CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Ahad, 7 September 2008

TIPUAN DUNIA


Demi umurku
Pemuja dunia akhirnya akan menyesal
Bila dunia pergi dia merasa rugi
Bila dunia datang keinginan pun terus memuncak

Demi Allah...............
Bila dunia datang padaku
Dan melimpahkan rezekinya
Tentu orang merdeka tetap menghinanya
Bagaimana tidak, ia barang yang bakal pula

Herdiklah dunia dan hari-harinya
Ia hanya membawa duka
Kehausannya tidak pernah terpenuhi
Terus saja ingin memiliki
Sungguh menghairankan
Ia musuh tapi dirindukan

Ada orang berkata
Ku lihat hari menberi cela pada manusia
Menghalangi kemuliaan dan keutamaannya
Kukata kepadanya
Ambillah apa adanya
Banyak orang berusaha yang haram
Ia temukan kejahatan ke atas kejahatan

Tanya pada hari-hari
Apa yang engkau perbuat dengan raja dan singgahsananya
Adakah engkau bahagiakan mereka
Tidak pula yang pandai mahupun yang bodoh

Ingatlah dunia adalah naungan bangunannya
Suatu hari pasti naunganmu akan hilangjuga
Ingat dunia hanya tempat menegur orang yang menunggang
Sesampai di suatu tempat kemudian ia berjalan

Wahai orang-orang yang tertipu oleh dunia
Siang kau tidur dan malas
Malam pula kau tidur dan hina
Kau tertipu oleh sesuatu yang fana
Kau bahagia dalam hayalan
Persis orang tidur yang tertipu dengan kelazatan
Akhir kesibukanmu hanyalah kebosanan
demikianlah kehidupah haiwan-haiwan

P\s Siapa menyintai dunia dan mengagungkannya, hilanglah ketakutan terhadap Akhirat dari hatinya.

Sesamalah kita renung-renungkan

10 Luah rasa:

~qudwah_mardihah~ berkata...

salam menjengah....cantik blog akak....banyak masa menjadi suri rumah tangga ya dan boleh sahaja melayari blog. Cemburu saya, sebab berkerja dan kadang-kadang rasa nanti bila dah kawen, nak duk umah jugaklah....hehehe

naz ilyn berkata...

qudwah..

Terima kasih kerana sudi menjengah..isyh..janganlah cemburu..memang tuntutan sekarang kaum hawa berkerjaya..yang tak kerja tu yang rugi..kot..

p/s kadang2 bosan buat perkara yang sama..

Qaseh berkata...

..tq..salam perkenalan...nih panggil akak jek ek..hehehe...
boleh le letak blog akak dlm link saya ek...cantik blog akak...

naz ilyn berkata...

qaseh..

mekasih ler bebnyk..kat umah kalo takde keje..tu yg cari keje tu..ngadap blog

nur aflah berkata...

Assalammualaikum kak,

Salam ramadhan buat akak sekeluarga dan terima kasih x 1,000000000 kerana selalu berkunjung ke blog saya.

Setiap hari, saya akan menjengah ke semua blog yang tersenarai sebagai sahabat saya. Cuma saya jarang sekali meninggalkan mesej atau menghantar komen ke setiap blog yang saya lawati.

Saya suka membaca sajak yang akak buat dan saya tak pernah kisah kalau rakan saya ingin mengambil apa jua bahan yang terkandung dalam blog saya.

Segala yang ada pada diri saya ini hanyalah pinjaman Allah semata-mata. Mudah-mudahan, segala ilmu yang kita sama-sama sampaikan akan membantu kita di akhirat kelak.

Akhir kata, salam ramadhan dan selamat hari raya untuk akak sekeluarga kerana hari raya nanti, saya akan beraya bersama suami di Timur Tengah. Takut tak sempat nak ucapkan Selamat Hari Raya.

Wassalam.

--{-@ Zaity @-}-- berkata...

assalamualaikum kakak..

naz ilyn berkata...

Waalaikumussalam..

Zaity..pekabar..? lama tak jengah blog akak..sibuk agaknyer..

p/s puasa masih penuh lagi ker..??

naz ilyn berkata...

Walaikumussalam..Aflah

Mekasih Aflah..sudi mengomen kat blog akak.

Samalah juga..akak ucapkan selamat berhari raya pada Aflah dan suami juga puteri kesayangan.

Wah..mesti seronok dapat berhari raya bersama suami di Timur Tengah.

p/s Semoga berbahagia selalu..amin.

Ibnurashidi berkata...

salam..terimas akak naz..sajak yg bagus serta menginsafkan..smga sama2 mengambil iktibarnya..tima kasih bertandang temph hari..

naz ilyn berkata...

Salam..ibnurashidi

Kata-kata keinsafan.. sama-sama ingat mengingati