CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Jumaat, 9 Oktober 2009

tak diam mulut...


Sebagai ibu kita hanyalah insan biasa yang tak pernah sunyi dari melakukan kesilapan. Terutamanya pada anak-anak, jangan kita fikir sebagai seorang ibu kita tidak pernah atau tidak akan melakukan kesilapan pada anak-anak, kadang-kadang kita memarahi mereka dengan cara yang keterlaluan, maklumlah bila perasaan amarah dilayan semakin menjadi-jadi rasa marah. Lepas tu boleh terucap ker kata maaf seorang ibu pada anaknya??? Itulah yang sedaya upaya saya cuba lakukan mudah-mudahan dipermudahkan InsyaAllah.

Mulut orang perempuan ni kalau dah marah atau membebel tak ada titiknya sampai melalut tah apa-apa, tu yang sampai sumpah seranah yang bukan-bukan mintak dijauhkan terutamanya anak-anak remaja sekarang ni. Kalau tak betul didikannya mahu pening kepala kita dibuatnya macam-macam masalah yang timbul. Kalau marah anak yang masih kecil atau masih sekolah rendah boleh lagi dia nak dengar kata, kalau masih tak dengar juga boleh lagi dicubit-cubit, menjawab pun belum pandai lagi.

Yang remaja ni yang payah sikit, kasi kebebasan lebih sikit pun tak boleh, kalau dikasi tah ke mana-mana dia pergi apa lagi kalau dibagi motor lagilah besar langkahnya. Kalau tak kasi handphone kang dia kata kita ni tak ikut perkembangan sedangkan budak-budak sekolah rendah pun gi sekolah bawak handphone, bila dikasi lain pulak citenya asik sms tak kira masa bila kita tegur atau marah kang sekat kebebasan dia pulak, itu tak boleh, ini tak boleh tapi kalau dah i lap u, u lap me apa cite... ku mencintaimu kau mencintai ku macam mane.

Hari raya anak-anaklah yang kaya sebab banyak dapat duit raya, bila duit banyak mulalah nak beraya rumah kekawan, dia tak gi naik bas dia curi-curi bawak motor, dia kata nak beraya dekat-dekat jer tau-tau nun jauh berbatu-batu, kasi salah tak kasi pun salah.

Satu lagi dia mulalah nak gi ke bandar tengok wayang atau jejalan dengan kekawan dia, sebagai seorang ibu takkanlah kita nak kongkong dia kat rumah jer, walaupun kat dalam hati ni tak nak kasi dia pergi biar pergi dengan kita jer, sesekali dia nak juga dia jejalan dengan kekawan, tak terlarang kita ni.

Cuba bayangkan jika terserempak dengan anak kita yang keluar dari panggung wayang sambil berpimpinan tangan dengan seorang gadis. Bagaimana perasaan kita sebagai seorang ibu, sedangkan dia minta izin keluar dengan kekawan lelakinya. Apatah lagi anak kita tu masih diawal remaja.

P/S: Kalau sampai tak boleh nak kata lagi atau dah hilang semua kata-kata atau dah kering air mata hanya padaNya kita meminta doa yang terbaik untuknya moga dipulangkan ke pangkal jalan dan diberikan petunjuk.

7 Luah rasa:

Fara berkata...

takut sgt nk membesarkan anak. kalau boleh fara cuba jadi anak yg baik kat mak supaya anak fara pn jadi yg terbaik buat fara. tapi...klu tuhan nk duga, apa nak buat...? sabar dan bertindak

ain berkata...

akak pun klu dh naik angin, mau jd tarzan gak!!! nasib hubby selalu jd moderator, kalau tak, kena stroke!! hehe

Tie berkata...

Inilah masalah ibubapa sekarang. Remaja sekarang tak sama dengan remaja zaman kita. Orang senang nak persalahkan didikan ibubapa, tapi kita sebagai ibu memang kekadang amat tertekan.

Langkah terakhir hanyalah dengan berdoa, doa seorang ibu. Lambat laun anak2 yang lalai akan sedar..insyaallah biarlah ia mengambil masa yang lama. Sabar aje laa...

Sunshine in the morning berkata...

hehe..
da sifat smulajadi tuh..
nak wat cane kan kak..
huhu

izan berkata...

ilyn,

kita ni mahu yang terbaik untuk mereka... tapi kengkadang disalah anggapkan mengongkong. itular .... tapi apa nak dikatakan.

seboleh mungkin seperti menarik rambut dalam tepung....

Allah beri dugaan, nak lihat sejauh mana kita mampu menanganinya... kadang2 terimbau semula zaman dulu2.... mak2 kita yang berhati lembut dan redha. berkata dalam hati... mengapa aku tak sekuat mak.... zan sendiri pun tak boleh sebaik mak zan.... kdg kecundang juga perasaan.

yang pasti, kita kena cuba sebaik mungkin menangani masalah anak2.

Aidil Fadzil berkata...

Salam Ziarah, .InsyaAllah tak kan ke mana mereka kerana kita dah bekalkan mereka dgn ilmu yang secukupnya.

Nazilyn berkata...

Fara...
tulah kekadng cakap juga dengan anak dulu-dulu masa kita kecil tak pulak nakal atau bermasalah macam anak-anak zaman sekarang ni tapikan kita ni sering diuji...

ain...
lyn kalau nak marah anak ker nak membebel ker ketika suami takde kat rumah.

tie...
betul tu kak tie... kita juga yang salah sedangkan kita ni dah separuh nyawa beri nasihat dah buat macam-macam skill tapi macam mane pun jalan terbaik pada Nya jua kita meminta pertolongan.

sinshine...
mmg betul sifat semula jadi manusia dan remaja zaman sekarang tapi sebagai ibu akak mahu pelajaran didahulukan... takut hilang tumpuan dalam pelajaran.

izan...
pada lyn ujian anak-anaklah amat berat sekali kena fikirkan jalan yang terbaik untuk mereka supaya mereka tidak rasa terusik atau merajuk hati...

Aidil...
InsyaAllah itulah yang sy lakukan dari mereka kecil lagi sebagai landasan pertama kalau mereka terpesong sikit mudah untuk di bawa ke jalan yang sepatutnya... kkdg mereka ni terlalai dek pengaruh kekawan.