CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Rabu, 10 September 2008

MERENUNG SEJENAK

Di bulan Ramadhan Almubarak ni, disamping kita menjalani ibadah puasa, ada sesuatu yang hendak aku kongsikan bersama-sama. Dengan niat semoga dapat kita renung-renungkan ke dalam diri kita. Almaklumlah ramadhan sentiasa menguji kesabaran.

Semalam dan hari ini aku ada menonton rancangan Wanita Hari Ini terbitan tv3, mengisahkan atau membincangkan tentang derhaka isteri pada suami. Derhaka ini luas pengertiannya dan bergantung kepada keadaan dan punca yang mencetus kepada perterlingkahan dan akhirnya membawa kepada kerdurhakaan.

Seorang isteri itu seandainya hendak menjadi seorang isteri yang soleha, mestilah mempunyai cita-cita dan impian untuk sampai ke arah itu. Bila tertanam dalam diri keinginan dan impian, maka pelbagai usaha dilakukan untuk mencapai apa yang diharapkan.

Di bulan puasa ini kesabaran sering kali diuji, sama ada isteri yang berkerja atau yang menjadi surirumah. Dalam kesibukan berkerja dan menahan lapar dan dahaga, kesabaran mudah kecundangan. Mana dengan tugasan di tempat kerja kemudian balik memasak pula untuk juadah berbuka puasa. Kalau yang berpuasa hanya dua orang, suami dan isteri sahaja anak-anak masih kecil, lebih mudah dibeli sahaja. Tapi kalau anak-anak semuanya dah besar dan dah pandai berpuasa...tiga empat orang anak...ah...camner tu..Penat macam mana sekali pun kenalah memasak.. kalau beli tentu tak berbaloi. Suami pula balik terus jer buka tv baring kat sofa, kalau bukan dia yang tengok tv, tv yang tengok dia.

Ahh...time tu ler...irama nada suara isteri dari irama nasyid bertukar kepada irama rock. Semua kerja rumah isteri kena buat selain dari memasak, kemas rumah dan sebagainya. Suami bantu-bantulah isteri kat rumah, ringan-ringankan tulang...berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing. Lagi pun isterikan dah membantu dan meringankan suami mencari rezeki.

Satu lagi yang sering kali kesabaran tergugat, apabila hendak membuat persiapan untuk berhari raya. Si suami kata tak payah beli, tak payah ganti...isyhhh... isteri nak juga... bermasam muka lagi. Dah nak tiba untuk balik berhari raya...berbalah lagi nak balik kampung siapa...

Selalulah isteri meminta maaf pada suami kerana tiada syurga bagi isteri yang derhaka kalau tidak dapat keredhaan suami. Kadang-kadang kita tidak sedar yang kita berada didalam kederhakaan. Orang yang paling takut adalah orang yang sentiasa memaafkan orang lain dan orang yang paling berani adalah orang yang sentiasa mengaku kesilapan sendiri.

Seorang isteri juga tidak baik berperasangka buruk terhadap suami kerana Allah sentiasa bersama dengan sangkaan hambanya. Kalau suami hendak pergi kerja iringilah suami kita dengan doa. Berdoalah dari belakang suami, maksudnya berdoa apabila suami mula membelakangi kita bila hendak pergi kerja sehinggalah hilang pandangan suami dari hujung mata kita. "Ya Allah kau jauhkanlah suamiku dari melakukan dosa, kau selamatkanlah dia di sepanjang perjalanannya, jauhilah dia dari digoda oleh wanita lain, kau ikatlah kasih sayang kami dengan ikatan yang kuat, kau jagailah dia ketika aku tidak bersama dengannya supaya dia pulang dengan keadaan yang baik juga." Amin.

Ada juga suami isteri berkerja, tapi masih lagi tidak merasa kecukupan. Sering kali bertegang urat bila nak membayar hutang, itu adalah tanda-tanda Allah marah pada kita. Dan kita hendaklah berdoa " Ya Allah adakah ketidak cukupan ini adaah kerana Engkau marah padaku, kalau Engkau marah pada ku maka Engkau ampunkanlah dosa-dosaku dan Engkau cukupkanlah kecukupan yang Engkau berikan padaku." Amin.

Kalau berlaku perselisihan dan ada antara suami isteri yang merajuk atau tersinggung, janganlah sampai melebihi dari tiga hari. Jika sampai melebihi dari tiga hari maka segala amalan dan solatnya tidak diterima oleh Allah dan berada didalam keadaan tergantung antara langit dan bumi, jadi sia-sia saja amalan kita kerana tidak di angkat oleh Allah.

Sesamalah kita mengelakkan diri dari sifat derhaka. Untuk mengelakkan derhaka hendaklah hidup bahagia, suami yang soleh dan isteri yang soleha juga suami yang sentiasa membimbing dan tidak bersikap zalim pada isteri. Memang tidak ada istilah suami yang derhaka tapi ada suami yang bersikap zalim pada isteri.

Renung-renungkan dan selamat beramal.





















0 Luah rasa: