Nampaknya hari-hari terakhir cuti sekolah dinoktakan dengan menduga perairan Selat Johor di Tanjung Piai. Keadaan agak berbeza dengan lapan tahun lalu ketika pertama kali menjejakkan kaki ke sana.
Berbezanya dengan terpacak teguh resort-resort yang didirikan diatas permukaan air. Suasana amat nyaman dengan hembusan bayu menyapa lembut sungguh menyenangkan. Cuaca agak baik dan boleh ler menunaikan niat ke sana untuk menguji kail yang panjang sejengkal. Tak sabar rasanya nak melabuhkan joran mendarat ke dasar laut dengan air beralun tenang dengan anak-anak ombak memecah menghempas tiang-tiang batu yang menjadi kaki meneguhkan lantai resort.
Sungguh menarik kata pertama terpancul keluar dari mulut saya dan ramai pelancong yang turut sama menikmati keindahan laut Selat Johor juga bersetuju dengan saya. Pertama sekali adalah mencari tempat sesuai dan selamat untuk memancing terutamanya keselamatan untuk Shaqira yang amat lasak dan tak tau diam.
Setelah perbincangan antara kami dan anak-anak keputusan diambil untuk menyewa salah satu bilik untuk digunakan oleh saya dan Shaqira berehat... kira macam kem tahanan ler... mana taknye orang lain sibuk memancing saya terpaksa menjaga Shaqira kat dalam bilik sambil sesekali mengitai permandangan di luar tingkap.
Dari tingkap di dalam bilik saya dapat melihat perlabuhan Singapura yang sesak dengan kapal-kapal. Bila hari beransur menyinsing keadaan di pelabuhan mula disimbahi dengan cahaya nieon... amat manarik dari kejauhan. Bila saya keluar nampaknya semua bilik dan pun berpenghuni dan ada yang datang dari Johor Bahru juga Singapura.
Isyhhh... apa cerita pulak dengan dia orang yang tengah memancing tu agaknya yer...?? dengar cerita hari ni joran diorang kurang bernasib baik sebab ikan buntal tengah banyak bermain-main di sekitar perairan... kata orang tua-tua kalau ikan buntal ada alamatnya ikan lain tak der peluang ler nak datang dekat.
Tapi memang betul banyak betul ikan buntal yang mengena mata kail kira-kira dalam dua puluh ekor tapi kami lepaskan semula ke laut. Setelah berhempas pulas memerah keringat akhirnya pengail tewas dan masuk ke bilik melepas lelah. Emmm nampaknye giliran saya pula memegang joran... tapi tak sia-sia mungkin rezeki saya seekor ikan sembilang mengena mata kail.
Tapi tu ler sekor yang dapat mungkin anak sembilang dewasa tu tak dengar nasihat emak sembilang sebab tu dia terkorban.... hihihi. Dan selepas berlalunya senja kami pun beransur pulang dengan rasa ingin kembali semula pada suatu hari nanti dengan kail yang panjang berjengkal-jengkal... dan tungguuu lautan dalam Tanjung Piai kami datang.
Esoknya kami bersiap untuk menghantar Shafiq pulang ke asrama dan mendaftar kemasukkan asrama untuk memulakan persekolahan... moga azam tahun baru dapat direalisasikan dan selamat pulang ke gagang.












.jpg)
.jpg)
.jpg)










.jpg)
Hah!...jangan terkejut pulak tengok dapur basah saya ni....ah nilah dapur basah yang saya gunakan selama dapur kat dalam yang dikatakan rosak tu....dah macam dapur kat kedai warung Mak Timah....hehehe... jangan tak tau kalau guna dapur ni nak masak banyak pun senang, nak buat kenduri pun senang... yang ado... nampak tak... siap kena rantai lagi... almaklum ler kat sini banyak doktor yang tak bertauliah....
.jpg)


