Untuk azlin hashim semoga berpuas hati... inilah seadanya... surirumah yang sentiasa natural...heheheSajak kematian ini ada sebahagian daripada inti pati kandungan visual Alam Barzakh yang sedang hangat diperkatakan oleh sebahagian dari ibubapa yang mana anak mereka dipertontonkan keadaan yang menakutkan ketika selepas kematian.
Sebenarnya di daerah yang saya duduki, perkara ini telah lama berlaku. Anak saya pun telah dipertontonkan tayangan video tersebut, kira-kira setahun yang lalu tetapi perkara ini mulai mendapat perhatian kira-kira seminggu kebelakangan ini.
Pertama kali mengetahui berita ini setelah disiarkan di Buletin Utama tv3, rasa terkejut sebab perkara ini sudah lebih setahun tapi baru sekarang mendapat liputan meluas dan mendapat perhatian dari menteri pendidikan.
Di tempat saya tayangan visual ini dipertontonkan pada pelajar-pelajar yang berusia 12th keatas di sekolah agama dan pelajar-pelajar boleh membeli video cd yang dijual oleh orang tertentu.
Saya ada membeli dan sudah melihatnya, pada pandangan orang dewasa seperti saya ianya tidaklah begitu menakutkan macam katun jer melihat mayat yang dikatakan menerima seksaan kubur tu dan kelakar juga.
Tapi bagi kanak-kanak seusia 7 & 8 tahun mungkin mereka merasa takut dan saya rasa ianya tidak begitu sesuai diperlihatkan untuk menimbulkan kesedaran sebab mereka belum begitu faham dan begitu juga dengan anak saya yang berusia 6th setelah saya menonton kembali visual tersebut dia tak sanggup melihatnya dan takut juga. Dan ianya masih dalam siasatan bagi pihak yang menerbitkannya. Anda boleh melayari : kakisyurga.blogspot.com untuk melihat visual dalam Melayu Mati Tapi Hati-Hati
Di bawah ini ada saya sisipkan untuk anda rakan blogger sekalian sajak kematian...








.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)


.jpg)

