CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Sabtu, 13 September 2008

RAMADHAN TANPA YANG TERSAYANG




Oh Awie...Aduhai Sharlinie
Kau permata penghibur lara
Tangkai nyawa penawar luka
Hadirmu bagai sang pelangi
Cahaya tiada namunkau berseri
Kau pergi bila hujan berhenti
Namun hadirmu pasti dinanti
Oh Awie...Aduhai Sharlinie
Hilangmu tiada galang ganti
Nisan tiada jasad entah ke mana
Hati luluh gunda gulana
Tamu istimewa datang menjelma
Hadir hanya sepurnama
Namun cukup menyentuh jiwa
Juadah kesukaan disentuh tiada
Ingatan hanya padamu saja
Oh Awie...Aduhai Sharlinie
Pulanglah kasih...Pulanglah sayang
Andai nyawa jadi taruhan
Rela berkorban untukmu sayang
Asalkanmu selamat pulang
Menjadi hadiah di hari lebaran
Menangis sudah...meratap pun sudah
Merintih sudahlah pasti
Air mata jatuh tertumpah
Doa dipanjat tiadalah henti
Andai tiada berilah tanda
Agar hilang remuk di jiwa
Hati dipujuk agar rela
Redha hanya pada yang Esa
Agar yang pergi damai abadi.
nukilan : naz ilyn

4 Luah rasa:

violet berkata...

hanya Allah yg Maha Mengetahui atas segala2nya.

dn0-Ira berkata...

Salam. Tak tahulah apa nak cakap. kehilangan orang tersayang memang pedih. Tetapi hairan kenapa sampai sekarang polis masih gagal menjejak penjenayah kanak-kanak.Mungkin disebabkan penyiasatan yang kurang sistematik atau tidak sainstifik seperti drama CSI.Wallahualam.

naz ilyn berkata...

violet- sesungguhnya ujian itu dari Allah untuk hambanya yang tabah dan segalanya di bawah bidang kuasanya.

dn0-ira- tulah pasal..kasian kaluarga mangsa, sampai sekarang masih buntu..kenapa penjenayah kanak2 masih belum dapat dikesan dan ditangani oleh pihak berkuasa..dan apakah penjenayah itu masih berkeliaran..??

perfectwater75 berkata...

Salam!

Mungkinkah Polis terlalu sibuk dengan hal politik semasa hingga menyebabkan kes seperti ini terabai? Buktinya, kes Adik Sharlinie antara sedar atau tidak, ia mula dilupakan selepas Tragedi 8 Mac 2008..

thx!