port baik punya....Saya memang hangin satu badan aritu....dah macam samseng kampung pasir berdengung makcik yang selalu kontrol ayu ni.
Ceritanya begini....saya kat dapur tengah tanya anak saya siddiq...abang long gi mana dah azan asar tak balik lagi solat pun belum.
Tiba-tiba terdengar suara budak riuh-riuh....saya pun capai tudung terus keluar ikut pintu belakang...rasanya suara tu datangnya dari rumah hujung.
Rumah hujung tu kanda baru sewakan dua bulan lepas pada seorang lelaki bujang. Penyewa ni selalunya balik lewat petang sebab berkerje.
Dah beberapa hari ni saya tengok ada beberapa orang anak jiran duduk melepak kat tepi rumah tu dan ada juga duduk bersenang lenang kat atas pokok mangga tepi rumah....kalau setakad duduk-duduk berborak-borak saya masih tak kisah lagi.
Saya berhenti selang sebuah rumah dari rumah sewa saya...dari atas pokok kelihatan dua orang budak tapi tak nampak muka sebab terlindung dengan daun pokok mangga.
Yang memeranjatkan saya lagi menaikkan hangin saya bila saya nampak plastik tergantung kat dahan pokok kat dalamnya ada setin gam. Dia orang hidu gam kat rumah saya......
Dan dua orang budak sedang pegang plastik yang berisi gam dan memberikan kepada budak yang satu lagi.
Saya dengan suara halelintar...
"hoooooiiii!!!!!!!......budak dua orang kat atas pokok tu ko buat apa hahhh!!!!!..."
(panggil hoi sebab tak tahu nama..)
"ko dua orang pegi balik sekarang..."
"cik tak nak tengok muka ko kat sini..."
"ko tahu tak ni rumah cik....ko buat apa hah!!!...ko hidu gam kat sini ekkk!!!..."
Selain budak dua orang kat atas pokok tu ada lagi beberapa orang duduk kat tepi dinding rumah...terpinga-pinga dengar suara makcik ayu ni.....
Saya masih tak puas hati takut budak dua orang tu tak berambus lagi....saya balik capai kunci kereta terus gi rumah sewa saya...tengok salah seorang budak yang saya sergah tadi masih ada buat muka selamber...
Makcik ayu masih tak puas hati...."hoiii!! anak S###rin ko pegi balik sekarang..."
Sebenarnya semua budak-budak tu anak jiran sebelah menyebelah rumah saya...kebanyakkannya sebaya anak saya.
Makcik ayu nak bersyarah...
"ko semua kalau nak duduk-duduk ker apa...cik tak marah....duduk ler...tapi cik tak suka ko semua buat tak senonoh kat rumah cik ni....kalau ko semua tak dengar cakap cik....cik repot polis nanti..." cehwah macam berani sangat makcik ayu ni....
Budak yang hidu gam tu salah seorangnya baru berumur 12th....yang saya nampak cuma dua orang yang lain tu saya tak mahu cakap mereka terlibat sama sebab saya tak nampak dan saya tak marahkan budak yang lainnya cuma dua orang yang buat tak senonoh tu jer.
Kanda balik jer terus makcik ayu ngadu...malamnya kanda panggil anak jiran sebelah yang ada juga masa tu...beri amaran...dan beberapa orang lagi...pucat lesi budak-budak tu.
Kira makcik ayu ada orang kuat ler....
Amaran: Kalau semua atau salah seorang dari budak-budak tu buat pekara yang tak baik dengan anak bujang saya...saya pastinya buat laporan polis.
(shafiq yg tak tahu apa2 tiba2 kena maki seranah dengan salah seorang dari budak2 tersebut kira otai ler tu...duduk kat rumah baris depan rumah saya.....ingat cik kenal mak ko...)
TAKUT TAK DENGAN MAKCIK AYU NI....HAHAHAHA.