perbelanjaan.
Fikirkan sesuatu yang lebih bermakna.




0 Luah rasa: