CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Selasa, 10 Jun 2008

DUIT RAYA....

Tidak beberapa bulan lagi kita akan menyambut bulan Ramadan, lebih kurang tiga bulan lagi, awal bulan sepuluh Insyallah Aidil Fitri akan menjelang. Tiga bulan bukanlah jangka masa yang panjang, pejam celik dah sampai. Dalam masa nilah aku merancang perbelanjaan untuk menyambut raya. Setengah orang kata terlalu awal, tapi pada aku yang tak berkerja ni, yang takada hasil pendapatan dan hanya bergantung pada kanda yang mencari nafkah, perlu bagi aku merancang perbelanjaan lebih awal lagi. Duit untuk persiapan rumah, seperti kain langsir, perlu di beli lebih awal sebab kain langsir lebih mahal dan perlu ditempah lebih awal, begitu juga dengan kain ela untuk kaum lelaki.Di tempat aku biasanya hari pertama bulan Ramadan tempahan untuk baju melayu dan baju kurung sudah tidak diambil lagi.Aku beli awal kain dan menepahnya bila dah hampir nak puasa nanti.
Aku biasanya membeli baju kurung yang sudah siap dijahit,jadi aku tak perlu mencari kain atau pergi menepah baju.Bila sebut pasal baju raya, kanda akulah yang paling gairah sekali, mana taknya dia paling suka pakai baju sedondon warnanya. Awal-awal lagi dia dah tanya raya tahun ni nak beli baju melayu warna apa. Pening juga kepala aku memikirkan warna apa yang nak di beli.Aku paling suka pasal kanda aku ialah tiap-tiap tahun mesti tukar baju melayu, tahun ni warna lain,tahun depan warna lain.
Bila baju melayu dah banyak, setiap hari jumaat macam hari raya, kalau boleh dia nak pakai samping sekali.Sebenarnya bukan apa, dia hendak kalau boleh pada hari raya pertama hendak pergi sembahyang raya dengan baju yang baru dan kemas.Kalau nak tahu hari raya pertama kanda aku akan pakai baju melayu sepanjang hari, hari raya kedua baru tukar baju lain.
Itu baru tentang baju raya yang perlu ditempah, baju yang siap biasanya aku beli bila dah hampir nak raya begitu juga dengan kuih raya.Kalau pasal menghias rumah, lagi dua tiga hari nak puasa aku dah sibuk mengemas, nanti kalau dah puasa baru nak mengemas kasihan anak-anak yang membantu keletihan. Mengecat rumah aku dan kanda lakukan pada malam hari selepas berbuka puasa. Walau apa sekali pun yang paling mustahak sekali sekarang ni ialah menabung, kata orang sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
Dan aku rasa nak cari duit rayalah, rasanya nak jual kain tudunglah.Sekarang ni dah ada macam-macam jenis kain tudung, tapi di tempat aku biasanya diorang pakai kain tudung bawal berbatu. Nak berbincang dulu dengan kanda sebab aku nak buat pinjaman dengan dia. Harap-harap kanda setujulah.Bukan aku yang pergi berjual tapi aku akan beri pada adik ipar aku yang berkerja di Jabatan kerajaan, mak mertua aku yang berkerja sebagai pengusaha kantin sekolah juga kawan-kawan yang berkerja di sektor perkilangan. Bukan bayar secara tunai tapi secara hutang dua, tiga atau empat kali bayar. Kalau dikira nak raya nanti baru mereka habis membayar.
Harap-harap aku berjaya walaupun untungnya tak sebanyak mana tapi dapat jugalah membeli keperluan aku sendiri Insyallah mudah-mudahan.Apa pun yang penting aku bersyurkur dan berbangga kerana dapat membuat sesuatu yang aku suka dengan seikhlas hati.

0 Luah rasa: