CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Rabu, 20 Ogos 2008

OPS LIPAT

Hari ini aku mengadakan ops lipat, setelah seminggu ditangguhkan perlaksanaannya. Rasanya macam nak tercabut urat saraf aku nak menghabiskan tugasan. Tapi Alhamdulillah selesai juga dengan jayanya tanpa bantuan sesiapa.

Operasi bermula seawal pukul 8.30 malam dan berakhir pada pukul 10.00 malam. Mengambil masa kira-kira satu jam setengah untuk menyelesaikannya. Pada mulanya aku ingin memanggil pasukan bantuan tetapi hasrat aku terpaksa dibatalkan atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Banyak juga yang telah terlipat dan dilipat, baru puas hati aku melihat berbaris panjang yang telah siap untuk di gantung dan di susun ke dalam bilik.

Tersimpul rasanya urat kentut, mana tidaknya selama satu jam setengah duduk tanpa bergerak hanya tangan saja yang laju berkerja, bukan apa takut puan kecil yang di dalam bilik menjerit memanggil sebab merasa dahaga.

Satu hal lagi untuk bangun beri dia minum, kerja tengah banyak ni..perlu diselesaikan dengan segera sebelum tengah malam...sebelum semuanya tertidur.

Cuba puan-puan bayangkan setinggi gunung Kinabalu hendak diratakan menjadi dataran. Sekali bangun rasa nak tercabut urat kentut yang tersimpul tadi.

Akhirnya kain baju yang bergunung-gunung dapat dilipat menjadi lipatan yang sungguh menarik sekali, sejuk mata memandang.... macam melihat permandangan yang hijau luas terbentang...

1 Luah rasa:

Daus berkata...

kak, gua dulu masa menganggur memang lipat melipat kain tu dah jadi part time gua kak..mak gua gemar sangat suruh gua melipat..kemas katanya..tapi lipat lipat juga, upah mesti hulur sikit..kalau tak macam mana nak pekena teh ye tak? heh