CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Selasa, 3 Jun 2008

SERONOKNYA.......CUTI

Cuti kali ni menghabiskan masa di rumah.

Ketika cuti awal tahun di Gerden Hotel Batu Pahat.

Seronoknya cuti.... bukan saja anak-anak yang menyebutnya, mak anak macam aku ni pun sama.Berehat seketika dari mengurus anak yang bersekolah, menghantar dan mengambil, tapi lain pula yang tambah, kerja rumah.....Mana taknya semua anak-anak ada kat rumah, tak menang tangan aku asyik memasak, pagi sarapan, makan tengah hari, minum petang kemudian bersiap untuk makan malam pulak, alah bisa tegal biasa.





Biasanya aku dan kanda akan membawa anak-anak pergi bercuti apabila cuti panjang akhir tahun saja kalau cuti seminggu atau dua minggu ni kami akan menyediakan aktiviti untuk mengisi masa lapang. Misalnya cuti kali ni kanda aku dah merancang membawa anak-anak pergi balik kampung untuk memancing sambil melawat atuk dan nenek mereka.





Bila sebut pasal cuti ni aku paling tak suka bawa anak bercuti di tepi pantai atau berkelah di air terjun, bukan apa aku takut perkara yang tak diingini berlaku, takut anak-anak ku lemas walaupun dah diberi jaminan. Pernah ketika bercuti di PD pada penghujung tahun lepas, sepatutnya kami dah daftar masuk di rumah peranginan TNB di Teluk Kemang tapi anak-anak aku sibuk nak pergi mandi laut dulu, kanda dengan niat tak nak mengecilkan hati anak, terpaksa pergi tambahan pula undian tak memihak kepada ku,aku terpaksa bersetuju. Apa lagi sampai aje ke pantai berlari anak-anakku mengejar pantai, aku hanya memerhatikan dari jauh aje. Yang buatkan aku geram tu, aku ingatkan kanda nak melayan anak-anak di pantai, rupanya dia duduk dan hanya memerhatikan dari jauh aje.





Apa lagi terjerit-jeritlah aku memanggil mereka supaya berhati-hati, perasaan cemas tak henti-henti macam nak gugur jantung ni, nak pergi dekat, shaqira tak ada siapa nak jaga, si kanda aku ni dah lama terlena dibuai mimpi indah sambil ditiup angin laut china selatan, macam penat sangat aje memandu dari Johor ke PD.Satu lagi yang buat aku tak berkenan dengan pantai ni ialah pasirnya yang halus melekat di pakaian, kalau nak cuci kena pastikan pasirnya benar-benar hilang baru boleh masuk dalam w\m.



Pada masa tu lama juga aku bercuti adalah dua hari tiga malam puas juga anak aku bercuti,tapi di kondo TNB segalanya lengkap tak payah keluar untuk berhibur.Kolam renang, pusat karaoke, mandi sauna, gim, pusat permainan, gelanggang tenis dan banyak lagi semua tersedia dan bayarannya pun murah,memang disediakan untuk pekerja-pekerja TNB. Aku pun tak payah risau akan keselamatan anak-anak, ada pengawal yang menjaga ketika di kolam renang.



Kota Tinggi bukan saja terkenal dengan pantai Desarunya yang cantik tapi kesejukkan air terjunnya juga memukau hati.Dari rumah bonda cuma mengambil masa satu jam perjalanan, tapi kenapa hati ni tak begitu tertarik untuk ke sana, walau pun keadaannya lebih bersih dari mandi laut.Sebabnya senang aje tentulah keselamatan walaupun ada pengawal penyelamat disediakan, kalau dah seronok mandi ingat ke keselamatan, hati aku ni yang tak aman tengok anak seronok mandi. Bercuti pun tak rasa kalau hati tak aman.Ada suatu masa tu sampai tiga orang budak lemas bergilir-gilir, aku yang duduk kat tepi menjerit minta tolong, lepas kejadian tu aku tak beri peluang anak-anak aku mandi jauh dari aku.



Itulah antara pengalaman aku ketika pergi bercuti pada masa cuti sekolah.Kalau cuti yang pendek pula kalau tak kemana-mana, aku akan membahagikan tugasan kepada anak-anak aku, itupun kalau aku tengok dia orang macam dah bosan jer.Shafiq buang sampah dan moop lantai, shafiqa basuh kain, sidai dan sapu sampah di anjung, aku pula macam biasa masak dan menyapu sampah dalam rumah, kerja tambahan untuk shafiq cabut rumput.Seronok tengok anak-anak berkerjasama membuat kerja rumah.


Yang pasti walau apa pun yang kita lakukan pada masa cuti sekolah niatnya adalah satu untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.










0 Luah rasa: