CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Selasa, 3 Jun 2008

SALAHKAH IBU DERHAKAKAH ANAK

Sejak akhir-akhir ni banyak aku dengar tentang kehilangan kanak-kanak.Di tv di radio juga di media-media cetak semuanya menceritakan topik yang sama.Bermacam usaha yang dijalankan oleh pihak berkuasa dan juga pelbagai cadangan yang diutarakan oleh mereka-mereka yang cerdik pandai tak kurang juga yang hendak membantu dengan memberikan maklumat yang benar dan juga yang tak benar, tapi tunggulah akibatnya nanti dah terbukti.




Berat mata memandang berat lagi bahu yang menggalasnya. Ibu bapalah orang yang tak keruan, terutamanya sang ibu yang mengandung dan melahirkan, bersekang mata merawat anak dikala sakit tiba-tiba anak yang ditatang bagai minyak yang penuh hilang sekelip mata. Tak kurang juga cerita tentang remaja yang lari dari rumah kerana memberontak terhadap kedua orang tua atau mengikut kekasih hati, kalau warga tempatan takpe juga ni warga asing atau PATI. Siapa yang merana dan terseksa? kalau bukan ibu dan bapa.




Di rumah orang tua-tua lain pulak ceritanya. Orang-orang tua yang tersisih dan disisih oleh anak-anak, menanti dan berharap agar suatu hari nanti ada sinar bahagia yang menyelubungi hidup mereka sekeluarga bersama-sama anak-anak, menantu dan cucu-cucu yang disayangi.Paling tak pun menumpang kasih sayang seketika cuma dari orang-orang yang berkunjung.






Tapi cerita yang nak aku kongsikan bersama ni agak pelik sikit, ianya di ceritakan oleh sahabatku.Begini...seorang ibu dalam lingkungan pertengahan lima puluhan dan suami dalam lingkungan awal enam puluhan.Si suami berkahwin dua, isteri muda diberi sebuah kedai makan untuk menampung hidup untuk membesarkan anak seorang dan tinggal di rumah sewa di sebuah taman perumahan di tengah bandar.Isteri tua tinggal di sebuah felda dengan hasil kebun.Si suami sudah tidak berkerja lagi, siang di rumah isteri muda malam di rumah isteri tua.Pasangan suami isteri ini selalu sakit-sakit iaitu suami dan isteri tua.Rumah isteri tua dah uzur hampir menyembah bumi, itu menyebabkan suami kadang-kadang seminggu sekali baru balik.






Semenjak suami berkahwin lain hidup isteri seolah-olah macam dunia dah kiamat hilang segala kecerian di wajah siang dan malam asyik memikirkan suami yang tak balik.Keadaan rumah yang sempit tidak menghalang dari anak-anak dan cucu datang bermalam ke rumah atuk dan nenek mereka.Kalau dikira sudah hampir belasan tahun lamanya.Yang di harapkan cuma menantu lelaki kepada anak yang ke tiga, sebab anak pertama, perempuan sudah lama bercerai, anak kedua ikut suami ke Pantai Timur dan anak yang bongsu lelaki tinggal di kuala lipis pahang.Jadi segala masalah terpaksa meminta bantuannya lagi pun anaknya tak berkerja, walau pun anak perempuannya tak berkerja hidup mereka boleh dikatakan senang berbanding dengan anak yang lain kerana menantunya seorang yang kuat berkerja dan rajin.Kalau balik ada saje kerja yang nak disuruhnya, suruh itulah inilah tapi menantunya tak pernah merungut walau pun penat dalam perjalanan belum hilang.Perjalanan ke rumah ibu mertuanya mengambil masa tiga jam perjalanan mana penat baru balik dari kerja lagi, maklumlah lepas kerja terus aje bertolak.




Tapi yang membuat hati anak sedih kerana sikap ibu yang sentiasa berubah-rubah kadang-kadang senyum gembira menyambut kedatangan, pada masa yang lain menyahut salam yang cucu beri di depan pintu pun tak kedengaran, nak buka pintu pun ambil masa yang lama seolah-olah macam tak nak beri masuk, anak merasa malu kepada suami dengan sikap ibu.Tapi apa nak buat itu adalah ibunya.Pada suatu hari suami jatuh sakit koma di hospital selama beberapa minggu.Ibu itu tinggal di rumah anak ketiga kerana hospital hampir dengan rumahnya.Ibu asyik bertanyakan tentang perabut, jubin, berapa kos buat rumah dan sebagainyaMenantu pun sibuk selepas kerja hantar ibu mertua ke hospital, begitulah seterusnya pelbagai bantuan yang di berikan, sehinggalah menantu ini membantu dalam proses pemohonan rumah untuk warga felda yang belum lagi merubah bentuk rumah felda yang lama.Menantu membantu meroboh dan membersihkan rumah yang telah dirobohkan dan sebagainya sehingga demam menantu ni. Barang-barang di rumah lama diletakkan di rumah belakang, jadi makin sempitlah jadinya.Bila anak dan menantu ni balik mereka tak tidur di sana mereka menginap di hotel kerana menantu kurang selesa dengan anak yang ramai dan ada yang masih kecil lagi.


Sampailah masa rumah yang dijanjikan pun siap pada masa tu bapa mertua dah enam bulan pulih dan keluar hospital.Ibu mertua ni berkali-kali telefon supaya anak dan menantu ni balik, dan membantu mengemas, anak merasa kurang senang dengan sikap ibu dan merasa serba salah nak memberi tahu suami niat sebenar ibunya.Ibu ini ceritalah macam-macam, nak pinjam duitlah nak pasang jubin, nak pasang penghawa dingin, dah tak payah menginap di hotel lagi, rumah yang baru pun dah macam hotel dan sebagainya.Kebetulan kewangannya menghadapi sedikit masalah.Anak berdalih kalau belum berkemas tak usahlah balik tunggu hari raya baru balik, sebabnya adiknya yang di kuala lipis akan balik menetap disana jadi biarlah dia yang mengemas pulak.Tapi anak tak sampai hati, sebelum bertolak disuruh anak telefon nenek beri tahu nak balik.


Mungkin ibu merasa berkecil hati. Sampai sahaja cucu merasa gembira melihat rumah baru, berlari mendapatkan nenek, tapi salamnya tak bersahut, lama juga anak, cucu, menantu tunggu di luar baru nenek muncul membuka pintu setelah beberapa lama mencari-cari kunci.Soalan yang anak dan cucu tanya pun tak di jawapnya.Satu hari di rumah menantu membawa anak-anak pergi jalan-jalan di pantai sambil memancing ikan sampailah malam.Sepanjang hari tu ibu tak banyak bercakap dengan si anak, asyik melayan suami dan sungguh ceria sekali, dengar cerita sang suami dah selalu balik ke rumah.Esoknya anak berterus terang dengan ibu, mengapa ibu bersikap begitu terhadap mereka, ibu marah, kalau tak suka tak payah balik tunggu kalau aku mati nanti baru balik.Anak berkata bukan begitu maksud anak, dia pun tahu hukum ALLAH tapi apalah salah berhenti sekejap memikirkan diri sendiri cuba fikirkan perasaan anak, kalau taknak pun fikirlah perasaan menantu. Ibu ni sebenarnya tak boleh di tegur apa yang dibuat, anak-anak yang lain pun dah beberapa kali bergaduh besar dengannya, tapi baik kembali, dengan anak ni belum pernah,baru sekali ni, dan tak pernah meminta duit dari ibunya kalau dibandingkan dengan anak yang lain.


Waktu nak pulang ibu asyik berkurung dalam bilik tak nak keluar walau dipanggil oleh cucu yang nak bersalam, kasihan cucu terpinga-pinga tak tahu hujung pangkal.Dalam perjalanan balik sang suami melepaskan marah pada isteri kerana kecewa dengan sikap ibu mertua.Begitulah yang di ceritakannya.


Ada ke ibu yang tak suka melihat anak datang melawat? Ada ke ibu yang hanya bahagia setelah apa yang diimpikan tercapai? Rumah baru dan suami yang selalu balik ke rumah. Bagaimana anak nak menangani ibu yang sebegini?Jikalau ada pembaca-pembaca di luar sana tersesat masuk ke dalam blog ni bolehlah berikan beberapa pendapat.






































0 Luah rasa: