CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Sabtu, 30 Ogos 2008

LUAH RASA MALAM MERDEKA

Aku merasa terkesan dengan apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi diakhir perbentangan bajet 2009 pada hari jumaat lepas.

Apa yang beliau katakan ada kebenarannya. Yang perlu sebagai seorang warganegara Malaysia yang berbangsa melayu dan beragama Islam...berlapang dada...memberi sedikit ruang untuk minda dan iman berbicara...merungkaikan apa yang dikata.

Janganlah membatukan hati...menepis sebelum memberi peluang...jadilah seorang pendengar yang baik hanya untuk seketika...

Tak kiralan siapa yang menerajui negara...yang penting sebagai seorang pemimpin yang memimpin dan mengalas tanggungjawab perlu melakukan dengan sejujur, seikhlas, dan berpandukan acuan Al Quran. Insya Allah rakyat akan menerima dengan hati yang terbuka.

Kalau kita sesama kita asik berbalah sesama sendiri...bagaimana rakyat nak dimakmurkan...bagaimana negara dapat dibangunkan...kalau sering kali diganggu...

Janganlah terlalu gelojoh...janganlah terlalu mendesak...janganlah terlalu extreme...bersabarlah...bersabarlah...redakan rasa amarah...bersabar bukan bermakna kita berada dalam kerugian...bersabar adalah makanan iman...tak lari gunung yang dikejar...Insya Allah...

Rakyat masih boleh bersabar asalkan kemakmuran, keamanan dan ketenteraman negara dipelihara. Rakyat masih boleh lagi mencari makan untuk meneruskan kehidupan.

Budaya politik yang keterlaluan merugikan kita, malah menjejaskan kemakmuran negara. Jika kerajaan sekarang ini sudah tidak relaven...buktikan di PRU13 dengan cara yang lebih demokratik dan bukan dengan merampas mandat rakyat.

Mungkin apa yang berlaku ada hikmahnya...ketentuan yang telah ditentukan olehNya... kemenangan besar DSAI membuka minda dan fikiran kerajaan untuk lebih perihatin terhadap keperluan dan kehendak rakyat. Janganlah kita mengadu domba pula...terima dengan rasa syukur Alhamdulillah...perbuatan yang baik janganlah dicari salahnya...

Apa yang telah terjadi sudah pun terjadi... DSAI telah membuktikan kewibawaannya. Yang tinggal sekarang tanggungjawab kita untuk merapatkan semula jurang antara kita. Kita bersaudara... Adam dan hawa ibubapa kita. Berhentilah seketika dari memikirkan perkara-perkara yang lain. Berfikirlah dari sudut seorang mukmin yang hidup di muka bumi Allah ini.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Dan Selamat Menyambut bulan Ramaddan.

Wassalam

1 Luah rasa:

Tanpa Nama berkata...

salam pn , kata kata puan banyak mendidik....alhamdulillah ..teruskan puan dalam mendidik masyarakat. nasihat puan ibarat ibu kepada pembaca ...insyaallah akan saya kempen kepada rakan rakan dan client wanita saya ...

laman puan menimbul ciri suasana wanita dan ibu bila melangkah masuk.

salam ramadan.