CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Rabu, 13 Ogos 2008

KANDA KRUSUS LAGI.....

Selasa, rabu dan khamis, hari-hari yang terpaksa aku jalani bersama anak-anak tanpa kehadiran kanda. Nampaknya kena pergi krusus lagi... kali ni kat Perak nama tempatnya aku lupa, yang aku tahu di pusat latihan tnb di Malim Nawar.

Macam biasalah kalau kanda tak ada kenalah aku ambil alih tugas menghantar anak ke sekolah. Biasanya waktu pagi shafiqa pergi sekolah naik sekali dengan kanda yang hendak pergi kerja. Hari selasa selamat sebab siddiq dan shaqira masih tidur jadi mereka aku tak payah bawa, lagipun aku boleh hantar naik motor aje.

Tapi hari ni aku terpaksa bawa shaqira sebab dia seawal pukul lima dah bangun.Dia terjaga sebab aku bangun untuk bersahur. Almaklumlah dan masuk bulan Syaaban tak lama lagi bulan Ramaddan. Jadi kenalah ganti puasa yang masih belum diganti, rasanya masih berbaki satu hari lagi hari khamis nanti habislah.
Berbalik pada cerita tadi, shaqira yang masih lagi mengantuk tetap mahu ikut aku hantar kakaknya.Semalam petang hari hujan agak lebat juga jadi pagi ni keadaan cuaca agak berkabus dan sejuk. Aku ambil baju sejuk Siddiq dan aku pakaikan pada Shaqira. Tapi sure masih sejuk sebab dia duduk di depan kat bakul motor.. malas betul lah nak keluarkan kereta...
Selalunya kalau naik motor exfive JFQ dia pasti pegang kat cermin sisi tapi disebabkan tarlalu sejuk dia hanya menyandarkan badannya kat aku. Sampai kat rumah dia terus masuk bilik nak tidur balik.

6 Luah rasa:

etomyam berkata...

tiada lebih besar pengorbanan seorang insan melainkan pengorbanan seorang isteri untuk keselesaan suami dan keluarga. hari jumaat....

naz ilyn berkata...

etomyam

Temakasih singgah..singgah ler slalu watcam umah sendiri..;)

p/s gi smyg jumaat jgn tak gi..

azza berkata...

salam naz ilyn..
tkaseh singgah n beri komen di blog sy..salam perkenalan dr sy..
tercari2 shoutbox nak tinggalkan jejak tapi tak ada..terpaksa lah tinggalkan d sini...

nnti sy linkkan blog ni..

naz ilyn berkata...

salam azza..
sama2..salam perkenalan juga..
sorry kurang afif..

kirana berkata...

salam kak naz,
wah mcm baca cerpen lak kat blog akak..hehe...teruskan menulis yerr

nazilyn berkata...

azza..
Terima kasih membalas kunjungan..
p/s tang..senyum tu yang mahal..