CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Rabu, 21 Oktober 2009

Kekasih syaitan

Mengucap panjang saya bila tengok berita kat tv 3 malam tadi pasal budak tiga tahun didera terok sampai mati diliwat dan dirogol oleh kekasih ibu sendiri seorang warga Afrika malah ibunya juga turut mendera.

Tiada bahasa hilang semua kata-kata nak saya luahkan bertapa kejam dan zalimnya kedua-dua manusia itu sanggup memperlakukan kanak-kanak yang tak tahu apa-apa, tah ke manalah perginya sifat kemanusian malahan sifat seorang ibu terhadap anaknya.

Budak sekecil itu apalah tahu, apalah dosanya sehingga sanggup berlaku zalim dan sampai membunuh sedangkan dia masih mengharapkan perlindungan, kasih sayang dan perhatian seorang yang lebih dewasa atau ibu sendiri yang melahirkan. Hendaknya hukuman yang setimpal yang diberikan di dunia dan diakhirat dan dilaknati oleh semua makhluk Allah di muka bumi ini.

Tak sanggup membayangkan jika berlaku kepada anak saya yang seusia dengan kanak-kanak itu. Sakit, perit, pedih macam dihiris-hiris perasaan ini, sedangkan kalau anak kita yang masih kecil diusik dan disakat dengan abang atau kakak yang besar sikit kita dah menjerit "jangan usik adik!!!!!!..." apatah lagi kalau sampai mendera macam tu sekali, mahu saya bunuh orang itu demi melindunginya.

Kanak-kanak yang sekecil ini sepatutnya bermain dan bergembira mengikut naluri seorang kanak-kanak. Senyum tawanya menceriakan dunia kita semua, bukan diminta untuk dilahirkan ke dunia yang fana ini. Moga anak-anak kita terlindung dan dipelihara dari kezaliman dan kekejaman manusia yang bertopengkan syaitan dan semoga kita semua menjadi orang-orang yang sabar, dijauhkan dari melakukan kezaliman AMINNN.

14 Luah rasa:

eiza in the house.. berkata...

salam akak..
kita pun geram pagi td tgk kat HMI..kesian budak tu..ape mak dia dilahirkan tanpa otak ker..tak tau nak mikir tu anak sendiri ker atau anak binatang..sedangkan binatang klu kita kco anak dia pun dia marah sgt kat kita..apelah nak jd ngan manusia hr nie..ikut nafsu tnpa fikir pjg..dh jd cm nie dia jugak yg merengkok kat penjara tu..

-sori kak emo la pulak..sdgkan kucing mati kne langgar sy yg sedey tau..nikan lagi anak manusia..

zureen @ mama berkata...

Zureen pun sedih bila mendengar cerita begini..
Bukankah naluri seorang ibu sepatutnya melindungi anaknya walaupun bergadai nyawa..huhuhu

Kenapalah sanggup diperlakukan anak seperti itu..kejammm..

asna cute berkata...

mak dia tue xcukup iman di dada..

Budak tue anak2 syurga.

ain berkata...

Asagfirullah!!! itu la dia binatang2 yg bertopengkan manusia di kalangan kita!

Fara berkata...

nauzubillah...mak sendiri sanggup dera anak. xtau nk cakap apa dah.

Tie berkata...

Adoi laaa.... ramai betul dah jadi setan ni.. Geramnya.

Kesian kat kanak2 tu. Tak dapat bayangkan betapa siksanya hidup dia.

Qaseh berkata...

geramnyer...semoga dilaknat allah hendaknye.... menitis air mata tgk anak2 diperlaku sedemikian..

ChuMeLL berkata...

salam sis..!!xpunye hati mereka ini..binatang pn syg kn anak pe tah lg manusia..huhuu


rindu giler kt sis naz..kabare sis??

LotsOfLove-Pearls berkata...

Salam Kak,
Tadi dik baca pun rasa xsampai hati nak habiskan nak baca..

sampai hati...

Punya anak diperlakukan demikian..

:|

~ujicham~ berkata...

astaga..... tegar betul hati mereka buat mcm tu kat kanak2... cuba buat mcm tu kat diri sendiri.. apa rasanya? otak letak kat tempat yg salah lah ni.

julietchun berkata...

kalo taknak baik dia tinggal budak tu kat masjid ke,kat shopping kompleks ke.

patut dorang tu dihukum sula sampai mati.

Mak Su berkata...

giler babX sangat-sangat orang tu!!

ima berkata...

amat bersimpati...

minta anak2 kita semua dijauhkan dari segala keburukan...amin.

naz ilyn berkata...

eiza... betul tu jangan kata kucing kena langgar tengok kucing yang mata buta sebelah pun kita rasa kesian apatah lagi anak sendiri... bukan eiza jer yang emo semua orang yang waras pun turut sama.

zureen... yang peliknya si ibu tu tak pulak rasa marah ker apa ker bila tengok anak dia lebam-lebam kena pukul dengan pakwe dia... buta kot.

asna... semua kanak-kanak yang meninggal adalah penghuni syurga cuma emak dia jer yang menempah tiket ke neraka jahanam.

ain... kalaulah kita boleh lihat apa wajah sebenar di sebalik topeng-topeng itu.

fara... mmg tak suka nak dengar, tak sampai hati nak tengok wajah-wajah yang tak berdosa diperlakukan begitu tapi itulah hakikatnya dunia akhir zaman.

tie... kecil-kecil lagi dah merasai bertapa terseksanya hidup di dunia ni sebelum merasai nikmatnya dunia... kesian.

qasih... hati akak ni pilu bila tengok anak akak yang sebaya budak tu terbayang-bayang macam mane jika diperlakukan macam tu minta dijauhkan.

chumell... wasalam chumell kabarewaras tu jer yang akak tahu.

LOL... minta dijauhkan.

ujicham... otak letak kat bawa kaki tu yang mengalahkan binatang.

juliet... hahaha sula dia jangan tak sula.

Mak Su... mmg gila b#b# punya orang.

ima... amin amin ya rabalalamin.