CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Khamis, 26 Jun 2008

KASIH DI SEBALIK ILMU HITAM

ASSALAMUALAIKUM...


Lama rasanya aku tak membuat sesuatu dalam blog aku ni,nak kata tak melayari intenet tak juga.Buka tapi sekadar nak mendapatkan berita atau maklumat yang terkini saja.

Rasanya dah bersawang atau berabuk blog aku ni, bukan tak ada masa tapi fikiran aku agak targanggu sedikit, dan inilah yang nak aku kongsikan di sini.


Selalunya aku akan mencurah atau mencoretkan sesuatu di blog aku pada waktu malam bukan sebab idea tu datang pada waktu malam tapi masa dan waktu tulah yang paling sesuai kerana semua anak-anak sudah pun masuk tidur.

Apabila anak-anak sudah masuk tidur itu bermakna semua kerja dan tugas aku sudah pun selasai.Bermula dari waktu petang bawa anak bermain, mandikan anak, bersiap dengan pakaian, solat, makan malam dan memantau kerja sekolah.

Selalunya aku akan menetapkan waktu untuk tidur tepat pukul 12.00 atau 12.30 tengah malam, sebab aku akan memulakan tugas seawal 5.30 pagi.Tapi dalam beberapa minggu ni sejak demam bola, aku tidur agak lewat kerana menunggu kanda balik dari menonton perlawanan bola sepak bersama rakan-rakannya di kedai kopi.

Pada suatu hari tu, sedang asyik jari jemari aku menekan keybord tak sedar jam menunjukkan pukul 4.00 pagi, sebelum jam menunjukkan pukul 4.00 pagi beberapa kali aku terdengar pintu pagar dan pintu rumah aku dibuka orang.

Pada mulanya aku sangkakan kanda yang balik, jadi aku biarkan.... malas nak sambut, dalam hati aku berdetik kenapa pula kanda tak memberi salam, selalunya dia akan beri salam sebelum masuk.Ah...biarkan jerlah kata hati ku, aku pun teruskan menaip.

Tapi yang buatkan aku berasa hairan, kenapa kanda aku tak masuk-masuk lagi kerana pintu rumah aku akan berbunyi kuat kalau dibuka.

Aku pun pergi ke depan untuk melihat, aku tengok pintu rumah aku masih tertutup rapat mana pula perginya kanda aku, aku membuka tingkap dan menjengah ke luar tapi tak ada sesiapa pun.

Kejadian yang sama berlaku beberapa kali, aku berfikir pintu pagar rumah siapa pula yang berbunyi, sedangkan hanya rumah aku saja yang mempunyai pintu pagar, rasa pelik dan hairan pula.

Kejadian yang sama berlaku lagi selang beberapa hari, aku masih lagi menjengah keluar tingkap tapi tiada sesiapa.Sudah hampir seminggu kejadian itu berlaku tapi aku tak pernah menceritakan kepada sesiapa dan aku tak pula merasa apa-apa.

Pada suatu hari sedang aku menyidai kain di hadapan rumah aku ternampak jiran sebelah rumah.Aku tengok air mukanya macam ada yang tak kena,matanya aku lihat bengkak macam baru menangis.

Aku cuba menegur nak pergi ke mana,dia seolah-olah memang menunggu aku untuk menegurnya.Dia kata nak ke rumah kakak iparnya untuk membincangkan tentang masalah suaminya.

Jiran sebelah rumah aku ini memang ada masalah rumahtangga sejak awal tahun lepas, dan aku kadang-kadang menjadi tempat dia melepaskan masalah.Kalau dia tak bercerita aku yang akan bertanyakan pasal masalahnya sekurang-kurangnya dia merasa lega.

Suaminya berkahwin lagi semenjak bertukar kerja di tempat sekarang ni.Pada mulanya suaminya hanya menumpangkan seorang kenalan lama yang tinggal berjiran dengan emaknya dan sudah hampir dua tahun hidup menjanda setelah kematian suami akibat kemalangan.

Dari situlah segalanya bermula, dan jiran aku ni mula merasakan ada sesuatu yang tak kena dengan suaminya.Kalau dulu tiap-tiap hari dia akan balik ke rumah tapi sekarang seminggu sekali.

Duit belanga rumah cuma beri seratus untuk sebulan, kadang-kadang satu hari sahaja dalam seminggu makan nasi belaukkan ikan, sambil menangis dia menceritakan.

Kalau suaminya mampu dan cukup memberi keperluan di rumah juga perbelanjaan sekolah anak-anak,jangan kata nak kahwin dua, kahwin empat pun dia izinkan.

Yuran sekolah anak-anak pun masih ada yang tertunggak. Jiran aku ni mula merancang sesuatu dengan kakak iparnya untuk mengintip pergerakan suaminya.Barulah dia tahu bahawa suaminya bermain kayu tiga dengan janda tu.

Si isteri mulalah berjumpa dengan beberapa orang bomoh yang dicadangkan oleh keluarga sebelahnya dan juga sebelah ipar duainya tetapi dirahsiakan dari pengetahuan emak mertuanya.

Rasanya dah beratus-ratus duit habis seperti mana yang diberitahu tapi suaminya masih macam tu juga malah sekarang dah berkahwin dengan menggunakan ejen sendikit nikah palsu, itulah yang diberitahu pada aku dan kesnya dibawa ke mahkamah syariah.

Dengan niat untuk menawan semula suami dia sanggup berbuat apa saja tanpa mengira akibat dikamudian hari sampai sanggup melakukan dosa.

Bomoh yang dia jumpa ni boleh melakukan apa saja semuanya terpulang kepada orang yang memerlukan perkhidmatannya macam dalam filem Thailand yang aku tonton katanya.

Ceritanya lagi bomoh tu ada memberi suatu barang iaitu sehelai kain kuning yang tertulis beberapa ayat dan di tanam di tempat yang membolehkan suaminya melangkah benda itu.

Katanya lagi bomoh itu akan menghantar suruhannya untuk memantau suaminya jika dia balik ke rumah. Jiran aku ni kata lagi jika suruhan bomoh itu datang dia akan mendengar seolah-olah ada sesuatu yang mengetuk pintu rumahnya, kalau tidak pintu depan, pintu belakang atau pun dia mendengar seperti ada sesuatu yang sedang berjalan di atas bumbung rumahnya.

Eh...seram aku mendengarnya, mendengar aje ceritanya aku teringat apa yang berlaku pada aku beberapa minggu yang lalu. Manalah tau benda tu suka-suka nak mendengki aku tengah-tengah malam nak buat kerja overtime. Sejak hari tu aku rasa seram-seram sejuk bila tiba waktu malam.

Kalau kanda balik lewat aku akan angkut anak-anak aku tidur dalam bilik aku terpaksalah kanda tidur di bilik shafiq. Lampu pula semua aku buka biar terang, mata ni kadang-kadang buat hal juga taknak tidur-tidur puas aku pejam, hampir seminggu aku berkelakuan begitu. Lama-kelamaan aku fikir tak boleh jadi macam ni, inikan rumah aku kenapa aku perlu takut, ALLAH kan ada.

Alhamdulillah segalanya kembali seperi sedia kala.
Apapun yang berlaku atau akan berlaku segalanya telah di tentukan olehNya, jadi kita atau diri aku sendiri kenalah banyak-banyak bersabar jika diuji sedemikan rupa. Muhasabah diri dan perbaiki apa yang kurang dan minta dipermudahkan, jangan sesekali meminta selain dariNya.






0 Luah rasa: