CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Isnin, 5 Oktober 2009

Mutiara itu...


Raya tahun ni banyak juga mutiara jernih ini berguguran, pertamanya tentulah masa bermaaf-maafan di pagi raya walaupun tahun ni aku beraya di rumah mertua tapi kesedihan tetap mengelubungi rasa maklumlah tahun pertama mertua aku bergelar ibu tunggal dan aku bukanlah menantu yang sempurna sangat, apatah lagi bab ampu mengapu adalah kelemahan besar aku... ada besar batu dalam itu kepala hahaha.

Dan pada hari raya tahun ini juga aku beraya sebagai anak yatim... abah pergi selepas empat puluh hari bapa mertua aku pergi. Tak tertahan sebak di dada bila menziarahi pusara di pagi raya begitu juga ketika berhari raya di rumah adik tiri aku. Sedih bila memikirkan adik tiri aku yang kehilangan abah tersayang dalam usianya yang masih muda sebaya anak aku. Selama ini kami empat beradik semuanya sudah berkeluarga sekurang-kurang rasa sedih taklah terasa sangat tapi adik tiri aku yang masih memerlukan belaian kasih sayang seorang abah tentulah teramat sedih di hari raya ini.

Selama ini adik tiri aku terlalu rapat dengan abah sebab dia sorang jer yang masih kecil dan abahlah yang ambil dan menghantar dia ke sekolah sementara mak tiri aku berniaga di kedai makan. Kami saling berpelukan sambil mengalirkan mutiara jernih sambil mengeluarkan kata-kata semangat untuk ibu tiri ku supaya menjaga amanat abah dengan sebaik mungkin.

Dan mutiara ini gugur lagi untuk kedua kali... nanti aku sambung.



14 Luah rasa:

ima berkata...

Salam Naz,
lama menyepi....sekali keluar cerita sedih pulak.
Sabarlah Naz, ima faham perasan Naz kerana ima pun sudah lama kehilangan bapa.

atie berkata...

Sabarlah naz atie fhm perasaan tu, sbb atie pun dah yatim piatu nih, masih lagi menangis di pagi raya...

ain berkata...

semoga naz tabah mengharungi saat2 duka itu!!

Tie berkata...

Lama sungguh Ilyn menyepi, rupanya ada kisah sedih.

Kak tie ucapkan takziah... berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Tabahkan hati, ilyn.. terutama untuk adik dan ibu tu.

chekdenoor berkata...

Salam,

Best dengan ayat mengampu ....hmmm..... chekdee pun cam tu....bab ini memang tak lulus exam...ukhusssss

Fara berkata...

kak naz...fara lg sedih tahun ni. tp blum terucap lg kesedihan tu. pendam je dalam hati

naz ilyn berkata...

ima...
tulah kalau kita dah kehilangan orang yang kita sayang pastinya hari raya membawa kembali ingatan padanya.

atie...
nampaknya di pagi raya air mata menjadi juadah pertama untuk kita... betul tak??

ain...
terima kasih macam mane pun kegembiraan pasti mengusul kemudiannya.

tie...
terima kasih kak tie, sedih sebab hanya tinggal mereka berdua jer tentu rasa sunyi.

chekdenoor...
betullah kak bab mengampu ni susah beno nak buat tak tahu ler kenapa... sy lebih suka jadi diri sy sendiri.

fara...
luahkanlah rasa hati tu fara mungkin ia akan buat kita rasa lebih selesa yang penting ianya ikhlas dari hati dan bukan untuk meraih sempati atau pun minta perhatian sebab tulah akak gunakan ganti nama aku dan lebel sebagai HANYA UNTUK AKU kerana ianya luahan hati untuk diri sendiri.

izan berkata...

ilyn,

setiap peristiwa ada hikmah sebaliknya. mudahan ilyn akan terus rapat dengan mereka dan sejahtera.

izan pula asal buka tv-sedih, asal tukar channel-sedih... semua rancangan raya kebanyakkannya sedih smpi nk mengalirkan airmata...

Mak Su berkata...

maksu pun lemah bab2 mengampu tu.... apa nak buat... mmg tiada dalam bakatku...uwaaaaa

LotsOfLove-Pearls berkata...

Salam Kak,
Tertahan-tahan lak mutiara ini daripada jatuh sama..

Sabar ya Kak..

naz ilyn berkata...

izan...
bukan apa izan... sebenarnya hari raya bukan semua orang bergembira cuba bayangkan berapa ramai orang yang terkorban di jalan raya... lagi satu orang tua kata jangan terlalu gembira sangat nti duka yang tiba dan bila kita melihat orang lain bersedih sekurang-kurangnya kita lebih rasa bersyukur dan menginsafi.

Mak Su...
samalah kita Mak Su lebih suka jadi diri sendiri rasa bebas dan selesa tanpa paksaan.

LOL...
kesedihanmu kesedihan ku jua...

izan berkata...

ilyn,

selagi badan dikandung nyawa...
carilar keceriaan untuk hidup.. jika tiada lagi dimuka bumi ini... alangkah rugi kita tak merasa.. malah orang lain yang mendapat jayanya...

mmg bukan mudah mencari kejernihan tapi takkan selamanya kita duduk dalam kabut....

arnamee berkata...

Salam akak..
salam takziah..

semoga akak terus sabar...
senyummm...,^_@

okkeh, tgu akak sambung...;)

naz ilyn berkata...

izan...
betul tu.. bukanlah maksudnya kita harus bersedih sepanjang masa, hidup harus diteruskan yang penting janji kita happy!!! cayang izan muaahhh!!!

arnamee...
sabar yea nnti akak sambung tapi tak boleh sekarang nnti tetamu yang datang kat rumah akak asik rasa sedih jer... tungguuuu.